borak borak pasal engine dan cara penjagaan

Assalamualaikum

 

Berikutan berbagai soalan soalan sama sy terima dari pembaca dan pengunjung blog MOTECMAT jadi dng ini saya menulis sebuah post dng cerita yang berkaitan dng engine dan jenis jenis kerosakkan engine dan juga bagaimana nak mengatasi nya.

1.overheating

sebab2 engine overheating

  • radiator fan gagal berfungsi
  • terdapat kebocoran air dalam sistem
  • water pump rosak (dua sebab water pump kene ganti,bocor,kipas dan rosak)
  • radiator sumbat sehingga menyebabkan penukaran air lambat maka naik lah suhu engine sehingga menyebabkan overheating
  • termostad gagal berfungsi atau jem

Apa yang akan berlaku jika engine overheating adalah head gasket akan putus atau bocor di peringkat awal dan peringkat seterusnya adalah head akan bengkok,sehingga menyebabkan minyak hitam menjadi susu dan juga engine akan tidak lagi normal pembakaran nya.

bagaimana nak mengatasi semua masalah di atas?

selalu la check keadaan engine kereta anda dan yang paling penting belajar la sedikit sebanyak tentang kenderaan yang anda pandu,jika anda pengguna yang bijak anda mestilah tahu macam mana cara nak jaga kenderaan anda maka dari itu anda akan jimat banyak duit untuk selenggara kenderaan anda.

saya tahu masih ramai yang tidak tahu cara2 nak jaga kereta sendiri,jadi post ini mudah mudahan dapat membantu sedikit sebanyak kepada pembaca dan pengunjung blog saya,jangan segan bertanya dan cari mekanik yang boleh bagi anda ilmu sedikit sebanyak untuk anda mengenal kenderaan anda dng lebih baik lagi.Penting nya anda seorang driver patut tahu cara2 nak jaga kenderaan anda sendiri.

2.servis engine and gearbox

  •  tukar minyak hitam dan oil filter,jangan lah anda tukar minyak hitam sampai lebih had milage yang telah ditetapkan kerana ianya akan buat engine anda cepat kotor dan hitam dan ini akan mempercepat engine anda hilang power dan juga jangka hayat nya akan cepat untuk overhaul atau top overhaul,tetapi servis la awal sedikit contohnya minyak 5000 Km maka 4500 atau 4000 KM tukar je a minyak hitam dan jangan guna minyak hitam murah sgt sbb jangka hayat dia sungguh rendah,beli lah minyak jenama yang boleh di percayai.
  • Spark plug, bagi kereta yang carburattor jangka hayat plug tidak boleh tahan lama kerana carburattor lama2 setting akan lari dari asalnya,kalau feul injection plug boleh tahan lama sebab sistem ignition and feul dikawal oleh ECU jadi lebih tepat dan halus sebab tu injection lebih jimat minyak dari carburattor.
  • Automatic gearbox. Bagi pengguna kotak gear auto servis lah kotak gear auto kereta anda pada setiap 20000 KM dan pastikan anda menggunakan minyak gear yang betul,jangan buh cap kuda kepang punye nanti cepat rosak.Dan pada setiap 40000 KM tukar filter dan juga gasket,
  • Manual gearbox. manual pula tukar minyak setiap 40000 KM

 

kenyataan dia atas adalah kenyataan saya sendiri bedasarkan pengalaman sy sendiri sebagai seorang mekanik pelbagai jenis kereta,jadi terpulang pada anda jika mahu di guna pakai atau tidak apa yang saya dah tulis dia atas,

nanti mesti keluar soalan kenapa? mengapa? jadi sy jawab sekarang

kerana nak menjaga jangka hayat engine dan juga gearbox anda dan juga kereta anda sendiri,kerana banyak kes penipuan berlaku di workshop2,lebih2 lagi jika pihak workshop mengetahui yang anda lansung tidak erti pasal kereta.

adakah saya tulis ini semua untuk memburukkan workshop lain?

sama sekali tidak, semua insan mencari rezki untuk menyara hidup,cuma kadang2 tu ada segelintir yang buat onar sehingga banyak pengguna kereta agak fobia kalau nak hantar repair kereta pada bengkel2 yang kurang kenal,dan saya yakin masih ramai workshop2 yang boleh dipercayai tetapi anda tetap harus hati2,dan seelok2 nya bincang dulu sebelum anda nak repair kereta.

bila masa kene buat overhaul?

overhaul engine perlu dilakukan bila engine dah mula makan minyak hitam,dan juga engine mengeluarkan bunyi bearing seperti main bearing,conrod bearing dan juga overheating.overhaul juga perlu di buat bila mana engine Block dah haus makna nya ruang pembakaran engine dinding nya sudah haus dari size asal nya dan ini boleh diketahui bila buka engine, dari sini lah yang menentukan sama ada kene overhaul atau top overhaul. berikut sy sebut part2 overhaul engine yg perlu ditukar

  1. piston
  2. piston ring
  3. main bearing
  4. trus washer
  5. gakset
  6. reboo block
  7. skim crank shaft jika perlu
  8. ganti valve dan juga valve guide jika perlu dan lain2 part jika perlu

Bila masa kene buat top overhaul?

top overhaul adalah langkah awal untuk mengelak engine dari overhaul,top overhaul perlu dilakukan apabila engine sudah mula berat dan performance standart nya sudah mula menurun dan engine memakan petrol yang kuat,kebanyakan orang buat top overhaul tidak menukar piston ring sekali dan ini akan menyebabkan tidak sempurna akan kerja2 sebuat top overhaul.

 

25 Comments

  1. Assalamualaikum..terima kasih en.Ramadhan atas nasihat dan info mengenai tips2 penjagaan kereta petang tadi. Byk manfaat yg diperolehi utk org baru berkereta spt saya. Diharapkan abg mat teruskan usaha n terus memberi hasil kerja yg terbaik. Ada masa nanti saya dtg lg utk repair leaking oil sump dll sebelum tuan cuti pnjg nnt..terima kasih sekali lg..

    • bgus sb awk dah berkereta..maitenance ikut due n kompom ok keto awk tu..n berbelajarlah ckit2 psai check routine a week tu bru prevent dgamage dari berlaku..roger

  2. saga mega kawan ok n best pkai cluth 1.6 with plywhell..lain part sume standart,,pic up ok cme nk sdapkn lg perlukah mody ape lg bang mat..sila reply immidlyy.

  3. salam bro.
    saye ade sebuah kerete wira 1.3. ia mengeluarkan asap putih yang sangat banyak. bocor dan bunyi tepet yang sangat kuat. sy nak tanya berapakah anggaran jika sya ingin mmbuat top overhaul.?

    • waslaam

      bajet 800 ringgit

  4. Salam en ramadhan.
    Saya nk tanya, wira 1.5 saya, meter mileage(rekod jarak) sudah tidak berfungsi, mksud saya, digit jarak xbergerak bila bwa kereta..apakah kemungkinan yg rosak, dan kos brg dan workmanship yg wajar?terima kasih atas perkongsian.

    • wasalam

      meter rosak.meter tu tak silap sy kalau yg tengah saja baru dalam 350.00

  5. Asslam…………….
    Sy pakai kembara auto tahun 1999. Masalahnya gear tidak dapat masuk ke gear 4, cuma sampai ke gear 3 saja……… apa yang rosak dan perlu diganti. Troque conveter ka gear box??? TQ….

  6. Salam bro. Saya mempunyai toyota seg 101 enjin 1.3. Boleh ke tukar kepada engine 1.6 ori seg? Berapa anggaran kosnya? Kalau tuan tak boleh buat pun tidak mengapa saya cuma nak tau kosnya

    • 2.5k lebih kurang

  7. Salam en Ramadhan, satu lg masalah ford laser saya ni meter km/h pn dah x bfungsi? Jadi klu en Ramadhan x kberatan tolong total kan kos smua skali meter KM/h dan top overhaul krn tujuan saya buat top sebab saya rasa asap hitam kluar krn tiap kali saya tekan minyak dlm free gear asap hitam akan kluar? Adakah itu standart? Atau dah makan minyak hitam? Terima kasih byk2 klu dpt bg pendapat jg kos dan apa perlu saya buat..

    • wasalam

      untuk tentukan kos sy perlu periksa kereta dulu.tq

  8. assalam… kereta waja saya auto 1.6 2005.. meter temp naik mlbihi separuh.. dlm masa yg sama macam x btul naik turun.. bila on ekon naik off turun.. kadang2 lampu isyarat naik… tnye mekanik termostat rosak… sedangkn radiator cntik bersih

    • kipas jalan cantek tak?

      boleh jadi termostad

  9. Assalam encik,sy pengguna hyundai matrix..kereta xblh jln wlaupon da msuk gear d..knp ye?adakh masalah gearbox??puncanye adalh disebabkn minyak auto kering dan tidak membuat pemeriksaan awal..boleh bg info??saya da tmbh 1lter minyak gear auto,kemudian kreta blh jln..dlm satu pusingan pking..then trus xley jln..kemudian sy tmbh 3litr..then xley jln jgk.tp boley reverse..

    • wasalam

      kemungkinan gearbox anda sudah rosak,dan kene cari secend uutk ganti.

  10. Salam tuan,baru2 ni saya ada hantar ford econovan utk full overhaul dkt satu bengkel.saya nak tau brp lama masa yg diambil utk buat overhaul ni.van saya sampai sekarang x siap.dah 1 bulan stngh.bila tanya mcm2 alasan diberi.angaran kos dia selalunya berapa ye?saya ingatkan paling lama pun dlm seminggu je.skrg dh rasa pelik sbb lama sngt.

    • wasalam biasanya satu minggu.tp tak tahu lah jika keadaan bengkel macam mana.

  11. Salam tuan….saya bercadang untuk membeli sebuah Nissan X-Trail terpakai buatan tahun 2006 (auto). Apa nasihat tuan?

    • wasalam

      nissan ok kalau model ni,tapi kalau sy akan beli harrier

  12. assalammualaikum sy ada kete ford leser enjin apakah yang besar ckit n sesuai tuk di tukarkan.. n/a pya…yang lasak sikit..beri pencerahan tantang enjin n kos sehingga otr

    • wasalam
      kereta tahun berapa ?laser banyak model laser S,laser bf bd,bg, ford link pun laser juga,so kene tahu model ape?

      engine ford ni lasak sebenarnya cuma perlu selenggara dng baik aje

      • saya guna ford laser 1.6 tahun 1991, yang bontot sedan 4 pintu.. saya minat juga enjin macam abang pasang pada ford testar.. cu ma nak tau harga macam mana..

      • saya call abang pon x dapat2 n mesej pon xder dah tukar no ker

      • ford ghia 1.6 sedan


Comments RSS TrackBack Identifier URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s