wira convert mitsubishi dashboard

hai kpd semua pembaca blog saya…..adakah anda minat dng dashboard mitsubishi lancer,bg anda yg ade keter proton wira,satria,putra,tentu anda ingin keter anda berlainan cikit dng keter lain…bagi yg kaki modify keter macam sy ni kan…sy memang suke sgt keter sy lain dari yg lain….anda? sy tak tau la….bukan semua org minat dng modify…tapi disini sy ingin cerita sedikit ape yg saya buat pd satu costumer sy,dia mahukan sy tukar dashboard keter dia kepada lancer….so?sy pun buat la untuk dia….pd pendapat sy tak banyak juga kos dia anggaran dalam 400 siapa pasang dng wiring,..tempat lain tak tau la…kot2 ade lg murah….

41 Comments

  1. 1.macam mana nk meke up depan keta bg nmpk mitsubishi.
    2.knp tiap pg belt kereta sy berbunyi.cm ne nk hilang bg bunyi.

    • encik terima kasih kerana tengok blog sy dan letak comment

      kalau nak make up betul2 nampak mitsubishi satu cara adalah tukar body part..tapi banyak corak ade
      1.mivec
      2.lancer gsr
      3.evo 3
      4.costum

      ade banyak lagi corak…..tapi pada pendapat saya yg paling murah adalah mivec la…pasal hanya kene beli bumper dan bonet depan sahaja…
      kalau yg lain semua kos tinggi……

      so dalam hal ni ikut bajet encik la…kalau ade bajet cukup beli yg mane suke pun boleh..

      dalam kes belt bunyi ada bnyk sebab
      1.belt tak cukup ketat
      2.belt dah haus so lama2 dia bunyi la
      3.kalau ada masalah dng pulley
      4.atau sememang nya belt tu dah sampai masa untuk di tukar..

      dalam hal ni saya sendiri kene tengok ape keadaan belt tu dalam engine…baru saya boleh bagi satu pendapat pada encik…

      satu saya nak tahu…encik pakai keter wira??
      kalau ye…
      berape cc dia
      injection or carb
      semua original proton lagi atau ade modify

      • klu pakai bumper dan bonet depan lancer kena saman tak dgn JPJ…

      • kene saman sebab ubah suai

  2. Hello., mau tanya..
    saya nak tukar dashboard wira to lancer. dashboard tu blh dpt tp yg kosong. adakah kalau nk tukar dashboard tu kena tukar semua full ataupn blh p&p yg dashboard kosong lancer tu cmtu jer dgn menggunakn barang2 lain yg asal? meter lancer tu saya dh psg pn pada dashboard wira tu. so, apa lg yg saya perlu lakukn..? tq

    • dashboard kosong pun boleh juga…cuma console tak ngam ajer..meter dan aircond sistem kene ubah wiring cikit,lain2 semua ok…..

      • console apa yg xngam 2..?ada apa2 kecacatan yg akn b’laku xnnt..??

      • console tengah…pastu wiring air cond.ada la cikit2 kene buat…

  3. bodypart cyborg zr boleh convert kat wira ke…………..

    • ermm tak pernah cuba…mintak maaf

  4. slm..brp kos pemasangan dashboard tu?dan brp harga dashboard lancer?

  5. en mat nk tnya kereta aya proton 1990 bila henti lama suhu akan naik kalau bergerak suhu akan noemal bila sya cek owner lama dh buang termorstat .Perlu ke pasang semula termostat ?sya dh cek kipas radiator pusing kuat radiator dh service wterpum ok sensor
    suis ok dan engin baru overhaul.Tlng beri komen….

    • kalau kereta auto baik pasang termostad,cuma kalau engine baru saja lepas overhaul tapi ada masalah temperature macam ni makna nyan kene hantar balik kereta tu kepada pomen yg buat overhaul tersebut kerana untuk dia buat pemeriksaan dulu.mungkin ada air bocor,kalau water pump ok,radiator ok,patut temp pun ok.tak logic jika semua ok tapi temp tak ok.disini sy mintak maaf la bukan sy tak mahu tolong tapi benda sy tak nampak dan en beritahu saya semua dah cek ok.so patutnya temp pun ok….baik hantar balik pada pomen yg buat overhaul tu untuk check lagi dng lebih teliti

      • tksih atas komen en mat.

  6. As’salam, saya bercadang untuk menukar dashboard kereta Wira 1.6 saya kepada dashboard CK4 Evo 4. Adakah ada effect (keburukan) jika saya tukar? Jika ok, berapa harga saudara boleh dapatkan dashboard (condition dalam keadaan terbaik) dan berapa upah pasangnya?

    • wasalam..
      tak ade effect ape2 pun..boleh pasang ramai yg pasang pun…harga barang sy tak tahu …..upah pasang biasa sy caj 300 jer.

  7. salam boss…ade x khidmat pasang enjin 4g93 sohc pade wira 1.5?bole ke klau juz nk enjin ngn wiring je..gearbox pkai wira balik?

    • wasalam,gearbox boleh pakai balik,tp wiring kene pastikan complete dan enjin pun complete,buat masa ini sy xpernah buat lagi project ini.

  8. assalamualaikum semua..nak tanya…pernah,nampak x atau pernah pasang dashboard evo 7 pada wira(evo3)..klu tahu nak tanya barang apa yg kena pakai..saya pernah ternampak wira mod dashboard evo 7..adakah semua barang termasuk blower kena pakai balik evo 3 atau pakai blower evo 7…coz saya pun dah dpt 1 set dashboard evo 7..

    • Sy kurang tahu,tq

  9. salam bro, sesiapa yang boleh pasang doortrim ck4 ke e4 ke pintu wira

    • wasalam kene cari org yg ubah suai punye kejer,sy xpandai bidang ni tq

  10. salam semua..ada sapa2 yg bleh bantu saya utk pinout/diagram meter evo 7???

  11. Salam bos. Nak tanya, mana nak beli dashboard? Nak tukar satria 1.3 punya dashboard, dah lama dan buruk sangat.
    Bos tau mana nak dapat? Tmpt bos ada buat semua?

    • wasalam

      proton banyak kedai potong ade barang cari dalam mudah pun banyak,cuba cari k tq.sy bukan pembekal spare part saya hanya mekanik aje tq

  12. salam bro mat, saya ade wira 1.5 auto thn 1994..berminat nak convert enjin twincam 4g91 dgn tukar skali bonet dashbord..anggaran kos berapa ye?? dan berapa lama boleh siap? tq..

    • wasalam

      bajet 9k siap satu minggu.

  13. seat levin 2 biji depan 380..saya nk jual dengan dashbord wira 2004 satu set siap meter semua 300.00 semua sekali 650 je..0172255687.

  14. Salam encik mat.. Sy ada satria 1.3 injection.. Nk tau klu nk use plug kereta jenama apa yg sesuai utk pembakaran dan maybe utk pick up..sbb sy bercadang nk pasang jenama bosh yg design terbaru.

    • wasalam

      1.3 injection pakai plug original proton untuk model ini.jangan pakai plug racing atau iridium.plug standart aje dah cukup

  15. Tuan, kalau nak install Dashboard Lancer Evo 4 dekat proton iswara sedan, tuan bleh buat?

    • sorry sy tak buat dah kerja2 ubah suai

      • Ok tuan..
        Tempat lain ke kawan2 tuan ada tak yg boleh buat?

  16. salam En.mat,saya nak tanya bole tak dashboard wira masuk dekat saga lama?

    • wasalam ada org buat,tapi tak kemas,dan saya tak buat kerja tu

  17. helo bro, boleh kah tanya satria 1.6 kalau nak install evo4 punya dashboard perlukah tukar blower dan cooling coil sekali ke?

    • tak pernah cuba lagi bro so kurang arif

  18. Assalamualaikum selamat pagi Tuan, saya berhajat nak tukar enjin kereta wira 1.5 tahun 1997 sebab enjin tu dah ada masalah, enjin apa yang sesuai dan berapa kos siap sepenuhnya termasuk urusan dengan pihak berkuasa yang terlibat?

    • wasalam

      tuan saya cuma boleh tukar engine standart atau overhaul engine standart.sebarang pengubah suaian atau convert sy tidak buat.engine standart market sekarang 2300 kosong.belum pasang.sedang kan jika kita overhaul engine asal bajet dalam 2.5k siap semua sekali lbih kurang.

  19. Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

    Maaf, lama tidak kunjungi page ini.

    Alhamdullilah saya kini telah buka kedai tayar di Sentul, kepada sahabat-sahabat nak cari tayar murah-murah, overhoul, masalah aircond, sila kunjungi kedai saya.

    PB Maju Automotif
    780 Jln sentul KL.
    (berhampiran farmasi Health Lane)

    InshaAllah harga kita boleh bincang, yang penting saya boleh membantu dan berniaga secara halal.

    Apa-apa hal call nombor nombor tetap saya 0166585716. WhatApp pun dah boleh. No 0196264572 dah tak guna yer.

    Tq


Comments RSS TrackBack Identifier URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s