proton iswara overhaul and restored original engine

Assalamualaikum

Dalam psot ini sy nak menceritakan perjalanan overhaul dan restore engine proton iswara 1.5 carburattor,project ini adalah atas permintaan special dari seorang pengunjung blog saya dan juga custumer saya pada saat ini,berikut adalah keadaan engine dan ada sedikit part yang sy dah bukakan:

DSC_0530

ini adalah dua gambar di dalam engine dan engine pada masa di dalam kereta beserta keadaan nya sekali mari kita lihat gambar seterusnya

DSC_0538

DSC_0539

ini adalah keadaan engine block lepas di barai, dan juga piston yang gambar di atas

DSC_0561

DSC_0560

piston dan engine block dah pun di bersihkan sebersih bersih seakan baru,dalam gambar ini crank shaft dan main bearing sudah nak di pasang,

DSC_0571

DSC_0570

seterusnya gambar akan di upload dalam masa terdekat ini

sekarang gearbox pulak punyer  part

DSC_0649

ini adalah gearbox nya yang sudah siap di bersihkan dan sedia untuk di pasang semula.

DSC_0651

gearbox dah pun hampir siap

 

image

 

 

image

92 Comments

  1. Cun…..

  2. salam…nak tanya ngan bro pomen…saya guna pesona medium line thn kuar 2008…wat sementara waktu ni servis dan mnyk hitam saya tkr xikut mileage kalo dlm sebulan tu ada 2 kali long travel saya mesti tukar dan kalo dah sampai wktu servis pun tukar gak…akhir2 ni saya perasan macam ada kebocoran minyak hitam kat enjin dan enjin kereta berbau hangit. pada pendapat bro pomen camne?

    • wasalam

      bau hangit tu kene kesan dulu dekat mane?baru kita akan tahu ape kene buat,,,lambat servis keter akan buat kan jangka hayat engine merosot atau pun pendek umur.jd jng kerana kita nak jimat 100 ringgit untuk servis kereta nanti kene belanja ribu2 untuk betulkan engine.dan satu lagi pembentukan carbon akan cepat berlaku jika lambat2 servis keter.jenuh sy kami nak mengonyoh bila overhaul engine hehehe.

  3. Salam,

    Saya pakai iswara auto 1.5 3 speed yang dah hilang pick-up, jerking dan tentunya kuat makan minyak. Sokla:
    1. Adakah top overhaul dpt pulihkan kuasa pick-up dan jerking walaupun dah adjust timing – brp kos?
    2. Bolehkah upgrade kpd 4 speed (GB mitsu) – brp kos?

    TQ

    • 1.top overhaul minimum 800.00 jika valve guide kene tukar kos naik dalam 200 lg
      2.upgrade 4 speed kene tukar engine sekali yakni pakai engine wira 1.6 atau pun 4g 91 injection.

  4. Assalam tuan….mintak anggaran harga untuk waja 4g18 klu buat top overhaul,overhaul n restore.tq

  5. salam mat..nak tanya..toyota ipsum…mudah tak sparepart n baiki?dan dari segi kejimatan minyak cne ye,,,

    • wasalam ipsum sama je engine dng caldina,alfard,estima,harier,RAV4 semua kete ni pakai jenis engine yg sama 2az FE 2.4 timing chain vvti.spare part engine suspension tak la mahal sngt lebih kurang macam pakai kereta yg sy sebutkan td,minyak jimat.acceleration bagus,pemanduan selesa.

  6. Slm.kerete sy selalu semput kalau jln jauh.(timing jd rendah.)enjin mcm nk mati.kereta iswara 1.3 karburator.minta pndgan motec mat

    • mungkin plug dah tak elok dan kene setting cikit ignition timing dng minyak dng angin

  7. Salam bro…Gen 2 1.6 (A) kwn wat hal..air mancut ikt head…cek minyak itam ok…cntik lagi…tp air kat radiator kering tp kat spare tank 2 ad air lagi…skarang kete da ta boleh start langsung..kwn nk tnya kalo da mcm 2 skt nyer bagus wat top overhaul @ full overhaul tuan?n bpe kos?

    • wasalam tukar gasket head aje,tp sebeleum tu pastikan head tak bengkok

  8. salam bro …. tumpang tanya wiring full kerata iswara brpe…
    sebab kadand2 bateri tak masuk cas …. air cond tak jalan
    lampu mati ….

    • wasalam kalau full wiring dari A to Z kos 3K

    • Rasenya alternator tu….kong…. Xpun cer tgok relay. Mane tau ade yg trbkor…

  9. Assalamulaikum…

    Tuan saya berminat untuk tahu tentang mekanisma kereta tapi tak punya pengetahuan.Saya cadang nak buat repair kereta wira 1.5 auto injection (top overhaul atau sepatutnya) pada tuan tapi saya nak ikut sama lihat kalau dibenarkan tolong sama buat macamana keadahnya tanpa caj sebab melihat hasil yang dipaparkan saya amat tertarik dan bukan untuk curi ilmu tapi sekadar pengetahuan dan minat.
    Harap dapat maklumbalas dari tuan tentang niat saya.Namun saya tetap berminat untuk menghantar pembaikan pada tuan bila ada cuti kelak..saya akan call dahulu bagi booking atau keterangan masa tuan.

    • waalaikum salam

      tuan

      sy boleh membenarkan tuan ikut serta membaik pulih kereta tuan sendiri,tp kos workmanship terhadap saya tetap la sama saya akan caj. macam custumer2 yang lain seperti biasa juga.dan saya akan berikan ilmu untuk tuan pada apa sahaja yang akan di buat pada masa itu.insya allah,

      • Tuan,
        Terima kasih dan saya sedia maklum tentang hal tersebut kerana ia adalah punca rezeki tuan, saya pun hanya sekadar ingin tahu dan tak banyak yang boleh ditolong.Barangkali lebih hanya untuk bertanya semasa baik-pulih.
        Cadangan saya adalah penghujung bulan Dec 2013 ini saya bercadang untuk baiki kerana bagi habiskan cuti tahunan yang ada.
        Adakah waktu tersebut kebiasaannya padat?

  10. Assalamulaikum… sya nak tnya kereta kancil sya sudah mula makan minyak hitam. jdi sya perlu melakukan top overhaul atau general overhaul ??

    • wasalam buka engine dulu baru tahu jika boor cantek lagi cukup dng buat top,jika block dah makan kene overhaul

  11. bro,keta saya saga 1.5 8v manual. Saya plan nk tuka kpd head 12v efi wira punya. Nk overhaul engine. Bape kos dye?ok x upgrade yg saya nk buat ini? Ada suggestion

    • kalau sy standart macam keluar kilang.bikin balik macam asal dia sebab masa beli baru dulu keter tu sedap je.cuma dah lama sekarang.jd buat jer engine tu balik pasti boleh dapat standart performance kereta itu dan jimat minyak.

  12. Assalamulaikum…
    Saya ada masalah pada kereta saga/Iswara.
    Stering goyang walau dah buat balancing tayar.
    Part mana yang perlu diperiksa sebab aligment nampak ok semasa pandu.Goyang maksud saya jika belok pada kadar perlahan contoh semasa keluar/masuk simpang jalan.

    rafizi.

    • wasalam. saga biasa lower arm jer….check betul lower arm nye

  13. Assalamulaikum…

    Cadangan untuk baiki kereta 1.5a wira untuk Dec 2013 ini adakah bengkel saudara penuh?

    rafizi

  14. As salam che mat…nak tanya sket…berapa kos nak buat overhaul satria 1.3 Utk makluman kete saya sudah dua kali overhaul…dan sekarang asap putih dah keluar , ekzos pun dah ada kesan minyak hitam. Bengkel kat sungai buloh belah mana. Saya ada di saujana utama.

    • wasalam. jika kene tukar piston kene ada bajet 2k. siap semua sekali

  15. salam tuan, nak tanya apa masalah kalau asap keluar berkepul2 warna hitam. spark plug cepat hitam n minyak itam pon cepat hitam. kadang2 dia mcm semput2 (jerking).. kete saya iswara auto 1.5. harap tuan boleh citer masalah yg menimpa. saya budak baru belajar.. Thanks..

    • wasalam. pembakaran yg tidak sempurna. campuran angin dan minyak tidak balance,minyak terlalu lebih,mungkin carb. ada masalah.

  16. salam..sekadar bertanya..bape kos overhaul dan restore enjin iswara mcm di atas tu ye..

    • wasalam bajet 5k

  17. As salam tuan, saya pakai iswara thn 92 masaalah dgn auto gear
    dua masuk tak kemas dan minyak gear leaking walaupun dah tukar mangkuk AT yg baru..berapa kos baik pulih

    • wasalam tuan
      leaking kemungkinan oil seal torque converter dah tak elok
      pasal gear dua gearbox sudah ada masalah dng hidraulic sistem

  18. salam tuan, berapa kos baik pulih gear box iswara kalau masalah dengan hidraulic system dan mane yang lebih baik tukar seketul AT atau repair…berapa kos dia tuan

  19. salam sejahtera .. saya memiliki kereta wira 1996 model .. full servis termasuk overhaul enjin .. nak reapi sampai boleh bawa ke johor dari klang

    • wasalam terima kasih atas comment encik

      comment encik tidak lengkap…

  20. Salam En. Ramadhan,

    Soalan sy:

    1) Berapa kos untuk tukar enjin iswara cc1.3 manual kepada apa-apa enjin cc1.5 yg sesuai?
    2. Berapa lama anggaran masa diambil untuk keseluruhan proses tukar enjin?

    Sekian, terima kasih.

    • wasalam

      1.KOS TUKAR ENGINE LEBIH KURANG 2500.00
      2.MASA TIGA TAU 4 HARI

  21. salam che mat..kereta accord sv4 single cam,top overhoul berapa kos?engine takda makan myk hitam lagi,,semua masih ok..

    • wasalam
      bajet dalam 1k

  22. bro,iswara 1.5 mkn bateri bro.bru smigu tukar baru dah kong,ape masalah tu

    • ada leaking current

  23. Che Mat,
    Nak tanya pendapat:-

    Wira 1.5 Injection kurang pickup dan power, dah buat top overhaul dan byk lagi part dah servis dan tukar…..persoalannya ialah haruskah saya buat full overhaul & restore? atau saya swap enjin kepada cc yang lebih besar (halfcut)

    • buat top overhaul ada tukar piston ring sekali tak?
      sebab kalau ring tak tukar compression masih sama.kalau tukar ring sekali compression akan dapat macam asal balik.sebab tu power kurang

      kalau best power masuk engine 1.8

  24. Assalamualaikum Tuan,
    Saya mempunyai kereta Iswara Auto 1.5, 1 jam pertama semua berjalan lancar, tetapi selepas lbh 1 jam, kadangkala kereta akan semput, dan pernah terjadi Berhenti ( mati Enjin ) Pomen saya pernah menyatakan Karburetor saya perlu di tukar slps dia adjust timing semua, Apakah komen tuan dalam hal ini, adakah kemungkinan timing kereta saya xbetui @ memang kena tukar kaburator baru, jika dapat letak kaburator baru pun, adakah masalah ini akan selesai @ perlu Top Overhaul? Berapa kos utk Top Overhaul Proton Iswara Auto 1.5.

    Terima Kasih.

    • wasalam tuan
      kes mati ni banyak sebab dia.mungkin carb,mungkin distributor,carburattor tak perlu tukar boleh beli kit dia dan overhaul balik.
      perlu atau tidak buat top overhaul saya kene check enjin kereta dulu,dng itu sy boleh jawab sama ada perlu atau tidak.

      kos top 800.00

  25. Salam tuan, mohon bertanya. Kereta wira 1.5 auto saya pernah overheat sbb radiator sumbat then hos pecah. dah tukar radiator semua dah ok, enjin sy tak kacau.
    Tapi lepas kejadian tu, gear 1 saya mcm masuk tak masuk je ke gear 2 mcm stuck, lama juga baru dia ok balik. saya dah tukar ATF dan filter, tapi ia jadi kembali cuma kali ini hanya terjadi pada waktu pagi bila kereta dah sejuk. Walhal saya dah panaskan enjin 10-20min sebelum jalan dah. Gear 1 nak masuk gear 2 tu dlm 30saat+ baru masuk. tapi bila dah masuk dan jalan lama, gear dah ok pulak. adakah masalah gearbox atau enjin?

    • wasalam

      gearbox mula problem sudah.ada satu cable dekat trothel atau carb check kabel tu setting dia betul.

      • Boleh saya tau nk check setting cable tu betul atau tak mcm mana ya?

  26. Assalammualaikom?
    Bro kawan skrg pkai kereta iswara 1.3M enjen mmg da kong la,, ingat nk cari enjen atas lantai ingat nk tuka dri 1.3 ke 1.5 mcm yg dkt atas 2 kos smua brape,,

    • wasalam
      engine lantai 1.5 dalam 3.5k

    • wasalam

      macam kat atas tu bajet 6k sebab tu overhaul dan restore.

  27. salam,

    Bro, masalah kereta saya ( saga LMST) temp enjin akan naik jika pasang aircond dalam keadaan jalan sesak atau bila berhenti. setakat ni saya dah tukar motor kipas, termostat, temp sensor dan fan switch tapi masalah ni masih berlaku lagi. apa yang menyebabkan ia berlaku

    perlukan buat top overhaul dan skim head? berapa kos untuk buat?

    • wasalam
      kemungkinan radiator sumbat

      • Betul ckp motecmat..radiator sumbat bro.kt guna keta sama and ada masalah yg sama. last2 aku tukar radiator baru,then terus stay 3 bar je tempreture.kalau masih pakai ori radiator jenis besi tu,boleh pergi servis dekat mana2 pakar radiator.kos dlm 80 ke 100.tp kalau pakai jenis plastik,tukar terus je satu set bro.lepas tu settle masalah

  28. Salam..
    nak tanya kereta saga saya thn 2007 lmst, sekarang terlalu kuat mkn minyak purata 7km/1liter.. dengan kata lain sekarang ni kalau minyak rm10 boleh bawa 35km sahaja..
    dah tanya 3,4 pomen & dia kata semuanya ok dan tak tahu nak cakap apa..
    Mohon penjelasan & kos kalau baiki di bengkel tuan..

    • wasalam
      kemungknan cluct plate dah tak elok.kene check dulu baru tahu tq

  29. salam king..den nk tyo skit utk kepastian,den pki iswara 1.3 tahun 2001,den otw blk ke seremban,keto time 2 myk htm mmg dh kering..bunyi tepet knocking kuat betol mse drive..cadang smpi hentian semban mmg nk topup myk htm,last2 keto breakdown..bunyi mcm meletop kat area piston..bl stat mmg xdo kick lansung kek enjin..adakah enjin den jam?apo suggestion king?dan brapo kos?

    • wasalam

      mungkin jem,kos tak tahu.sebab nak kene buka engine dulu dan tengok apa yg rosak kemudian baru tahu

      • blh cdgkn solution pe ptt sy bwt sblm antr bngkel tkt tggi hrge..

      • malu bertanya sesat dijalan.jadi solution nya bertanya dulu.org puteh kata deal first.repair kereta jng tengok sgt pd tinggi harga,tapi tanya apa solution untuk kereta saya supaya dia sentiasa dalam keadaan baik.dalam kes ini juga owner kereta mesti ambek tahu tentang kereta masing2 supaya tidak mudah tertipu,yg paling penting memahami akan situasi kereta sekarang.erti kata lain owner kene lah belajar cikit2 dari mekanik berkenaan dng kereta sendiri,jng tak tahu lansung.bila tak tahu lansung itu lah kesempatan org akan tipu kita.ini dalam apa jua pun macamtu.

  30. salam king,ms sy breakdown d hntian semban,ado pomen ni dtg tgk2 an,peh2 dy suh sy msk gear 3 then dy tolak tarik kdpn n keblkg kete sy 2,trus2 dy kate jam..seigt sy dy ckp yg kete sy jam piston(anggaran kos)..selain dr jam piston apo damage terdekat yg mgkn agak2 king sb skrg ni bl sy push kunci nk stat,byi ‘treeeett’ jd eh,mcm stater rosak..bl sy try turun bukit on gear 2 kete xde kick trus stuck mcm ado sumting teseket..dr pdgn king ado x yg blh sy DIY bg mslh sy ni,mgkn usik2 bhgian pully?

    • wasalam
      jem piston kene buka engine dulu baru tahu ape yg akan rosak,sebab banyak kemungkinan.dan mungkin juga kene tukar engine

      • Salam saudara,baru2 ini saya telah servis kereta saya dengan menggunakan campuran minyak enjin sae 20-50w eneos dan 10-40w mobil one,minyak ini adalah lebihan minyak semasa servis kereta saya yang terdahulu,selepas 3 hari menggunakannya bunyi enjin kereta saya telah menjadi kasar,saya telah buang semula minyak enjin itu dan masukkan minyak yang baru iaitu gred 20-50w,eneos tetapi bunyi enjin tetap berbunyi kasar sangat.pada pendapat saudara apakah masalah pada enjin kereta saya ini dan jalan mengatasinya..kereta wira 1.5 manual svdo..terima kasih..

      • Wasalam kene check dulu adakah bunyi tappet atau bunyi lain

  31. salam tuan mat, ada tak wiring ke distributor? 6-pin connector wire colour ke pin no. brapa. kerata saya iswara 4g15 eci multi sohc.

    • wasalam

      tak ada stok tq

  32. Salam tuan,,, minta pandangan atas kete saga sy thn 92. Masalah sy bila sy tekan cluth untuk masok gear 1@ revearse kadng2 ade bunyi geselan di kotak gear umpama gigi cluth tidak masok… Bole saya tahu apa masalahny….

    • wasalam dua kes
      satu cable cluct longgar perlu di adjust
      yg kedua cluct mungkin dah habis

  33. assalamualaikum abg mat…saya guna saga lama 1.3..problem saya..semalam selepas melalui kawasan air bertakung akibat hujan tetiba enjin bunyi menderam mcm bunyi bearing alternator pecah dan bunyi berdesing…saya berenti tepi jalan nak check,bila off switch enjin tak mau off sepenuhnya…terpaksa cabut kepala beteri itu pun lama baru enjin mati…apa masalahnya.
    satu lagi kalau saga lama buat wiring baru agak2 costing berapa dan berapa lama tempoh siap

    • Wasalam kene check dulu baru tahu tq

  34. assalamualaikum…brother.. nak tanya iswara 1.3 kalau nak tukar injin lantai 1.5 twin cam brp kos n dengar cite tak blh endos jpj sebab mounting tak sama betul ke?

    • wasalam
      sy tidak buat kerja ubah suai lagi tq

  35. Salam. Nak tanya skit,sye pakai Saga tahun 96..bila pandu laju sikit je mesti ad bau seakan hangit,macam bau minyak hitam pon ad..bau tu memang kuat,xselesa la. Harap bro Motecmat boleh tolong. Sekian

    • wasalam

      ermmm berkenaan dng masalah bau,kalau bau minyak hitam dah tentu sebab dia leaking.mungkin jatuh atas exzos,atau pun kene dng cluct plate jika flywheel seal bocor,ermm susah mau tahu tu.kene check dulu baru boleh tahu.

  36. Assalam. bos, sy nak restore kereta sy. Saga Iswara hatchback 1996 1.3. Condition enjin xderla teruk sgt.( Luaran ) Agak2 kalau dekat kedai bos brapa kos? Dalam masa terdekat memang ingat nak overhaul or top overhaul. Nak bg macam baru kereta. Dan satu lagi, kalau pasang aircond, kereta bergetar. Apa masalahnya?

    • wasalam

      kalau nak restore sediakan bajet 5k

  37. salam bro.. nak tanya ckit.. saya sekarang ni pakai iswara 1.3. tahun lepas saya baru buat top overhaul sbb head bengkok.. tp lepas setahun ni, dia jadi pulak benda lain. time kereta bergerak temperature ok ja, tp bila berhenti lama ckit time jem ke lampu isyarat lama ka, temperature dia naik.. kipas jalan, air ada.. apa masalahnya?

    terima kasih…

    • wasalam

      kipas tu cukup laju tak pusingan dia,kemudian radiator sumbat atau tidak?

  38. assalamualaikum, abang mat. Sy ada iswara 1.3 injection uk spec manual. cadang nak tukar gear auto. adakah ianya bagus kerana saya dengar iswara 1.3 manual tukar auto kereta akan jadi lemau..harap dapat pandangan.tq.

  39. assalamualaikum, abang mat. Sy ada iswara 1.3
    injection uk spec manual. cadang nak tukar
    gear auto. adakah ianya bagus kerana saya
    dengar iswara 1.3 manual tukar auto kereta
    akan jadi lemau..harap dapat pandangan.tq.

    • wasalam

      auto 3 speed nanti kuat minyak

      • pulok doh. ingak koho jimaq minyok..koho parok.. thank abg mat.

  40. Assalam, bg saye baru upgrade wira 1.5 vdo saye,masuk crankshaft waja,conrod dan piston tapi kereta macam berat….tak de power….lagi sedap enjin mase blom masuk crankshaft tu….

    • wasalam

      maaf ye kes macamni sy kurang arif,sbb ini kategori ubah suai engine,kemungkinan besar stroke engine tak cukup,maaf banyak2 sy tak arif dalam ubah suai engine.

  41. Bolehkah hasil kerja yg sama dilakukan pada iswara ab 1.3 tahun 2002.. kete dah byk msalah, makan minyak hitam, gear masalah.. sayang nak let go sentimental value… brapa kos anggaran

    • boleh.tapi kene check kenderaan dulu

  42. Salam

    saya nak nanya ,saya ada kete proton iswara 1.3 . terkadang kete ni susah nak start engine di pagi hari, perlu tiga kali start baru engine boleh hidup dan bila kete dalam keadaan diam, rpm kete tu naik turun. boleh kasih pandangan apa yang perlu dibaiki

    terimakasih

    • wasalam

      carburattor kene servis dan tuning balik,then kene check juga spark plug dan juga distributor cap

  43. Assalam tuan, saya pakai wira 1.5 manual.kalau gearbox ada leaking berapa kos.bukan dekat gasket tp pada component yang berhampiran dengan reverse sensor.

  44. Lagi satu tuan, wira 1.5 (M) vdo saya tu..ada makan plug juga berapa kos untuk repair.kalau repair kedua2 masalah saya ini anggaran berapa hari

  45. Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

    Maaf, lama tidak kunjungi page ini.

    Alhamdullilah saya kini telah buka kedai tayar di Sentul, kepada sahabat-sahabat nak cari tayar murah-murah, overhoul, masalah aircond, sila kunjungi kedai saya.

    PB Maju Automotif
    780 Jln sentul KL.
    (berhampiran farmasi Health Lane)

    InshaAllah harga kita boleh bincang, yang penting saya boleh membantu dan berniaga secara halal.

    Apa-apa hal call nombor nombor tetap saya 0166585716. WhatApp pun dah boleh. No 0196264572 dah tak guna yer.

    Tq


Comments RSS TrackBack Identifier URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s