tips penjagaan kereta

Assalamualaikum

cara cara penjagaan kereta

1.engine

banyak pengguna kereta tidak tahu nak jaga engine terutama kaum hawa,perkara yang perlu dijaga adalah servis ikut mileage minyak yang kita beli,biasanya 5000 km,ada juga 7000 km,jika menggunakan kereta yang dah berusia antara 20 tahun kebawah  cukup lah dengan minyak SAE 40 atau pun 20/50. yang kedua adalah air,air kene sentiasa check dalam 2minggu sekali paling lewat,jika anda rajin seminggu sekali,dan pada setiap enam bulan saya syorkan   buat water sistem pressure test  untuk mengesan jika ada kebocoran kecil pada bahagian hose air supaya dapat di elak engine dari overheating,pastikan anda periksa lantai car park anda jika2 ada minyak leaking.pada waktu pagi panaskan engine sehingga anda kedengaran kipas radiator berfungsi pada yang pertama kali,itu dah memadai.

apabila anda menukar timing belt kereta anda maka saya syorkan water pump pun tukar kan sekali kerana nya bernda tu berpusing seusia dan juga dalam satu ruang supaya tidak ada dua kali kene buka2 timing belt.ada sesetengah engine kalau timing belt putus engine tidak rosak seperti volvo,toyota,honda ada sebahagian rosak ada sebahagian tidak rosak,suzuki,itu yang saya tahu.

2.transmition

jika kereta anda automatic transmition  perkara yang harus di titip beratkan adalah penukaran minyak mengikut 20000 km untuk setiap kali servis,kerosakkan ATG (automatic transmition gearbox) berlaku apabila sistem hidraulic didalam gearbox bocor,dan juga valve body sumbat,dengan itu cluct akan haus cepat menyebabkan gearbox rosak.kerana dalam sistem ATG ada oil pump yang akan mengepam minyak dan menghasil kan tekanan minyak untuk di salurkan pada lubang2 hidraulic untuk masukkan gear pabila kita jalankan kereta,valve body adalah main control sistem,oil pump pembekal tekanan minyak.jadi servis lah ATG anda setiap 20000 km supaya jangka hayat nya berpanjangan dan lagi satu pastikan anda beli minyak yang original,untuk kereta proton saya syorkan minyak ATF mitsubishi yang original,minyak ini juga boleh diguna pakai untuk mazda,volvo 940,240 yang aw7 punyer gearbox.

jika manual, gearbox anda boleh ditukarkan minyak gear setiap 40000 km.

3.suspension

suspension bahagian terpenting kerana ianya menyingkap keselamatan pemanduan kereta,jika berbunyi sebaiknya anda rujuk kepada mekanik yang anda boleh percayai,untuk menjimatkan uang anda suspension mestilah dalam keadaan 100%,macam mana nak pastikan 100%  aligment lulus dan kereta bila dipandu tidak terasa goyang atau tarik kekiri atau kekanan,bila suspension ada masalah tayar akan makan tidak rata dan cepat habis,dan bush bush akan cepat koyak.

4.cat

jika anda rajin polish lah body kereta anda setiap 2 bulan sekali,dan park kereta dalam garaj jika ada,jika terdedah dengan langit bila pagi anda siram kereta anda jika nada biarkan air embun setiap pagi atas cat kereta anda maka cat akan cepat pudar dan rosak sebab tu kene polish supaya air tidak boleh masuk kedalam cat kerana ada polish sebab kandungan polish adalah minyak.

5.tayar

tayar yang standart akan menjimatkan minyak,tayar metilah bersesuaian  dengan engine dan juga body,jangan kecil sangat jangan lah pula besar sangat kita semua nak bergaya dengan sport rim tapi jangan sampai memudharatkan kereta.

22 Comments

  1. tq bos…….di atas peringatan dan tunjuk ajar

    • you are welcome

  2. Salam.. Saya adalah salah seorang yg menggunakan kenderaan Produa Kembara 1.3(A). Enjin takde masalah apa-apa, cuma kenderaan kurang power jd saya bercadang ingin menukar enjin 1.6. Soalan saya bole ke enjin 1.3 ditukar ke 1.6? apakah tiada masalah apa-apa sekiranya saya ingin endos enjin di JPJ?,seperti yang saya tahu JPJ hanya lepaskan pertukan enjin 1.3 ke 1.5, jadi bole ke 1.6 diluluskan? sekiranya boleh berapa harag enjin termasuk upah pasang? bak kata complete.

    • wasalam boleh je tukar terus 1.6 tak de masalah

      2800 siap pasang

  3. Salam, saya nak tanya kereta honda inspire 2.0 tu pakai timing belt ke timing chain …..agak-agak maintanen dia macamana?

    • wasalam

      timing belt..dan dia 5 cilinder kalau tak silap

      lebih kurang jer….dng honda accord2 yang seusia dng nya.cuma agak unik cikit kereta tersebut

  4. Salam bro, sy dah ter’angkat’ satu fiat punto selecta 1.3 tahun 2000 baru-baru ni…so far okay lg cuma kengkadang tu masa tgh drive especially masa jem kete rasa mcm sangkut2 tp bukan selalu…pastu overheating pun rasanya bakal berlaku kalau dibiarkan…paling ‘best’ bila drive masa jem kaw2 nyer enjin tu akan keluar mcm2 bunyi yg sakitkan hati…need ur advise bro before saya bwk kete ni pi ngadap bro..tqvm!

    • wasalam
      kene check dulu la bro then i bagi you my opinien menurut keadaan kereta you yg sebenrnya

  5. Assalamualaikum…
    Terima kasih atas info dan ilmu yang berguna…
    saya ada nak tanya skit…
    Kalu nak convert engine mitsubishi airtrek na ke turbo tuan amik berapa..(halfcut skali)?kalau boleh skali endorse…
    Terima Ksaih

    • wasalam
      tuan,untuk maklumat saya tak pernah buat lagi conversion ini.jd harga nya saya kurang tahu. tq

  6. salam..sy memiliki jentera waja thn 05..blh sy tau minyak itam ape yg paling sesuai dgn usianye..

    • wasalam

      15 /40 boleh 20 /50 pun boleh

  7. nak tanya, kalau enjin semout-semput tu apa punca utama ya tuan? saya dah tukar spark plug dan cable, still sama. pastu anta cuci distributor, tapi makin teruk bengkel tu buat. saya dah pening nak kena buat apa lagi

    • keter jenis ape?macam2 boleh jadi banyak punca

      • Proton Wira 1.5 Auto sedan tahun 1997

      • lepas cina bengkel tu buat carb, makin teruk semput wira tu jadinya, rasa macam kena tipu dengan cina bengkel tu pun ada. Tengok carb tu nampak macam cuci pun, takut dia saja menambah problem ke kereta kita nak suh customer bayar lebih sebab dia ada minta rm400 untuk buka enjin, entah, tak tahu untuk apa tah, dia kata gerenti setel, kalau tak setel juga, tak payah bayar.

      • ini kes saya kene tengok kereta dulu.macam2 hal boleh berlaku,boleh jadi cine tu nak tipu boleh jadi juga bukan.so sy tak dapat nak pastikan.

      • masalhnya, nak bergerak bawa ke bengkel encik pun dah tak boleh. towing mesti ratusan dah kalau kat kL ni

    • Silap, bukan cuci distributor, tapi carburetor (carb)

    • Sebelum anta ke cina tu, dia punya semput tu boleh gerak juga la kereta tu nak ke bengkel, jalan steady, sengguk sikit2. jalan, sengguk, jalan , sengguk. Tapi lepas dia cuci (kalaulah dia cuci), makin berat jadinya, tersengguk sepanjang perjalanan dah macam kuda, pastu mati tengah jalan

  8. sy bru beli kereta ford lynx tx3.kete tu cina milik cina sblum ni.die ckp kete tu masih elok.mungkin lme dh xservis.ape y perlu sy buat dlu.mksud sy y penting.sbb sy bajet dh lari bli kete ni.mints nasihat je sbb ni first time guna kete ford..

    • terima kasih atas comment

      sila jelaskan apa masalah dng kereta ford anda dng jelas jika boleh kerana dalam keadaan ini sy tak dapat nak tolong jawab soalan anda sebab soalan anda objectif terlalu luas,dan jika mahukan nasehat yg lebih elok dan mantap call sy terima kasih.


Comments RSS TrackBack Identifier URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s