Siapa yang ajar saya

Saya sejak umur 10 tahun saya dah ada minat dalam bidang automotive,ayah adalah orang pertama yang banyak memberi saya sokongan dan ilmu dalam hal ni,dan bos saya pulak banyak mengajar saya dalam ripe kereta masa kini (kereta yang bersistemkan EFI) oleh kerana dua orang yang saya sangat hormati dan berjasa pada saya.

Ayah saya pun boleh ripe petrol&diesel engine,wiring so?saya ikut jejak ayah saya saja,dalam keluarga saya saya sahaja yang minat dalam bidang automotive,
sebelum saya jumpa bos saya saya hanya tau ripe kereta biasa je cam proton(kereta carburator,skukur alhamdulillah tuhan pertemukan saya dengan bos saya disitulah permulaan saya menjadi seorang mekanik,kerana minat mendalam pada kereta saya sanggup buat apa saja untuk mendapat kan keseluhuran ilmu ripe kereta,

44 Comments

  1. saya respect kat awak la.
    sy pun minat keta. saya nak tnya, kalau keta land rover blh kita masuk enjin 1JZ x?

    • ok……land rover saya x pernah buat…tapi bukan bermakna saya x boleh buat……erm encik dari maner erk…..
      kalau encik nak convert boleh…..mungkin pajero turbo diesel pun boleh…..tapi engine 1jz itu sy kurang tau dan engine keter ape yg encik maksudkan……..kalau boleh tolong encik bagi saya maklumat penuh aper yang encik mahukan untuk kereta encik so…saya pun senang nak jawab dan bagi balik maklumat untuk encik…terima kasih kerana tengok blog saya…dan komen…tolong bagi maklumat penuh ye……terima kasih…

  2. salam..weit tolong carikan aku carb telstar tx5 hatchback 83/84 2.0 weh..aku kt cheras.

    • erm ok barang tu ade tapi carb lame nape ape yg rosak dah xleh riper ker…..
      kalau betul2 nak call sy la….no telipon ade dalam blog

      • wah bagus.tp yg elok je tau.psl dh 2, 3 kali tukar carb ni.yg asal dh losak kate pomen.asal pijak pedal je mati.pstu kdg2 ok.pstu jln2 tibe2 myk cm xnaik.mati tgh jln tros xleh stat.ntahape la..skg kete aku kt wokshop pklg.pomen tu pun dh penin carik sparepart.jmpe tp xelok.nnt lps cerita ngn pomen tu aku contact ko la yek..

      • mesti la elok……engine dia….2000 cc kan…n single cam….klau x silap saya carb tu macam carb kereta saya dulu sebelum tukar engine…..bila senang contac saya la…

      • hello bro…sy dah dapat dah carb tu kalau nak harga dia…350……2000 cc punyer….

  3. salam saudara mat,

    saya nak minta nasihat saudara.. saya skrg pakai wira 1.5 ’95. bercadang utk tukar enjin mitsubishi 4g91. Adakah ianya sesuai? Bagaimana dengan spare partnya? mudah ke dicari? atau enjin yang mana lebih baik selain faktor harga berbanding MIVEC 1.6 dan 1.8 GSR?

    Terima kasih. wassalam.

    • wasalam…terima kasih atas comment saudara
      4g91 ok juga engine tu…cuma spare part dan maintenance tinggi cikit la…pasal dia injection DOHC,sama juga dengan MIVEC dan GSR.ianya sememangnya sesuai.tapi jng beli yg turbo.asalkan mampu jaga dan maintain dia tak ada masalah.lagi satu kene pandai la pilih engine sebelum beli.jangan pula terbeli engine yg dah teruk.harga memang mahal la pasal teknologi lain….spare part boleh cari tapi mahal drpd yg engine SOHC

  4. wah!..respect sama lu la bro..

    • thank you very much bro….for looking my blog.

  5. sy suka baca blog ini…
    sgt berinformasi…

    • thanks you very much..

  6. salam bro,saya mempunyai mazda 626 GC dah convert engine FE3N cuma masalah sekarang ni flywheel oil seal dah leaking rasanya berapa eh modal diperlukan untuk repair? terima kasih!

    • upah buka gearbox 150.00 campur oil seal 25.00 campur minyak gear 80.00.kalau ada lain2 rosak diluar jangkaan saya.

  7. Salam saudara ,
    Saya ada masaah ni nk dapat sparepart kete saya,kereta saya sebiji mcm kereta yg saudra pamer kat blog ni, enjin juga sudah modified sama gak, cuma saya model telstar 2.0, th 1991…sebijik lah katakan.
    Baru2 ni enjin kete tetiba mati, start tak hidup,3 orang dah pomen semua kata Computer box rosak Termasuk Ecu, (3 bulan tersadai kat kedai) ..nk tanya saudara ,spare part ni masih boleh dapat ke kini dan berapa pulak harganya…Harap saudara bagi respon ye…untuk makluman wiring semua dah buat balik ..sbb pomen mulanya suspek short…ok tk

    • wasalam…..terima kasih atas comment,
      macam ni la bang benda macam ni agak susah saya nak suspek ape yang rosak,semua orang senang saja cakap ecu yang rosak.adakah mereka pasti akan benda tu rosak,ecu sangat jarang rosak,pada pendapat saya benda ni kene check betul2 dulu coil ada api tak.mungkin distributor.kalau nak pastikan ecu tu rosak,kene buka tengok litar dalam nya.kalau ada nampak kesan terbakar baru lah kita kata rosak.benda macam ni saya mintak maaf saya tak tahu ape masalah nya,mungkin kalau saya tengok kereta insyaallah dapat sy kesan masalah nya ape.

  8. Bro. Tambah la butang like kat mukabuku. Blh like.

    • thanks for idea..tapi saya tak tahu nak buat tu..boleh bro ajar saya tq.

  9. subhanallah… kawe betul2 bangga ada orang macam demo… insyaAllah satu hari nnt kawe nak antar keta repair kt tempat demo…

  10. bro saya ada pajero L043 2.5 tahun 1992. Model 2 pintu. Saya ingat nak tukar enjin la bro.. Dah ada masalah. Kalau boleh nak upgrade turbo

    • beli satu halfcut turbo diesel salin aje

  11. salam..sy beminat baca blog encik.baru2 ni sy pakai kereta dan sy beminat sgt nak belajar baiki kereta.tapi sy nak belajar part time je.bnyk website sy pegi utk ambik kelas automotif ni.tp semuanya fulltime.sy nak sgt belajar cara-cara menjaga dan membaiki.mmg la blh belajar dari utube,internet bagai tapi seelok2nya kalau kite nak satu ilmu perlu beguru kan?encik ada buat perkhidmatan mengajar org baiki kereta tak?kalau ada blh la email sy nnt.

    • wasalam
      sy tidak menyediakan perkhidmatan mengajar,tetapi kalau nak belajar sedikit sebanyk sy boleh tunjuk ajar kan tp kene serius dan klau boleh biar ada kereta sendiri supaya ada bahan untu belajar.tq

  12. Wasalam noenjin trletk di belakang cover timing belt dekat dengan compressor air cond.tq

  13. Bro
    Saya baru beli ford lynx ls 2001/03. Masa test drive Abs light menyala pastu ckp kat used car dorang da repair lepas aku amik kete dlm dua hari pkai hold indicator lak blinking aku cal la used car sbb ada waranty lagi lepas tu meter km lak xjln. Used car suh bwk g bengkel die cek nye cek die kate speed sensor…skrg ni aku baru je amik balik kete masalah baru gear xbetul lak..petukaran gear mcm semput..aku mmg risau masa jalan jem…agaknye ape masalah baru ni???

    • kene check la bro baru tahu….susah mau cakap hal hal macam ni tq

  14. bro sayapny lifter 4g91 ketap9 sakit tlinga ape permasaalahannya erk

    • lifter ada yg jem boleh jadi atau pun bocor minyak,mungkin gear box dah dekat nak rosak

  15. Salam, boleh minta pendapat, enjin apa yang sesuai kalau nak tukar enjin kereta kancil 660auto… Konfius antara mira L2 & L5 yang penting perfomance bagus & mudah dapat sparepart.. Tq.

    • wasalam kalau saya l5 4 cilinder DOHC timing chain 16 valve,engine ni smooth sebab 4 cilinder

  16. assalamualaikum saudara…saya ada wira 1.5cc tahun 1995 yg xlarat sdh..bercadang ingin tukar enjin..mivec atau gsr turbo..tq…

    • wasalam

      apa yang saudara ingin tanya kan?

  17. bro. na tanya sikit… gua x pandai sgt bub2 keta nie bro.. tpi ade la niat na tukar enjin keta pajero gua..dari petrol ke turbo diesel..agak2 bpe kos klau wa angkut and pasang?

    • harga halfcut 7500.00. pasang 2k. auto

  18. Assalam’kum tuan, sy nk tanya berapa kos untuk adjust tappet kereta hyundai atoz 1.1, terima kasih.

    • Wasalam 50 ringgit

  19. assalamualaikum saudara saya nak tanya boleh tak enjin Range Rover 4.6 tahun 2007 di tukar enjin yang cc kecil dan enjin apa yang sesuai ye

    • wasalam

      boleh tu boleh nak masuk engine kecik tapi maaf sy ni dah tak buat lagi kerja convert kereta

  20. Minyak enjin apa yg ngam buat enjin 4g91 agar valv x berbunyi.n minyak gearbox apa yg ngam buat enjin 4g91?????

    • kalau dah bunyi juga kene tukar lifter

  21. maaf tuan sekadar nak bertanya.. saya mekanik kampung yg kebanyakan customer guna kereta lama2.. cma sy ingin belajar untuk bhagian kumputer box sistem utk kepuasan pelanggan.. dan brape kosnya kalau sy nk beli satu mesin komputer box tu.. dn apa ilmu yg sy kena blaja utk mahir dlm bhagian komputer box car..? blh saya belajar di tempat tuan. ni num hp sy kalu senang2 mis kol atau msg pun xpe

    • saya diluar negara dan akan balik dalam bulan 1 ini.insya allah sy boleh tunjuk ajar.

  22. Saya pakai wira 1.5(A) thun 2002. Bole ke keta saya pakai timing belt mitsubishi lancer..? Tu saje soalan saya


Comments RSS TrackBack Identifier URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s