volvo v40 wagon turbo top overhaul

salam saya ada buat kerja tukar engine volvo v40 dalam pengalaman ini sy ingin menulis sedikit sebanyak pasal volvo v40…

cerita pasal engine ini saya tak buat secara detail sangat.

so sekarang ni cilinder head sudah pun dipasang.

32 Comments

  1. macam kenal kereta ni?😉

    • yeker…keter sape ea…hahaha

  2. kat mane workshop dan berapa kos top overhaul wira 1.5(A) dan bera
    pa lama masa utk buat?

    • workshop kat sg buloh, lot 1310a jln gajah 3 kampung kubu gajah sg buloh,masa paling lambat 4 hari..paling cepat dua hari..kos kene tengok keadaan kereta..taku2 piston ring pun kene tukar.bajet kalau kene tukar piston ring dalam 800.00

  3. Tuan, saya pakai volvo s40. Tuan ada replacement lampu depan tak (double bulb) black hazel? Berapa harga?

    • terima kasih tuan,,tak de stok

  4. salam tuan, saya punya s40 bila koner ade bunyi mcm besi berlaga…jln lurus ok aje…apa masalahnye??bengkel tuan ari sabtu/ahad bukak ke??

    • waslaam kene check dulu.
      bengkel buka sabtu ahad tp kene call dulu kalau nak datang.tq tuan

  5. salam..sy nk tya bro ade x spare part utk coolen sensor utk volvo s40 model 2002

    • *coolen temperature sensor

      • minta maaf encik sy xde barang yg encik cari tq

  6. tolong bagi tahu saya berapa upah tuan untuk membuat top overhaul, top gasket saya ada.

  7. sy ingin bertanya, apa pandangan bro motec pasal membeli kereta volvo 2nd hand? adakah sangat sukar maintenenace nye dan mencari spare part? tahan lasak ke kereta volvo nih?

    Tq

    • spare part mahal tp tahan lama,lasak memang lasak sy pun pengguna volvo,sekali cuba volvo seumur hidup takkan buang volvo cause volvo fo life

  8. Salam saya ingin menjawab pertanyaan tuan. Kereta volvo murah bila jadi secondhand, memang tahan lasak. Sparepart dia baik yang original dan srcondhand mudah didapati….ya agak mahal tetapi saya iktirapkan 4 kali tukar peralatan kereta jepun bersamaan sekali tukar peralatan kereta volvo. Teknologi kereta ingin ditahap yg perlu di banggakan.

    • volvo s80 macammane pula? minyak dia jimat tak tuan?

      • minyak jimat selenggara mahal je

  9. Bagi S80 jika menguna minyak perlincir fully synthetic dan spark plug 4E atau 3E dan aie filter yang bersih dan tuning yg betul akan menjimatkan minyak. Seperti mana juga keteta lain seperti mercedez benz, Bmw kerna tecknologi yg ada do kereta2 tersebut bukan basic tecknologi yang di gunakan oleh kereta jepun, malshan iereta jepun lebih byk mengunakan minyak.

  10. tumpang tanya..berminat nak beli volvo 940 tahun 96.97. Harga below 5000.Tq

    • tuan nak cari yg yang macam tu harga susah mau dapat.sebab 97 is last model.sy ada satu tp 740 tahun 89 tp dah convert to interior and engine 940 hard turbo manual.

  11. salam, nak tanya sikit . . kalau silinder head telah bengkok sebab kesan dari overheat (gasket terbakar), lepastu silinder head di Lay (top overhaul). adakah ia akan memberi kesan pada enjin dan temperature pada masa akan datang jika di Lay silinder head itu ?

    • wasalam kalau potong banyak mungkin akan panas

  12. slm mat,,kia spectra engin mana ok ke dari proton?dan s/part mudah ko payah.

    • kia spare part mudah jer banyak baru ade

  13. salam ..sy ingin bertya..brapa hrga standard timing belt & mounting baru dan hrga second bg kereta volvo s40 2002..?di mana boleh dptkn kdai potong bg kenderaan ni?

    • Wasalam.maaf sy tidak ada maklumat lg untuk ini tq

  14. As Salam, En. Ramadan,

    Saya perlukan nasihat iklas dari tuan berkenaan kereta volvo saya. saya memang tak paham ler pasal repair kereta.

    Saya memiliki Volvo C30 tahun 2008 dengan enjin T5, Kereta ni memang powerful dari sudut engine tetapi selalu ade masalah Lampu engin hidup (check Engine Light). Setelah disemak oleh mekanik volvo mereka menyatakan lampu engine ini disebabkan oleh Vacuum Leak. Ape saranan tuan untuk repair vacum leak ni. kalau ikut kate makenik tukar gasket engine. betul ke? boleh ke kite buat overhaul untuk mengimprovekan prestasi engin secara menyeluruh…? ape pendapat tuan.

    Yg kedua baru2 ni kereta meragam lagi. pemanduan tiada masalah malah semakin bagus tapi keluar pula lampu amaran. semak lagi pakai dice vida volvo punye sistem dia kata error ni disebab “fuel Sensor error” masalahnya sensor ni baru tukar setahun lepas…takkan ler dah rosak. ape pendapat tips tuan untuk perkara ini. utk makluman tuan juga Fuel Pump dan Mass air flow sensor pun saya dah tuka….

    Patutke saya jual aje kreta ni sebab lampu engin selalu idup aje.

    Mohon pandangan tuan.

    Terima Kasih

    • waalaikumsalam

      terima kasih tuan atas comment.

      sememangnya volvo yg model baru selalu check engine naik,sebab apa bila satu benda electronic tidak bekerja dng elok maka akan keluar signal dekat meter bahkan satu bulb signal putus pun akan diberitahu pada meter,sistem s40,s60.s80.xc model dan c model yg tuan pakai sistem nya sama engine t5,volvo model baru popular dengan engine t5.

      saya ada scanner untuk semua jenis volvo OBD 2.baru2 ni banyak s80 saya selesaikan masalah check engine alhamdulillah dng izin Allah selesai.bila mekanik cakap vacuum leak,maka ada beberapa perkara disini yg perlu diperhatikan dng teliti bukan terus cakap kene tukar gasket engine(kenyataan ini tidak jelas pd sy sbb dia tidak menyatakan bahagian mana gasket tersebut,adakah intake,head gasket)

      jika tuan ada masa elok tuan datang ketempat sy untuk scan sistem tersebut .tetapi sy caj untuk scan rm80.00.

      teori overhaul engine saya kurang setuju

      ada dua sebab kenapa engine kene overhaul

      1.makan minyak hitam dng asap biru
      2.overheating sehingga gasket terbakar,

      kalau jem engine itu kene tukar tetapi jarang2 engine volvo ni makan minyak hitam,

      jika tuan hendak jual kereta tersebut saya tidak boleh menghalang.tetapi setiap masalah ada jalan penyelesaian.insya allah.

  15. Terima kasih atas pandangan en. Ramadhan, InshaAllah ade rezeki dan umur yg panjang saya akan datang berkunjung ke bengkel tuan.

  16. tahniah…..sial update atas kesempurnaan setelah injin dapat di hidupkan. V40 saya mempunyai masaalah brake tak makan sebaik dihidupkan injin di pagi hari dan setiap kali injin dihidupkan…….kenapa ya?

    • mungkin servo brake rosak


Comments RSS TrackBack Identifier URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Calendar

    • December 2016
      M T W T F S S
      « Oct    
       1234
      567891011
      12131415161718
      19202122232425
      262728293031  
  • Search