Volvo 240 overhaul and restoration engine

Saya ade sebuah kereta Volvo 240,saya ingin buat restoration pada kereta Volvo tu,so…setakat ni baru saya buka engine keluar lepas tu saya mahu buka srew semua hantar plating,braket,dan ape jua spare parts yg boleh di recondition macam baru balik n berkualiti.seperti baru keluar kilang.berikut adalah gambar sebelum restoration……

sini adalah gambar sebelum restoration lagi….so nanti bila kereta dah siap boleh la tengok perbezaan dia.kereta ni adalah guna ignition computer.tapi pakai carb juga..bnyk  kurang kacau..tu sebab sy restore balik

Spray balik kawasan dalam engine

dalam beberapa hari ini  sy sudah pun spray dalam kawasan engine gambar dia seperti berikut

lepastu engine dia pun sy dah buat juga tapi baru sikit aje..belum 100% lagi tapi rupa dia macam ni la….nanti bila carburator dah siap semua mesti cantek punyer la macam baru dari kilang..



gambar ni sy tangkap masa sy baru lepas buat cilinder head..

anda menginginkan engine volvo anda macam yg dalam gambar ini??? saya boleh buatkan engine anda bersih,cantik dan nampak betul2 macam baru….

kalau berminat call sy atau datang terus ke workshop sy….kerja ni mesti mahal kos dia..tapi..hasil dia pasti memuaskan, bg yg minat sahaja…………bukan sahaja volvo engine kereta lain pun boleh….???

bawah ni ade caliper volvo dah restore

18 Comments

  1. Bro,
    kereta honda ada pernah repair tak macam stream,civic dan lain2..?

  2. Saya ada niat untuk membeli kereta 2nd hand seperti Proton Wira atau lain. Sekiranya saya berminat untuk restore kereta itu nanti… agak2 belanja max berapa?

    Anda ada simpan kereta2 yg sudah direstore enginenye and ingin menjualnye?

    Saya dok di JB. Camne nak dptkan perkhidmatan anda?

    • satu kereta kalau proton kos restore tanpa overhaul engine lebih kurang rm 1500 siap pasang.tapi jika kene overhaul kos tinggi cikit lagi…
      kalau encik nak jual kereta cuba la letak dekat mudah.com.saya di kuala lumpur.

  3. bp kos bro klu nk overhaul enjin 240??kete bapak sy da lama tersadai kt umah..teringin gak nk wat classics..

    tel/sms sy 013-9348684 shaiful

    • lama tersadai tak semestinya kene overhaul
      hidupkan je balik…..atau pun towing g bengkel terus….sedia la dalam 2000 lebih kurang nak bg cantik keter tu….

      • Bang kia sportage saya masaalah minyak hitam naik di spark plug.. Banyak sangat sampai menitis2. Apa masaalah n kos pembaikan berapa ya?

      • tukar valve cover gasket……kos 100 siap pasang

  4. sy pn ada volvo, klu nak masuk rb20 brapa kos ?

    • mintak maaf saya tak ambek project modyfi lagi sekarang.

  5. Assalamualaikum…
    Sy berminat dengan hasil tangan tuan…
    Boleh saya tahu, alamat bengkel d mner?? dan no.hp tuan…
    Sekian terima kasih

    • Wasalam sila tuan klik di perkhidmatan kmi.dan juga hubungi motecmat ada maklumat di dalam situ.tq

      • berapa ari kerja2 nak buat engine kalau nak jadi macam tu??alfa romeo 155 mat boleh baiki ker??

      • tak boleh nak janji,mengikut keadaan,kalau sy sakit camner nak kejer,kalau ujan,kalau spare part pending,so xberani cakap

  6. As Salam. Try contact no 017 2601852, tapi dpt voice message number not in service.. Ada no lain ke yg saya boleh call..?
    Berminat nak hantar 240GLi model Auto 1990 utk buat engine restoration.. Minta tlg bantu ye. Tq

    • wasalam

      lepas raya nanti datang sbb sy kat luar negara skrg,dan akan balik minggu dpan insya allah

  7. Salam bro, saya ade sebuah volvo 240gl kat penang. Kira nak restore balik engine seperti yg abang buat dan juga dalaman kreta. Kira2 bajet nak hbis dalam brape ye?klau abang bleh bantu sila pm saya. Terima kasih.

    • wasalam

      bajet 7k

      • 7k ni cuma utk engine restoration ye? Abng ade buat restoration utk interior juga tak?seperti lapik pintu dan sbgainya…


Comments RSS TrackBack Identifier URI

Leave a reply to Iskandar Shah Cancel reply