proton wira 1.6 overhaul and restore engine

Salamualaikum

salam sejahtera kepada pembaca blog saya,di ruang ini sy ingin menceritakan sedikit pasal kerja ovehaul dan restore engine proton wira 1.6.lihat gambar untk perjalanan project ini dan di ikuti dng cerita sedikit dan sebanyak berikut adalah gambar kereta sebelum

DSC_0116

engine sudah buka dan sudah di basuh part2 yg kecil pun

DSC_0118

DSC_0130

DSC_0131


berikut adalah gambar2 ape yg sy dah buat pada engine ini….

DSC_0144

sekarang engine nak install masuk dalam engine bay

DSC_0238

 

 

berikut adalah gambar dah pun siap project restore engine dan overhaul.

 

DSC_0242

 

 

project sudah pun siap

jika ada sesiapa yang ingin membuat project yang sama seperti di atas, jenis kereta proton 1.6  boleh lah hubungi saya untuk apoinment kos untuk satu project ini sampai siap maximum  5k

 

955 Comments

  1. salam..
    sy tertarik dgn cara kerja saudara.
    sy mempunyai wira 1.6.
    kalau nak buat top overhaul berapa kos ny? dan berapa lama masa yg diambil? sebab sy tggl di setapak.

    • wasalam….
      terima kasih kerana comment di blog saya…

      kos lebih kurang dalam 700 siap grand valve
      antara barang yg sy beli
      gasket
      minyak hitam
      oil filter

      kalau ada part lain kene tukar kos melebihi 700…

      • bro,nk tnye skit,.apehal kdg2 time start timming mcm nk mati jeqk r,.kdg2 mmg mati,.throttle body sume dh servis tp same dgn,..enjin 4g93t,.sory lau salah tmpat tnye,.

      • kene chek dulu la bro…tq

    • Salam, nak tanya, apa kebaikan guna ‘oversized piston ring’ dan tukar ‘vtec gearbox’ kepada enjin kereta saya, honda accord 2.2A, 1997 sebab keretani penggunaan petrolnya tinggi, khususnya town drive, tk.

  2. salam,
    sy ingn menukar enjin kereta wira 1.6 Auto.
    boleh sedara cadangkan jenis engin mitsubishi N/A apa yg sesuai untuk transmission Auto & Manual.dan berapa harga ny?

    • wasalam
      masuk gsr 4g93 1.8,atau pun mivec 1.6,
      ataupun 4g93 1.8 SOHC,
      kalau engine SOHC murah je bajet dalam 1600 siap pasang,,,tapi kalau nak masuk DOHC kene beli halfcut sebab wiring tak sama….
      halfcut sy tak pasti harga dia, upah pasang halfcut sy slalu ambek 1500 jer……
      cadangan sy masuk sohc jer..murah cikit….
      sebab halfcut sekarang banyak mahal…….

      • 4g93 1.8 SOHC tu sekali dengan gear box?

      • tak engine sahaja..kalu nak gear box kene tambah bajet

  3. salam,
    bro harga mivec 1.6 auto agak2 brapa arr?

    • wasalam takder barang harga dalam mudah anggaran 10000…brader cari sendiri….mivec banyak susah dapat sekarang.

  4. salam, satu lagi soalan. wira saya bila naik bukit ja temp naik, bila jalan jem ja enjin mati. kenapa ya? tq.

    • wasalam
      mungkin timing terlalu advance sgt,atau pun timing lari cikit

      • owh, okay. thanks.

  5. salam saudara. nak tanya kalo wira 1.5 enjin apa sesuai?

    • wasalam…..maaf encik ape maksud sesuai….encik nak engine yg macam mana twin cam,single cam,atau turbo atau pun xder turbo yang mana satu ….cuba eencik buat pertanyaan yg jelas supaya sy boleh jwab dng tepat.terima kasih…..

      • salam ,nak tanya keta saya wira 1.6 ,bila jalan dia tersentak sentak macam tak stabil apa punca nya

      • wasalam…kene chek dulu tq

  6. kete wira 1.5..thn 96..mlm td asap putih kuar byk masa parking, berkepul2..ape problem..?

    • asap putih piston ring dah haus…..kene overhaul atau tukar engine…..

      • salam,
        problem sama dengan cik azizi tu..piston ring.
        ape yang perlu dibuat dengan problem wira asap putih banyak ni..
        nak tanya kos baik pulih.

      • kene tukar piston ring,dan top overhaul,kos 1300 lebih kurang….siap semua.barang dan upah….jika berminat call sy 0172601852

  7. Isteri saya memiliki sebuah proton waja 1.6 yang dibeli pada tahun 2002 (engine mitsubishi).

    Pada 25/1/2011 ketika isteri saya memandu ke pejabat (kereta ini digunakan oleh isteri saya untuk ke tempat kerja) didapati penunjuk suhu (temperatue indicator) menjadi tinggi dan dia memberhentikan kereta serta merta. Kereta ini kemudian ditunda (dengan kerta tunda) ke workshop Mercu Maju Mulia Sdn. Bhd. beralamat di D4B, Pekan Francais Pulai,Pulai Perdana, 81300 Skudai, Johor Bahru (berhampiran UTM Skudai).

    Mekanik memaklomkan kepada saya kereta ini perlu dilakukan top overhaul kerana air didapati telah masuk kedalam kebuk piston. Setelah siap dibuka dan dilakukan kerja top overhaul dan ketika hendak memasang semula screw head, 3 daripada 10 screw head tidak dapat dikunci hingga torque yang dikehendaki (60 poundfeet).

    Mengikut mekanik tersebut jika terus dikunci pada torque yang lebih tinggi dikuatiri thread blok akan “terangkat” dan rosak.

    Oleh itu saya ingin mendapat pandangan pihak tuan bagaimana menyelesaikan masalah ini.

    Antara persoalannya adalah:

    1.Perlukah dibiarkan torque dikunci sehingga 60 poundfeet sahaja sedangkan screw head tersebut masih belum ketat (masih boleh dikunci lagi).

    2.Selepas kerja meratakan head dan memasang gasket karbon (asalnya gasket stainlees steel) adakah boleh dicapai torque 60 poundfeet kerana dalam lubang benang sudah menjadi pendek.

    3.Adakah jika menggunakan screw head yang baru boleh membantu mengetatkan semula hingga ke 60 poundfeet.(ie menjadi ketat pada 60 poundfeet)

    4.Apakah kesan jika dibiarkan sahaja screw head dikunci hingga 60 poundfeet tetapi masih belum ketat.(boleh lagi dikunci )

    5.Adakah hal seperti ini pernah berlaku (iaitu beberapa screw (dari 10 screw) tidak dapat capai torque yang dikehendaki 60 poundfeet manakala yang lain boleh capai 60 poundfeet) dan menjadi perkara biasa yang tidak mendatangkan masalah pada engine.(ie a norm in the industry).

    6.Adakah cara lain yang boleh dilakukan untuk menyelamatkan engine waja saya.

    Mengikut pendapat mekanik tersebut saya perlu menukar engine baru, namun saya masih berharap sekiranya ada cara lain yang lebih murah untuk menyelamatkan engine waja saya (harga engine terpakai sekitar RM 5,000.00 sebuah, manakala top overhaul kurang dari RM 1,000.00 sahaja).

    Zainal Ramli
    019-4425557
    1/2/2011

    • panjang nyer comment encik sangat2 detail….terima kasih atas comment encik…

      tapi sy tau encik sudah pun call sy dan sy dah bg jawaban semua soalan…..so disini sy jawab ringkas sahaja la…

      harga engine terpakai sy rasa tak sampai la 5000 paling mahal pun 2000 jer….tp halfcut mungkin la harga 5000
      makna nya separuh keter.

      pasal screw tak boleh ikat tu kene cari screw lain la….kalau head tak rosak memang boleh diselamatkan lg engine tu….dan sy taw engine tu boleh dicari kat kedai potong..

      tp jng cakap engine waja sebab akan jd mahal……cuba cakap engine keter lain ker…lancer ck2 ker….
      semua ni terpulang pada pandai cakap ngan kedai potong la…..

  8. Salam…sya memakai kereta waja 1.6 mitsubishi n auto, bru je pakai n sya beli second hand. sya nak tnye skiranye sya nak upgrade enjin sya ke cc yg lg besar seperti 2.0, enjin ape kah yg sesuai…sya tk mahukan enjin turbo.tp tujuan sya nak tmbah cc sbb org kata bila cc lg bsar lg jimat minyak sbb ade power lebih tok bwak beban yg sme brat…Btol ke kenyataan sya ni??? sya pun tk pasti sbb hanya dngar kata org. jika salah tlg betolkan ye hehe….jika boleh upgrade enjin ape yg sesuai dn paling jimat minyak… yelah baru2 ni pulak ade dngar ura2 ron95 nak naik. itu yg buat runsing kepala tu hehe…skian trma kasih kerana brkongsi ilmu.

    • wasalam…kalau nak upgrade ke pada 2.0 boleh…..kene cari la engine mitsubishi Vr4 2.0 twincam,cuma susah juga nak dapat halfcut nyer.
      betul kenyataan bila kereta cc besar minyak lg jimat,macam sy pakai 1.8 ford telstar injection twincam.jimat juga minyak dah 4 tahun alhamdulillah takder masalah.
      tp waja 1.6 pun sy rasa takla kuat sgt minyak nyer…cuma kene tengok keadaan kereta ajer kalau nak jimat minyak…….kalau nak tahu kereta tu sama ada jimat atau tidak tengok bila laju 80 km kedudukan jarum rpm berape….?kalau 2200 rpm atau 2000 alamat nyer jimat la….tp kalau lebih makna nyer kuat la….

      • SALAM..sy na dr kemaman..sblm ni beli kreta wira auto..dr kl sy ambil kreta 2..smpai ktn..ad bnyi dan d faham kn ia adalah kerosakn pd gear box..smpai kemamn..suami tukar gearbox dan tukar dr auto ke manual…yg jd masalah,,ad bunyi pd enjin..dan di

        fhmkn kena tukar..blh kah @ tahukh encik brp harga dan di mana boleh saya dapatkn enjin kosong wira manual 1.6…perhatian saudara..amat saya hargai…tq..

      • wasalam,terima kasih atas comment,
        engine saya boleh dapat kan dengan harga 1.6k lebih kurang kosong,tapi engine tu 1.8 SOHC,satu lagi cara overhaul je engine lama,so dia kekal 1.6.dan tak perlu masuk puspakom.kos pun lebih kurang sama saja,cuma masalah nya jauh sangat kalau nak hantar ketempat saya itu saja.pilihan ditangan anda,
        ape sebab2 kene tukar engine.hato2 jng kene tipu,engine boleh running lagi tak.kalau boleh buat ape tukar,

      • assalammualaikum w.b.t
        Bang saya nak tahu kalau kereta minyak hitam liking antara head dengan block kena buat top overhaul ke.sebab apa kalau kita cuma tukar gasket saja.pasal kereta saya ni baru 6bln top overhaul.tanya pormen dia kata elok buat top overhaul.bukan apa baru kuar duit repair kereta kena buat lagi.apa pandagan abang…

      • wasalam..

        macam ni memang boleh kita tukar gasket sahaja.tapi kalau jadi ape2 lepas satu minggu sape mau tangung lepastu.
        kalau dah enam bulan top overhaul lepastu jadi balik macam ni.makna nya ada masalah dekat screw cilinder head.jadi pandangan saya buat sekali lagi dan tukar semua screw cilinderhead kereta anda.dan juga pastikan cilinderhead dan permukaan block tak ada masalah.

        itu ja;lan keluar sebenarnya.

  9. saya nak tanya berkaitan engine wira auto 1.5 ’94.

    engine saya nampak macam ada leaking sebab dekat area tepi engine tu macam ade minyak2 basah.. jadi apa yang patut dilakukan? kalau overhal boleh baik ke? atau nak kna tuka engine?

    kalau selalu sengguk (switch gear auto) tu sebab engine ke sebab gear box?

    kalau engine 1.5 apa yang saving minyak sebab saya punya memang kuat makan minyak!

    selalunye berapa cost repair macam ni sebab saye memang tengah takde duit tapi keadaan memaksa nampaknya!

    • perkara macam ni susah sy nak bg satu jawaban yang tepat sebab saya pun tak nampak macam mana keadaan kereta sekarang,,,kos repair adalah bergantung pada keadaan engine….cadangan saya,kalau boleh cuba la datang jumpa sy kalau berdekatan dengan saya di sg buloh selangor,tp jika jauh cuba servey dekat bengkel berapa kos nak repair masalah itu…tp pendapat saya tak payah tukar engine,,pasal minyak kuat mungkin setting carb tak betul….atau pun ada bocor vacuum mana2.

  10. Salam. Saya pakai Kia Spectra 1.6 model 2002. Apakah minyak injin yg paling sesuai sekarang. Sebelum ini saya guna minyak injin semi sintetik pelbagai brand. Saya kurang faham dgn minyak injin. Bolehkah saya guna minyak injin biasa 20-50 sebab kereta telah berusia 9 tahun? T/kasih bro.

    • wasalam….
      boleh juga pakai minyak 20-50….lagi2 kalau kereta kita dah lama lagi elok la pakai minyak pekat cikit……

  11. bro, sy baru pki wira 1.3. thun 95. nak overhaul complete berapa agak2?

    lg 1, masuk gear ketat, mcm2 bunyi dah bila masuk gear, mounting engine abs. gegar.

    overhaul complete adakah termasuk bende2 di ats ni?

    wira sy standad je. part lancer gsr mcm mana ye? reply kat emel sy diats. bnyk nak tanya ni. harap dpt jwb. reply kat sini tkt lupa nak baca.

  12. salam. .saya nak tanya, ,kereta saya wira 1.6 endos 1.8 sohc (m), ,bila drive on air cond kalau saya tekan klac mase dekat corner rpm drop . .adakah kene tuning balik or camaner. .tq

    • wasalam….masalah macam ni saya kene tengok keadaan kereta la encik .lau encik ada masa boleh jumpa saya pada hari sabtu atau ahad…call sy la kalau nak datang tempat saya di sg buloh. thanks

    • wasalam….masalah macam ni saya kene tengok keadaan kereta la encik .lau encik ada masa boleh jumpa saya pada hari sabtu atau ahad…call sy la kalau nak datang tempat saya di sg buloh. thanks

  13. salam, , motec mat, ,saya nak tanya, ,saya pakai wira aeroback 1.6 manual millenium dah endos 1.8 SOHC . ,kereta saya bila drive,on air cond mase tekan klac dekat selekoh RPM saya drop, ,sebelum ni saya ada pergi tuning kerana tukar throttle body baru, ,apa harus saya buat?

    • bawak kereta jumpa dengan saya biar saya check….insyaallah sy akan dapat jawaban yg tepat.

  14. Salam,

    Tertarik sy tgk blog ni.
    Kerana xbanyak orang yang akan pamerkan hasil kerja mcmni..
    Saya cadangkan kalau boleh letak lokasi dalam google maps ke..senang nak cari workshop boleh dtg singgah ke kalau kebetulan lalu dekat2..
    Lagipun Wira saya tuh nampaknye boleh ditop overhaul, kerja Motec Mat kemas nampak gayanya..

    Sekian trimas

    • wasalam…terima kasih atas comment encik…
      cadangan encik memang sy suke….cuma saya belum sempat nak setup lagi. lagi pun bengkel sekarang sudah pindah,tempat baru tak siap lagi,so wat kejer pun sementara ni kat rumah aje…..lau nak datang call sy dulu la

  15. a’kum bro.. nak tnye skit, bleh tk enjin wira 1.6 auto pkai blok GSR, piston mivec, gearbox mivec and trottle body gsr.. snang cite kacuk la. Bleh tk bro?? pastu agk2 bape kos klau bro buat siap sume??

    • wasalam…..
      kemungkinan boleh tapi kos buat kerja ni tinggi,lagi pun banyak barang kene beli…gasket la,…..leaps itu wiring pun kene tukar juga….boleh buat cuma kos tinggi cikit…
      kos kene tengok keadaan kereta dulu…

  16. I ada Toyota LE, Klu masuk 16Valve Levin berapa Kos ?

    • upah pasang halfcut 1500……..halfcut saya tak tahu harga berape….pasal sekarang harga sudah naik…..

  17. HI friend.

    Salam 1 malaysia.

    Saya tengah pakai kerata wira 1.6xli tahun 1996. biasala kereta dah lama / outdated
    tapi masih saynag and nak pakai juga . kerata masih stndard…Engin standard soch 4g92
    Auto. masalahnya engin mengigil masa gear kat D Kalau slow kat trafik light atau berhenti .and RPM jatuh bawah 0 and air con masih dalam On condition . kalau ir con Off ok la sikit…. masuk gear ( N) ok no problem. dah 1 tahun i ada masah ini.
    trotal body tukar Baru…tapi masih same je problem habis Rm400…Mounting dah tukar baru pun same masalah
    sekarang mekanik cakap distributor..naka tukar baru pun harga 400….dah tak de idea lagi….So kawan ada apa2 nasihat ..Pls tolong saye..macam mana nak but engin saya smooth…

    • hi….
      i think masalah kereta you adalah wire plug…so u need to check wire plug,,,,boleh juga jadi distributor kotor so api kadang2 short dalam cap distributor kadang2….masalah ini memang sering berlaku…..but i suspect wire plug……

      • HI Bro.

        Thanks for the tips I will check my wire plug 1st may be need buy new one ..any recommendation? … If the problem still have i take the risk to get new distributor..any recommendation? pls advise… will up date you soon…

      • hye…no worries bro…
        good luck

    • saya buat vacum lain utk aircond…..xde masalah….kereta saya dulu pn jadi mcm tu jg….wira 1.6 sohc

  18. askum….

    sy tertarik dgn cara motec berkongsi and bg tau cara nk solve problm krte,sy nk tanya psl kreta sy, wira 1.6 auto, 2 tahun lps gear box dia problem, sy da tkr baru, tp sekarang da jem balik sama mcm dulu. skrg ats nsihat kwn2, sy cadang nk tkr kpd manual, blh bg tau tak berape kosnya? ok tak kalau tkr? tq..

    • wasalam

      ok je kalau tukar manual….cuma kos mungkin mahal….sebab banyak benda yg kene tukar…..sy boleh anggarkan dalam 2000 siap pasang….tp xta juga la kalau ade lagi murah……sebab barang pun sy rasa susah dapat…….bukan gearbox susah dapat..tp macam gear lever,padle dan lain2 la…..
      wira 1.6 gearbox dia memang tak boleh tahan…..kalau nak nak tahan lama beli gear box mitsubishi vr4….dia sama je benda dia cuma kene ubah cikit2……yg itu mungkin boleh tahan lama……kalau yang recond ni nasib la…….

      • salam

        agak2 berapa kos utk tukar gearbox mitsubishi vr4 tu?

      • wasalam..bajet dalam 1500.tapi barang tak ade

      • assalamualaikum,

        tertarik sy dg blok sdr ni. saya ada wira 1.6auto thn 2000 yg baru ditukar gearbox. nk tnya kalau nak tahan lama gearbox ni elok saya pakai butang economy ke atau power ? overdrive tu selalu kena on ke ? apa lagi cara nk maintainance terbaik ?

        tkasih

      • wasalam

        berapa lama jngka hayat sy tak tahu nak cakap sebab kadang2 setahun kadang2 6 bulan kadang2 2 tahun jd tak tahu lah,tuhan saja yg tahu.kalau driving biasa pakai economi jer kalau tekan ke power gear akan tkar pd rpm tinggi cikit dan minyak petrol kuat cikit la,over drive kene on kalau off gear 4 tak masuk.tq

  19. sy ada servey 3@4 tmpt dan tya psl harga gearbox and other part sprt yg motec bg tau,plg murh hrga yg sy blh dpt dlm rm2600 brg shja…rsanya ok x hrga tu? sy tinggl area kuantn, ke mmg kt cni harga mhl? tq…

    • memang mahal pasal susah dapat…..kalau memuaskan ape salah nye…yg penting bajet cukup dan barang pun sesuai dengan ape yg di janjikan oleh penjual itu aje…tanya la kat dia dulu kalau ada msalah dalam jangka msa pendek macam mana,….

  20. salam,
    saya nk tanya tentang proton wira 1.6 auto tahun 94 saya, la ni kalau start pagi enjin timing naik sampai 15 meter rpm, dan x turun macam biasa 0.8 masaalah ni baru jadi je kenapa ya. Terima kasih atas blog yang bermanafaat ini.

    • wasalam….check vacum hose ada bocor tak…..dan juga service trothel body dan setting cikit….

  21. salam bro.waja punya jam yang meter tu dah tak nyala.kalau nak betul boleh ke?berapa agaknya?

    • kene tengok dulu la bro..sebab kita tak tahu kenapa..mungkin fuse terbakat atau pun memang jam dah rosak…

  22. kalau jam dah rosak?boleh ke betul ?hehehe bosan aje tengok dia tak nyala

  23. Salam bro,

    Actually saya tk pandai sangat bab2 kereta ni, tapi nk tanya bro sbb saya nak upgrade enjin kereta wira aeroback (2001) 1.5 auto kepada 1.6 auto, berapa kos dan berapa lama masa yg diambil?

    Disamping tu, ada buat perkhidmatan mengecat kereta skali tak? kalau ada herapa harga pearl white utk wira aeroback n berapa lama masa?

    tqvm bro.

    • macam ni kalau nak upgrade to 1.6 kene beli halfcut….sebab 1.6 injection…so halfcut harga dalam 4k lebih llau xsilap pastu upah pasang 1k lebih…sy tak buat cat……

    • call sy 0172601852

  24. Salam…sya ada kereta satria 1.3…masalah kereta sya skrg temperature cepat naik,kena selalu isi air.hampir tiap2 hari sya isi air untuk elakkan temperature tu naik..da tukar radiator tapi xda prubahan pun.baru-baru ne sya tukar body thrtlle sbb masalah rpm turun bila tekan clutch dan brek..skrg msalah rpm turun tu da settle lepas ganti body thrtle tu.tapi masalah temperature tu yg belum settle lagi.sya kena bgtau kreta sya kena buat overhaul..berapa agak2 kos nak buat overhaul untk kereta sya??..

    • wasalam…..kos untuk top overhaul untuk satria 1.3 lebih kurang 800…tetapi ada baik nya kalau boleh bawa kereta ke tempat saya biar saya buat pemeriksaan….tapi kalau tukar piston ring mahal cikit lagi…kalau ada bajet tukar je engine 1.5 lagi power cikit..tak payah overhaul engine lama tu…tak boleh tahan lama….kalau nak tukar 1.5 siap pasang lebih kurang 2500….ni no hp sy 0172601852 lau ada ape2 nak tanya call sy la….thanks for the comment

  25. Salam,
    Saya ada wira manual 1.5 standard tahun 2002. Dengan modal 5k apa yang saya boleh buat untuk memantapkan lagi kete tu..ada idea? saya ni x berapa nak tau sangat

    • wasalam…..
      sekarang ini apa masalah kereta encik……kalau nak mantap kan lagi kene tengok keadaan engine dulu la…..kemudian baru kita tahu apa nak buat nak bg dia lagi mantap……
      5k kalau nak upgrade pun tak cukup…pd pendapat saya elok bg sy check dulu la keter encik baru lah kita tahu apa kene buat…..

  26. salam,bro blh bg alamat bengkel x…ingat nk bw keta g chek dulu sblm nk wt overhoul….

    • wasalam jalan besar kampung kubugajah lot1310a jln gajah 3 sg buloh selangor call sy jika nak datang..terima kasih

  27. salam,aku ada wira 1.6 auto aeroback thn 2000..masalah keta tu skrg timing nye dh xbetul…kadang2 rendah sampai cm nk mati aje enjin….agak2 nye ape problem nye….

    • kita kene check perkara2 seperti ini….sebab ape…banyak sebab ini berlaku mungkin trothel body mungkin water sensor,mungkin juga vacuum bocor so kene bawak kereta baru senang kita nak tahu apa masalah……kalau jauh sgt dng tempat sy cuba la bengkel yg dekat2 dulu….kalau tak boleh juga cari sy….

  28. assalamualaikum…saya ada wira 1.5 sedan thn 2000.kereta tu ada masalah kat tabung angin yg lekat dengan throttle body.menatang tu berminyak kt belah dalam.kalau saya g tukar minyak itam kt kedai,pomen slalu cakap minyak itam dah naik atas.kena overhaul.betul ke?saya ni xtau sangat bab enjin kete ni.dan throttle body kreta tu memang dah kong.on air cond, rpm jatuh abis..kadang2 sampai mati enjin.da tukar gear2 kecik dlm throttle body tu,tuning, pon same gak.kate pomen..kene tukar seketul..sbb chip die dah rosak.betul ke?
    lagi satu,ade kawan saya yg bgtau kalu kita buang thermostat,temp xkan naik sampai stgh mcm biasa,tapi temp kereta saya masih mcm biasa walaupun dah buang menatang tu.kerete tu penah overheat thn lepas.thermostat tu di buang mase top overhaul.
    harap saudara dapat bagi apa2 pandangan utk masalah tersebut.

    • waalaikumsalam terima kasih atas comment en….masalah sebegini sebaiknya kene sy sendiri check.tp pandangan dengan apa yg en ceritakan saja.pasal termostat kalau kita buang engine lambat panas….so kalau injection tak bagus la buang termostat.pasal trothel body biasanya boleh adjust lagi..tp ape pun mengikut keadaan kereta juga sebab sy tak nampak keadaan.kalau lah en boleh datang ke sg buloh boleh la buat pemeriksaan di bengkel sy..sy sendiri yg akan periksa kereta en……mungkin dengan itu masalah en akan dapt diselesaikn insyaallah.

  29. askum bro,kete ak satria 1.6(1997) 4g92p…skang da problm enjin mati tibe2..kalo bwk,kdang2 trus je mati,pastu lmpu minyak ngn battery kua…nape ek?igt sbb compressor akon,tp kalo x on akon pon,sme,leh jdik gak..jd pling kerap ble ak benti kt traffic light..kalo tengah drve,jdi jerking plak..anta pomen,dier pon pening,xtau nk kate pe..dier test drve,ok plak..adoii~

    • wasalam…..macam ni bro….masalah macam ini ada baik nyer hantar kereta ketempat saya biar saya pulak yang check sendiri…..nti baru lah dapat jwaban nyer…terima kasih atas comment…

  30. as-salam bro… saya nk mntk tolong skit bro kete saya wira 1.8 auto single cam. skrg ni ade problem gearbox dan throttle body enjin pon mcm ade problem gak dh mula kluar asap putih tapi skali2 jer.. nk mntk pendapat bro apa penyelesaiannya nk repair or tukar injin? dari segi modal lak mcmane?

    • wasalam pada pendapat saya tukar je engine lain…overhaul tak guna la…7 bulan je pastu jadi balik……pasl trothel body need to check dulu……pasal gearbox pulak kene tengok keadaan juga ape sebab dia jd camtu…….
      terima kasih atas comment

  31. salam encik…boleh tak bagi tahu bila kene buat topoverhoul?
    sebab saya baru angkat waja auto….kalau boleh bagi tip tip sikit

    • wasalam
      top overhaul ini kene buat bila dah banyak carbon dalam engine,yg kedua bila engine mkan minyak hitam,pastu bila overheating gasket head putus,kalau perkara ini tidak berlaku lagi maka tak payah la top overhaual.
      cara nak mengelakkan kene top overhaul selalu service engine bila 5000 km.dan jaga la air dalam tangki,jng sampai kereta overheating.

  32. salam…saudara
    saya pakai wira 1.6 sohc, sya nk tya aper masalah dgn throttle body mcm x balance control angin… bila sya bru start ok tp bila enjin dah jln@panas rpm naik mendadak hingga mencapai ke 3-4…
    so sya nak mintak tlg saudara bg jwpn apakah sya perlu menggantikan dgn throttle body baru atau ada cara lain sekian wslm

    boby 0168035849

    • wasalam

      masalah macam ini kene tengok keadaan engine dulu sebab kes kes macam ini agak susah nak bagi jawaban yg tepat…kerana ada banyak sebab berlakunya timing tak betul
      satu trothel body tp nak tahu kene tukar atau kene service kene check dulu la keadaan engine mungkin servo brake bocor atau pun ada bocor vaccum dkat engine..

      • adoi sya dah mula pening…
        servo brake tu letaknya kt mna n vaccum tu yg kecik2 warna itam tu ker n apa fungsi benda2 tu suma…. tq atas jwbn 🙂

      • Assalam,
        saya nak tukar engine.
        tolong send nombor kat email saya.
        Tq.

      • wasalam 0172601852

  33. Akum,bang,nak tanye sikit,keta saya proton wira 1.5 carburator skrg dah sangkut kat seremban,jem panas sbb radiator bocor,jd ingat alang2 nak tukar enjin baru sbb dah lama sgt enjin yg saya guna skrg ni,nak tnye,kalau saya nak tukar enjin 4g91 perlu ke saya beli halfcut atau hanya beli enjin lantai sahaja??berapa ye agak2 kalau upah pasang sekali dgn beli halfcut atau enjin lantai sekali dgn keperluan lain mcm minyak enjin ,timing belt dan sebagainya??

    • wasalam ini akan menelan belanja besar juga halfcut sahaja 5800.00 upah pasang 1500,jd pendapat saya overhaul je engine lama balik atau pun tukar engine yg sama,,,,kalau buat overhaul bajet dalam 2000 cukup la….kalau di tempat saya.tp kalau tukar engine yg sama pun kene 2500,so ada 3 pilahan la……kalau nak convert memang mahal tp memuaskan la.tapi kalau nak overhaul pun ok juga cuma dia xder bnyak sng perubahan…pasar carb saya boleh repair…saya pakar dalam carb dan injection.itun saya tak risau.selebih nya di pikirkan dululah mana satu nak pilih…pilihan td.terima kasih

  34. akum en.ramadhan..saya ader kete wira 1.5 manual.masalahnya skrang dah kuar asap putih,saya nak buat top.buleh x bg tip n brp nilai torque pd screw cylinder head..tq

    • wasalam 75 atau pun 80 ft.jika tak sampai jng paksa boleh putus….dan pastikan semua lubang screw dekat block bersih,dan juga screw pun bersih dan letak minyak cikit sebelum pasang.

  35. assalamualaikum…
    sy ingin membeli satria 1.6 auto 1996…bleh sy tahu apa kekurangan/keburukan kereta satria…betul ke satria auto slalu masalah gearbox?

    • wasalam

      kalau proton kebnyakan nya banyak masalah dng gear auto….tapi kalau di jaga dng baik insyaallah dia akan tahan lama cikit…..kalau manual ok cikit …
      kalau auto leceh je nak jaga…..yg penting masa beli tengok betul2 keter tu,pastikan semua ok bru beli……kebaikan nyer sedap bawak la sebab injection…..dancc besar cikit….keburukkan dia kalau tak jaga dng baik….

      • tq for information and advice..

  36. Assalamualaikum…encik…keta saya wira tahun 2002..baru2 ni enjim jem. tarik bengkel pomen ckp pump minyak selinder rosak.. piston 1 dh terbakar.. kena overhaul pomen ckp xpyah tukar enjin overhaul lg baik..betol ker? jd pomen tu wt overhaul kos 1600. piston semua tukar..skrg keta dh boleh bjln tp enjin bunyi xsedap..bunyi xrata..pastu mcm kasar… boleh sy tau apa masalahnyer? & ape perlu sy buat?

    • kene tengok kereta dulu la encik

  37. Salam 1Malaysia,

    Kereta wira saya baru-baru ni pernah mati waktu di tengah jalan kerana overheat. Ini berpunca dari radiator yang kering disebabkan kebocoran pada radiator itu. Persoalan nya, perlu tak enjin kereta saya ini dibuat overhaul? Kereta masih lagi boleh bergerak seperti biasa cuma pecutan nya agak kurang sedikit.

    Minta pandangan encik dalam hal ini. Ribuan terima kasih diatas maklumbalas encik.

    • macam ini encik….nak jawab soalan encik dgn tepat saya kene tengok keadaan engine dulu…….kemudian barulah saya tahu sama ada kene overhaul atau tidak
      terima kasih atas cooment..kalau lah encik boleh datang ke bengkel saya sila call sy dulu di 0172601852 tq

  38. mcm mane connection hose auto gear box wira 1.6 ke radiotaor…?

    • mintak maaf encik soalan ini complicate cikit sy nak jawab…kurang jelas…….?tq atas comment……

  39. kalo wira 1.6 nak tukar injin berapa ya???

    • bajet dalam 2000.00 siap pasang tapi bukan lagi 1.6 1.8 SOHC

  40. saya ada wira 1.6(4G92)… masalah yg saya hadapi ni bile enjin panas je lampu “Check Engine” menyala…. nape ek… sy dah check level minyak hitam, ok jer diparas yg selamat…

    • mesti ada sensor yang ada masalah…..tp sy pun susah nak tau yg mana satu sensor……

      • Lg satu bro… apsal kat distributor leh leaking… ade kesan minyak itam ler… sy ingat nk suruh bro tgk2 kan… klu ade modal leh repair…
        klu nk dtg dari Puncak Alam cam ner..

      • alamat saya lot 1310a jln gajah 3 kapung kubu gajah sg buloh selangor ni no telipon sy 0172601852…nak datang call sy dulu ok..thanks for the comment

  41. salam…wira saya tahun 2000.drive shaft kanan kiri baru,lower arm kanan kiri baru.masalahnye kalu corner ada bunyi macam besi touching…absober ke bro..kalu absober…boleh bro cadang kan yang baik punye..naik 4 org tersagat perut wira ku..aduhhh..

    • wasalam encik masalah macam ni kene tengok keter dulu…tp pendapat saya absorber belakang masuk gas,spring pakai waja punyer…

  42. salam bro…sy nk tye.np kete sy bergegar spa di dashbord ble kipas air com n kipas radiotar bpusing…adakh throttle body.ap ptt sy buat…sy pkai wira injection 2006

    • kalau wira vdo payah cikit nak setting…setting kurang betul…..boleh jadi trothel body tp sy tak conform sebab tak nampak masalah itu dng mata sy sendiri…tq

  43. Salam…Bro,tanya sikit wira 1.5 boleh ke kalau nak guna absorber dan spring waja .

  44. salam bro… saya pakai wira aeroback 1.6 mivec…
    masalah skang driveshaft ada skit bunyi lah.. nak tanya skit, driveshaft mivec ngan wira sama ke??

    • i think sama dng wira 1.6 juga,,,kalau ragu2 buka jer dulu pastu beli kepala jer bawak sample ke kedai…

  45. salam en ramadhan,
    saya pemilik nissan b14 baru call encik tadi, terima kasih atas penjelasan tuan mengenai maslah kereta saya itu yg amat memeningkan kepala dan poket…..sekurangnya saya dapatlah gambaran sikit mengenai punca-punca kereta berasap tuu

    • wasalam
      terima kasih atas comment encik juga..
      tak ape…. insya allah nanti kita jumpa

  46. alamak. silap ! lupekn comment di atas. brapa kos utk buat major overhaul utk wira 1.5 auto ? sila reply asap, thx ! 🙂

    • kalau teruk sangat sampai kene tukar piston lagi baik tukar engine
      tp kalau tak payah tukar piston mahu 1800 lebih kurang….siap barang dan upah

  47. sy guna wira 1.6 auto 1996…pagi sy jln 7km,kereta ok ja, petang tempat sama sy p, kereta berhasap tebal, tempreture naik… apa masalahnya

    • terima kasih atas comment..
      tp perkara macam ni susah juga sy nak tahu,sy boleh bg gambaran saja menurut cerita encik dan kes yg berlaku……biasa nya kalau temp naik ada banyak sebab
      1 air kering
      2 radiator sumbat
      3 termostat rosak
      4 kipas tak jalan

      jadi ape yg yg berlaku sebenarnya saya pun tak tahu….
      kalau dah asap tebal makna nya kene top overhaul……

  48. tempat encik jauh lg ke dari bandar baru sungai buloh? brp minit lg dari ban baru sg buloh ke tmpat encik? saya dari kepong.

    • kalau nak datang sila call sy dulu bila sampai jer depan kem askar paya jaras singgah kat caltex kemudian call sy…..rabu dan kamis jng datang..sy xder di bengkel…..tq

  49. salam bro…tol ke engine mivec nie pening kpale??sparepart susa cari??

    • erm…….camner nak explain ea…ade member sy kata best mivec,,seronok bawak keter,ade gak cakap bnyk problem,tp spare part payah cikit la dpt…..lain2 terpulang pada owner kereta la..sebab owner yg pakai……cari keter lain la…mazda ker….

  50. salam bro..trima kasih sebab create blog ni..goog job!sy nak tnye mengenai upgrade engine 4g92p sohc..sy bercadang nk upgrade engine ni sbb tukar enjin masa ni sgt2 mahal harge nye..so ape yg boleh di buat pd engine ni?sy ade dgr mber cakap jgak pasal upgrade ke twin cam gune head 4g93,masuk wiring evo,port polish dan mcam2 lg..soal nye bbaloi ke sbb hp engine 4g92p dlm 111hp,so klu stakat naik berapa hp mcam tak bbaloi je..ape pandangan bro…thanks

    • wasalam
      macam ni bro,tak perlu masuk twincam,single cam pun cukup dah,,kalau bro nak sy boleh dapatkan engine kosong sohc 1.8 NA harga dalam 1300 sahaja,siap pasang bajet dalam 1800.00 lebih kurang,pasal hp sy pun tak tahu sangat pasal tak pernah ukur pun,tp berdasarkan pengalaman saya 1.8 lagi power cikit lagi drpd 1.6,walau pun dia sohc.tp xder la power macam engine turbo jng salah faham nanti……mksud power di sini pemanduan yg selesa dan menjimatkan minyak….tak payah tukar wiring merepek semua tu…….ape sgt la beza wiring dia….

      • thanks sbb reply bro..mcam ni,sy ade head 4g93 yg ditinggalkan oleh mber sy ni, die dh tak pakai jd sy pun simpan ke hr ni..jd alang2 sy ada head ni tu sy tfikir pasal upgrade enjin sy ni…pasal bro cakap enjin 1.8 sohc tu sy kurang ckit la..sb bila naik ke 1.8 kreta kne inpection dan road tax pun mahal..sbb tu sy nk kekalkan enjin 4g92 ni..

      • masuk head saja pun boleh tp timing belt pun kene tukar sebab head tu tinggi drpd head 1.6.buat je engine lama balik tak perlu tukar head…nanti bnyk pulak masalah…

      • buat balik enjin lame? tp nk buat ape dgn enjin lama ni…bleh buat lg ke…

      • ini saya kene tengok keadaan engine dulu la,baru sy boleh cakapo boleh atau tidak nak buat engine ini balik.

      • salam bro..sy nk tanye psal gearbox 1.6 ni..ape kemungkinan akan effect klu terlebih tuang myk gearbox?dan brp upah biasa nyer utk turun & naik gearbox?

      • wasalam
        kalau terlebih tuang minyak????wahh macam2 hal ade hehehe tak boleh bernafas la gearbox itu.actually saya pun tak pernah ada kes macam ini…so mintak maaf la ye bro sy tak dapat nak jwb soalan ini untuk bro.upah naik turun gearbox sy caj 100.00 sahaja

      • bro,sy tgh mcari gearbox 1.6 manual utk wira..samada recond atau used..kedai yg btol2 dipercayai…klu pasang kat abg brp upah?

      • upah convert sy caj 300 saja…barang bro cari sendiri la….sy tak ada bnyk masa nak cari barang untuk bro…so sy mintak maaf atas itu…dan terima kasih atas comment, dan sokongan.

  51. salam…berapa kos overhaul dgn restore enjin wira 1.6 spt gambar kt atas tu?enjin wira 1.6 auto saya dah sampai masa nak buat top overhaul sebab valve seal bocor (myk htm asyk kurang) n dah byk karbon (kereta rasa berat,pick up kurang).part lain rasanya ok sebab takde asap hitam atau putih keluar. tapi macam nak suruh check semua part enjin sebab nak check wear n tear condition(lebih kurang mcm overhaul).persoalannya, adakah baik buat top overhaul atau overhaul & berapa kosnya?

    • wasalam kalau nak bagus tukar aje engine 1.8 sohc.jimat kos…tukar engine dalam 2000 lebih…

  52. salam….saya ada kereta wira 1.6 sohc untuk upgrade…stage 1: top overhaul & port and polish…stage 2(buat lepas cukup duit):pasang hi-cam..soalannya:-
    1. bape kos untuk stage 1?
    2. untuk stage 2, selain hi cam,apa yang lain yg diperlukan(i.e adjustable cam pulley,lighten crank shaft pulley,fuel regulator, dll)?
    3. untuk stage 2, perlu ke untuk pasang e-manage or piggyback or standalone or dll sebagai back up ecu?
    4. kos untuk stage 2 (installation, tuning..).barang saya beli…

    • wasalam,
      terima kasih encik atas comment…
      minta maaf bnyk2 saya tak ada alat untuk tuning ecu mana2 kereta pun di bengkel saya..jadi project encik ini biasa nya di buat di bandar sunway subang,sebab di sana tempat di mana ramai kedai yg ada alat ini untuk ubah suai engine,,,saya ada pengalaman itu tetapi alat tak ade…..sebab dulu sy keje dng org lain.skrg kejer sendiri jd sy tak ada modal lagi untuk beli alat itu…resiko untuk mengubah suai engine sangatlah tinggi,dan ianya memakan masa yg agak lama,juga kos yg tinggi,,,ecu tak perlu di backup sebab file dia tak akan hilang kecuali chip terbakar/rosak
      saya hanya buat standart macam kilang sahaja,.jadi kalau encik nak buat engine encik menjadi engine high performance tempat saya tidak sesuai,sy sgt berbesar hati dng tawaran ini tapi minta maaf sy tak mahukan buat ini kejer,kerana penghujung nya nanti encik dan saya akan rugi wang ringgit saja……kerana bnyk pengalaman sy dah alami dng kejer2 macam ini..

      • …jawapan anda sangat profesional!!! tabik spring lah~~!!!

      • salam…..
        tima kasih atas jawapan saudara. so, selain dari tukar enjin(last option sebab banyak urusan kena wat kat JPJ), camner nak tingkatkan prestasi enjin keta saya?bukannya nak laju sangat macam enjin turbo atau mivec, tapi sekadar untuk sedap dipandu, senang memotong n naik bukit.

      • kalau nak sedap di pandu overhaul la engine lama dng sempurna,tukar piston ring,semua bearing engine,grand valve balik,bersihkan semua carbon dalam engine macam asal balik…
        pendek cerita restore balik engine macam baru keluar kilang…insya allah lepas itu boleh la rasa sedap pemanduan balik.tap perlu modify ape2 pada engine,buat standart balik macam zaman baru beli dulu dr proton.bru lah dapat balik performance nyer….itu satu pilihan jika tak nak tukar engine.kalau nak cepat,lagi bagus,lg sedap ialah masuk engine 1.8 SOHC mitsubishi.kos pun rendah cikit dari overhaul….

      • salam…
        tima kasih atas jawapan sedara…so untuk buat full overhaul n restore enjin spt yang saudara tulis tu berapakah kosnya(upah dan barang)?

      • kos keseluruhan nyer lebih kurang dalam 3k,barang dah upah sekali…

  53. salam…

    kete sy wira 1.8 oto sohc…rsa mcm mslh gbox x masuk pd tahap yg cun r…mean gbox ni sdap…tapi xsmpt tarik pjg sket dh tuka gear…mcm cpt sgt…kdg2 rsa meleret je…ape perlu buat ye…tuka computer box ade efek x?
    ade yg ckp masuk safc 5 button (murh sikit) utk kasi lajak sikit…ape pendapat saudara…harap trima penjelasan….trima kasih

    • wasalam….
      sy rasa keter encik pada keadaan normal tukar gear,dia bukan pada ecu,ada dua sensor dekat gearbox yang mengawal penukaran gear,,,saya rasa tak perlu lah ubah ape2 pun pada kereta encik,sy takut nanti dia akan bakar kan cluct kalau buat lajak sgt tukar gear,,,tq for the comment
      kalau nak lajak kan gear mainkan saja dekat gear lever….

      • ye ke…ahhhh lega rsa bca ni…hehe tetapi.. kdg2 dia mcm agk cpt…tu mksd sy…..tmbh2 msa bwa slow…mcm bru kua dr paking ke….tak smpt nk lps 4 kereta yg paking dh smpai gear 4…

        lagi satu soalan…..ada fungsi OD dp gear lever..tp rs xde msalah nk guna…cuma ade satu switch kat console tu…PWR..ECO…lg satu ape ntah…betul2 nye ape function dia….n bila masa nk gunakan nya…for info asal kete saya 1.6auto…tuka ke 1.8….hafkat…harap bantu….tima kasihhhh byk2…

      • OD tu over drive maksud nyer bila OD on makna nya gear akan masuk sampai ke 4,kalau of tiga saja,swict PWR ECO,power itu maksud nya penukaran gear mungkin cepat,dan eco maskudnya economy,menjimatkan minyak,mungkin cara tukar gear di kedudukan eco lain,kereta ini gearbox auto dia ada ESAT (electronic sistem auto transmition) so memang sedap pemanduan kereta yg ada sistem ini.cuma selebihnya cara pemanduan kita pulak macam mana…

  54. bro nk tnye la…kereta saya 1.3 injection engine dh tukar 1.5 dan flywheel tukar super touring clutch plate 1.6..lepas setahun lebih pakai clutch dh abis…so aritu saye anto masuk bengkel pastu tukar clutch plate 1.6 exedy japan dan flywheel super touring tu pomen anto skim buang 0.5kg kt bhgian blkang..pastu bile dh siap pasang saya test kereta bergegar bila nk lepas clutch…tapi bila jalan ok cume untuk starting mula2 je..gear2 yg lain pn same..mcm mne erk bro…ape masalah nyer….(pomen tu bleh plak cakap memang mcm tu klu tukar clutch baru)…

  55. sy nk tnya……keta wira 1.6 auto sy bila idle enjin, air byk keluar dr ekzos. cm boleh ditadah ngan baldi sbb air yg keluar byk. perkara ni berlaku pas wat top overhaul.sblm ni cuma cm wap2 air je. bila sy tekan padle minyak air terpercik keluar dr ekzos. org ckp pembakaran sempurna. tp yg heran byk sgt. normal ke?

    • sempurna sangat pembakaran macam ini…kereta saya sendiri pun macam ni..so tak perlu risau,bersyukur la sebab engine cantik macam ni….jaga la baik2 jng sampai hilang air tu…bila tak ada lagi keluar air macam tu makna nya engine sudah mula makan minyak hitam….tahniah

      • Maaf mencelah.. Kalau air keluar dgn asap putih pn keluar jgk tu mcm mner ya? ok ke x tu? Asap putih tu time start je banyak.. lama2 xnampak la.. Nocking ada..

      • kalau pagi2 keluar air dng asap putih macam asap nasi maka itu normal,dan pembakaran nya sangat sempurna.tetapi jika keluar asap putih kebiruan macam langit maka itu makna nya engine itu makan minyak hitam.

      • Mekasih.,. Ok la kalau mcm tu.. =) tp, kalau nocking tu ada kesan pada enjin x..? untuk jangka masa panjang mcm mne plk?..

  56. nk tnya lg…gear box auto wira 1.6 sy klu warm up enjin sekejap, 1st gear mesti sangkut2 dan dan cm hilang gear.bila dh jln masa nk masuk dari gear 2 ke 3-4. tp bila sy idle dlm 10min gear box ok je cm x der masalah. perkara ni berlaku pas tukr minyak ATF toyota dan filter. aper masalah sebenar dan adakah perlu check komputer kt proton service. ataupun dah mmg nk kena tuko gearbox

    • erm….agak rumit masalah ini,sebab saya pun tak drive keter encik,so pandangan saya jika boleh saya check kereta encik di bengkel saya,mungkin saya boleh tahu ape masalah nyer,lagi satu mungkin minyak gear tak cukup dalam gearbox,tq for the comment

  57. salam..
    keta sy vios, baru2 ni overheat…overhaul enjin kira2 berapa kos?..

    • wasalam..terima kasih atas comment,
      encik mintak maaf saya belum pernah buat lagi vios,so saya tak tahu kos dia berapa untuk top overhaul…tp sy aggarkan mungkin dalam 2k lebih kurang…..

  58. salam encik…
    saya dah buat major overhaul hari tu dan semua barang sudah ditukar kecuali piston….
    tetapi minyak hitam saya still kurang…
    apa masalahnya ya……dekat enjin memang takde kesan leaking dan dekat ekzos pun tiada kesan basah…tolong encik…

    • wasalam…encik masalah macam agak susah gak sy nak cakap,tapi kalau dah buat overhaul makan minyak lagi saya rasa dia punyer piston ring mungkin tak pasang betul atau pun dia punyer block haus,atau pu valve seal dah bocor,koyak,atau calar,mungkin juga valve gaet bocor..so agak susah nak tahu……terima kasih atas comment,,,

  59. Salam.. Bagus blog ni.. =)
    Saya ada beberapa soalan nk tanya, sy pakai wira 1.5 – 94.. enjin ok lg.. snang idup, pndek kata xpernah buat hal.. cuma dah mula keluar asap putih time start, terutamanye waktu pg.. ptg pn ada gak kadang2.. tp, air masih keluar ikut ekzos.. bunyi “nocking” pn dh mula kedengaran.. mgkin dh sampai masanya, mklum la dh tua..
    >Sy ingat nk overhaul, tp sy ada baca diatas, ada mngatakan kalau overhaul xtahan lama.. betul ke.. ?? kalau tukar enjin, enjin apa yg paling jimat minyak? dgr kate 4g91 jimat, betul ke?. tp, kos dia mahal kan.. ada x enjin yg murah tp, jimat minyak.. =)

    • engine proton memang mahal skrg ni…..harga semua gila2 kat kedai potong,,,,so nak tukar engine sekarang ini sy pun dah rasa tak seronok sebab harga nya memang tinggi……
      so kebanyakan nya sy buat kerja overhaul skarang…cuma kalau nak buat overhaul dng cantik kene beli brang dari mitsubishi..atau pun beli yg japan punyer semua,akan tetapi jika ada bajet untuk tukar engine pun boleh juga tak ada masalah……

  60. salam…bro,sy nk tnye ckit. sy pkai wira 1.6 thun 1997. Masalah keta sy sekarang ni enjin running mcm enjin motobot (bunyi bob..bob..bob..bob..)…pastu bila saya tekan minyak, enjin mcm nk mati…mcm minyak x support. ape mslahnye ye…Terima kasih.

    • wasalam…terima kasih atas comment..agak susah say nak tahu ape masalah dng engine dengan keadaan yg saya tidak nampak…sy agak2 jer mungkin valve bocor,jika nak check betul kene la hantar kereta ke bengkel saya.tq

  61. assalam..

    1.engin kancil 850cc saya ade masalah x abih2.dh overhaul tp masih makan myk hitam..ape engine sesuai masuk ke kncil ini…selain dr turbo..kalu di bengkel tuan bpe harga.

    2. sy ade wira 1.6 auto..gearbox still ok..tp risau kedepan nt die rosak.sy cadang nk pasang cooler gearbox..kt tuan bpe kos dan apa pandangan tuan bkenaan cooler ni
    jawapan tuan amat d hargai

    • wasalam
      1. kancil ni kalau pendapat saya kalau nak standart tukar jer engine jepun,tp dia 660.engine murah jer 600 je.siap pasang dalam 900 kira bajet tukar engine lebih kurang 1k.
      kalau nak sedap drive minyak jimat power lebih masuk la engine l500,engine ni sy suke sebab dia 4 cilinder DOHC injection turbo,timing chain.ada juga yg tak ada turbo.tp sy lagi suke
      yg ada turbo sebab sedap pemanduan.turbo ini adalah turbo standart,so tak usah risau sgt la pasal org bnyk cakap cpat rosak la mcam2la.tp ape pun pilihan di tangan tuan punyer keter
      sy hanya beri cadangan sahaja.
      2.pasal wira 1.6 ini elok juga kita letak oil cooler,tapi sy tak ada barang.kos pun sy tak tahu sebab tak pernah buat lagi,jadi kalau nak jaga gearbox dng cantik.pakai lah minyak ATF ORIGINAL MITSUBISHI harga dia mahal cikit tp kualiti tinggi.pandangan sy tak payah la pasang cooler tu.pastikan jaga minyak jer. lagi satu cara pemanduan kita.

      • tima kasih atas komen tuan

        insyallah sy akan k bengkel tuan slps sy call tuan tlebih dulu.nbo tel sy dh ada.
        smuga ramadhan trus maju jaya..amin

      • sama2….ok terima kasih kembali

  62. salam bro,sy dh buntu mencari ape punca sebenarnya gear 5 tendang..gearbox asal sy gear 5 tendang pastu sy pegi tukar gearbox kat halfcut..lepas pasang masalah sama juga timbul..lepas tu sy bwak balik gearbox tu,pas bawak balik org tu tukar syhro & gear 5.Die tak turunkan gearbox,die cuma jack pastu bukak cover belah luar tu,sy nampak die tukar semua komponen bahagian tu..lepas selesai pasang ie bg jamin tak kan tendang balik tp tak sempat sy nk top speed gear 5 tendang balik..cina tu dh terkelu,tak tau nak ckap ape dh..so sy nk mintak pendapat abg,ape punca gear 5 jadi macam tu & bagaimana nak settle problem ni…sy pun dh mati kutu dh..member sy pernah jadi mcam tu jgak 2tahun lepas..die repair pun tak settle,tukar gearbox lain pun tak settle..last2 die ade kenal dgn sorg mamat ni,tak tau ape yg mamat ni buat sampai skarang gearbox tu sihat..die cuma byar rm80 je time tu..sy pun pelik ape mamat tu buat sbenarnya..sy try cr mamat tu tp gagal sbb die dh tempat keje…adiiii…..

    • wasalam…
      ermmm macam2 kes…benda ni biasa nya tukar gear 5 je satu set lepas itu ok la….kalau dah tukar pun jadi lagi makna nya componen yg ditukar pun rosak juga….
      itu sebab tak boleh selesai masalah ini…..nak settle ini boleh…tp nak jelaskan pun payah juga…sebab benda tak nampak….tapi biasanya selesai bila tukar gear yg rosak.mungkin yg tu pun rosak mana kita…tahu…

      • spatutnya mcam tulah, tu die yakin ble tukar 1 set gear 5 time tu..yg pelik nye masalah nyer tak settle jgak…ada ke kemungkinan lain selain dr gearbox?mksd sy mungkin kabel ke, gear lever ke…atau???pening….

      • masalah macam ini kene check la sebab sy nak cakap gear lever sy pun tak tahu keadaan benda tu macam mana skrg…….

      • bro,klu nak tukar synchronizer untuk gear 5 tak perlu turun gearbox kan?(hanya buka cover belakang tu)>>

  63. Nak tanya kereta wira auto 1.5 saya ada bocor minyak hitam..so saya dah repair tapi pas repair bila bawak kereta kemasukan gear tidak sempurna mcm sangkut / lambat terutama bila slow..1 lagik enjin saya berat tekan minyak rasa berat je….napa eh. ke enjin n gear box dah kondem kene tukar baru…

    • masalah macam ini kemungkinan engine setting tak betul,so power kurang mungkin sbab tu berat…dan saya mintak maaf sebab agak susah saya nak kenal pasti masalah macam ini sebab melibatkan keadaan,keadaan ini harus saya lihat sendiri,insyaallah selepas itu boleh la rasanya saya mengetahui masala h kereta encik.thanks for the comment

  64. Salam, sahabat nak bertanya keta saya wira auto 1.5 tahun 1999, ada masalah kemasukan gear tak betul..terutama bila slow..aritu baru pas repair minyak itam bocor…enjin berat lak tu..mekanik yg repair kata gearbox rosak…dia pun mcm x confirm je…

  65. salam bro…saya ada wira 1.6 sedan auto 4g92…mslh sy skng ne kete sy conrod dh bunyi..lepas tu sy try taye org pakar kena,die kate kna bt full overhaul,..tp ade org kate kalu bt full overhaul..lama2 enjin xsedap jugak..so cmne p,dapat saudara?..perlu tukar enjin ke?…kalu tukar enjin dengan tukar gearbox ke manual,berapa kos nye ye complete siap pasang?…tenkiu..

    • wasalam….saya rasa tak perlu la tukar engine overhaul ajer……nak convert manual saya tak ada barang so kos pun saya tak tahu…..

      • kalu bt full overhaul ok k?..bley pakai lame k?..sedare bt full overhaul bape smpai tip top kete?….tenkiu

      • tengok pada keadaan engine la..kalau block dah haus byk sgt xleh tahan lama la…kalau block tu cantek ok la…..kalau rasa nak tukar engine pun kita tukar pun xper……engine proton ni nak kata lama sgt tahan tak juga……..paling lama pun 3 tahun itu pun kalau rajin jaga….tp kalau cuai…sy xtahu la….

  66. salam bro..sy nak tnya berkaitan dengan enjin knocking..sy pakai enjin evo 3 std managment microtech,msalah yg membelenggu saya skarang adalah enjin knocking,tgok pd wter tem ok je,lub oil ckup,tp bl padel di tekan bunyi knocking..atau mungkin distributor tlebih advance?

    • wasalam…satu sy syak knoking sensor,yang kedua dristributor advance sgt…so try adjust cikit distributor,lau tak boleh juga tukar la knoking sensor

  67. salam….saya ada keta wira 1.5 auto, enjin 4g15p, masalah saya enjin bising….dah buat overhaul dan adjust tepet, tapi ada lg bunyi bising td…nak buat mcm mana ye….perlu ko tukar camshaft? berapa kos dia? berapa hari untuk buka enjin tu..atau ada cadangan lain…maaf, saya kurang arif pasal keta nie

    • wasalam…terima kasih atas comment,maaf saya tak boleh kenal pasti sgt keadaan macam ini sebab tak dengar bunyi engine..mungkin juga org tu tak adjust tappet dengan betul….so insyaallah sy boleh selesaikan masalah ini cuma encik kene hantar kereta untuk buat pemeriksaan di bengkel saya…kemudian baru la saya boleh tahu…..si call sy jika mahu jumpa saya 0172601852

  68. salam,
    ape yang terbaik untuk saga 1.3 stendet kilang tahun 1996 saya,
    skang kadang2 keluar asap putih, kete pickup x bpe cantik, klu naik genting gear 1,2 ngan 3 jer.. pastu minyak cam air, RM 10 le pegi max 50km je pakai ron95… apa cadangan terbaik samaada buat full overhaul atau tukar enjin, kos nye berape plak tu??

    • wasalam
      tukar engine boleh buat overhaul pun boleh……tp tukar lg mahal..overhaul mruah cikit la…lau tkar engine masa tak bnyk sgt,tp lau overhaul makan masa cikit……full overhaul dalam 1200 lebih kurang.tukar mungkin 1800 mungkin lebih

      • “full overhaul dalam 1200 lebih kurang.tukar mungkin 1800 mungkin lebih” maksud tukar enjin tu kepada enjin ape? same atau cc lagi tinggi?

      • tukar kepada 1.8 SOHC mitsubishi…

      • byk keje tu dari 1.3 pegi 1.8… kire totally rm1800 complete set tukar enjin ke ni? gebox sekali ker? pastu nak tanye la plak, enjin 1.8sohc bukan ke kuat makan minyak??

      • 1800 tukar engine sahaja.itu pun jika kereta 1.6 asal.kalau 1.3 tak boleh buat.memang kuat makan minyak pasal cc dia besar….kalau nak jimat minyak pakai balik aje engine 1.3 roadtex pun murah minyak pun jimat…..
        tak payah hantar puspakom….overhaul saja….

      • kos tukar enjin dari 1.3 ke 1.6 sohc mitsubishi plak brp? 1.8 ni cam susah nak lepas jer… lagi pon mahal rodtax 1.8 ni….

      • buat balik je engine lama..tak usah pening pala,,,,

  69. nak tanya masalah gear box wira 1.6 auto. selepas panas enjin dan memulakan perjalanan masuk D gear 1-2 x der masalah.cuma nk masuk ke gear 3 gear x masuk,rpm naik dan keta jd free gear.sy turun ke gear 2 bwk keta perlahan2 dalam 200 meter pastu masuk blk ke gear D baru gear D tu berfungsi cm biasa. keta klu jalan jauh ckit baru ok gear tu. masalah ni berlaku tiap kali memulakan perjalanan. klu dh jalan jauh ckit xder masalah. ape punca dan adakah ni tanda2 nk kena tuka gearbox. nk mintak pandangan jalan terbaik utk keta sy ni

    • pandangan saya baik tukar satu gearbox lain……kalau nak bagus cari mitsubishi VR4 tapi kene ubah suai cikit….kalau tak nak pening pala cari gearbox yang sama…….tak payah repair gearbox ni buang masa dan buang duit saja……thanks for the comment

    • Salam.. saya ada masalah y hampir serupa dgn bro ly… tp… sy puny dr mula nk gerak tu, kena ram engine tinggi skit baru leh jalan… sesuai tk kalau sy buat flush gear box… dgr kata ada sesetengah kedai keta leh flush gearbox… blh ke setel mslh cmni ek??? kalo tukar gearbox plak, gearbox jenis cmne y leh masuk terus tnpa perlu modified? kalau tukar gearbox kena endorse kt puspakom jugak ke??? terima kasih.. harap dapat beri pandangan…

      • wasalam..
        flush gearbox????hehehe ape pulak idea macam ini.sy biasa dengar engine flush saja,rupa2nya ada mekanik lain yg lagi power dari saya diluar sana bleh flush gearbox hehe guaru aje…….huhuhuhu.tak perlu la flush beli jer minyak gear baru dan filter pastu tukar kan…settle tak settle saya tak boleh nak bg jawaban sebab sy pun tak rasa keadaan gearbox itu macam mana…pendapat saya servis ajer gearbox..lau tukar gearbox lain masuk gearbox vr4 jer tapi kene ubah cikit gearbox tu ada benda kene kawin.tak payah endorse…….. terima kasih atas comment….

    • minyak atf berapa lama x tukar? cuba tukar minyak atf baru.. mgkin msalah ini akan hilang.. tq..

  70. salam bro..sy guna kereta wira 1.3 thn 2000..sy ada beberapa pertanyaan :

    1. boleh ke jika nak tukar throttle body 1.3 ke throttle body 1.5 / 1.6 / perdana? Jika bole, ada kesan pd penggunaan minyak tak? Jimat ke.. Byk mkn minyak ke..

    2. Sy ada masalah dgn temperature..selalu naik tinggi semasa jammed..dan sy selalu kena isi air pd radiator sbb cpt kering..kenapa boleh berlaku cmtu yer?

    3. Jika nak overhaul enjin, berapa kosnya?

    Harap dpt membantu..terima kasih..

    • wasalam…
      pasal trottle body saya rasa tak ada maslaah la…..sy pun jarang ubah suai tahap camni….kalau 1.3 1.5 sama ajer…tp kalau perdana mungkin sama juga…tp sy tak pernah la beli perdana punyer pasang kat 1.3.sy biasa repair kereta standart sahaja jarang ubah suai,,,,,
      pasal temp nak tinggi mungkin radiator sumbat,kipas kurang laju,termostad rosak,ada bocor halus pada sitem air…so kene check la…
      kalau nak overhaul kene tengok keadaan kereta dulu….terima kasih atas comment…

  71. bro,kwn nk beli enjin.skrg pki wira 1.5 injection tp skrg da barai.nk cr enjin lain.ada lubang x?kalo 1.6/1.8 kos paling murah siap pasg brp?kalo mhl sgt pun,ade lubang enjin standard x?ponig pale ni

    • buat balik jer engine lama…..barai la macam mana pun asalkan barang tak hilang….saya boleh pasangkan balik semula…kalau nak ubah masuk engine lain bnyk hal nak kene uruskan…saya sekarang kereta penuh..sy taknak pening pala…hehehe..buat je standart balik,….

  72. salam.saye ade wira 1.5 auto.masalahnyer ader leaking kat gasket tengah.itu nak kena tukar ape.nak kena topoverhoul ker.beraper kosnyer

    • wasalam….terima kasih atas comment
      bocor tengah tu kurang jelas pd saya,sebab ada dua tengah,antara valve cover gasket dengan head atau antara cilinderhead dengan engine block…so soalan encik kurang jelas……kos sebenar mengikut keadaan kereta,anggaran jika kene top overhaul dalam 1k lebih kurang.

  73. salam.ok yang bocornyer antara cilenderhead dengan engin block…..adakah nak tukar gasket sahaja …..boleh tak…..budget tak cukup nak buat top overhaul tapi enjin masih ok cuma leaking tu jer.perlu ker buat top overhaul….

    • wasalam..
      bocor yang macam mana…adakah menjejaska engine bila running atau sekadar abuk ajer…….benda2 macam ini kene tengok keadaan engine dulu,….keputusan perlu atau pun tidak nak buat top overhaul bila saya tengok sendiri kereta encik…thanks for the comment..

      • salam.ok ari tu dah basuh enjin.saya dapati gasket silenderhead dengan enjin block yang bocor.braper kos tukar gasket. minyak itam saya bawak sendiri.tima kasih

      • wasalam..kos tukar gasket sahaja siap upah pasang dan brang 400.00 skali minyak hitam

      • salam.nak tanya.boleh ker wira vdo scann pick up?tuning pick up.ade orang kata boleh.nak tanya jer.

      • wasalam…tak boleh la bang….vdo sistem memang takl ade pick up…susah nak adjust bg power…

  74. Nak tanye skt laa..kereta saya wira 1.6 manual….
    tiap kali hdp enjin mst begegar & bila bawa semput2…tp still bleh jln g….apekah masalah nya yeee???

    • mungkin valve bocor,wire plug tak elok,plug mati satu cilinder.maunting engine rosak.bnyk sebab la..tapi saya tak pasti yg mana satu kalau sy tengok kereta mungkin sy boleh pastikan yg mana satu.tq for the comment

  75. salam bro..saya pakai wira 1.5 auto tahun 2002,masalahnye gear lambat tukar….apa perlu repair…tQ

    • wasalam
      gear lambat tukar…first check cable gearbox adjust betul atau tidak,kedua servis itu gearbox sebelum dia rosak tq for the comment

  76. Assalamu’alaikum,
    Pertama sekali saya ucapkan terima kasih kpd owner laman ini.saya tinggal di bintulu,s’wak,pemilik wira 1.5 auto year 2000 yang dibeli secara tunai ketika berhijrah ke sini. kereta ni kerap bermasalah bermula dari engine leaking (ada wap minyak/carbonized),alternator (dh settle dgn recon…),temp naik, wiring system prob etc. mekanik nasihat saya buat top overhaul terus. persoalannya, jika dgn modal kasar sebanyak RM2k-3k di Bintulu, apakah perkara yg wajar dilakukan?adakah top o/haul atau tukar enjin?jika tukar enjin, jenis enjin apa yg sesuai utk kereta saya dan memenuhi spesifikasi jpj?saya bukanlah pakar kereta dan kalau boleh diselamatkan lagi baik drpd ambil kereta baru (trade-in) yg tentunya menambah hutang. Nasihat pakar spt tuan mungkin dpt membantu.Terima kasih (0194807838)

    • waalaikum salam..
      terima kasih juga atas comment
      kalau modal 3k baik tukar engine terus pun boleh…kalau overhaul jimat la cikit…overhaul kalau di bengkel saya biasanya 1200.sehingga 1500 lebih kurang mengikut keadaan kereta juga…..pandangan saya repair aje balik engine itu..sebab sekarang engine mahal……overhaul pun ok juga..tapi kene buat dengan cantik dan betul…jng cincai….try calling you tapi tak di angkat.

  77. bro sy nk tny,sy pakai wira 1.3 vdo.kalau sy nk tukar masuk 1.6 mitsubishi sohc, wiring bleh x pakai vdo punya?ke kena tukar wiring?tq

    • bnyk benda tak akan ngam……wiring pun tk ngam kene tukar lain…..

  78. as-salam bro,

    cantik hasil keje bro…
    1. brape anggaran kos utk top overhaul & full overhaul enjin campro.?
    2. klu kite buat full overhaul, maknanyer top overhaul tmasuk skali la ye? ke asing2?

    fyi, sy pkai gen 2 manual, minyak itam slalu kurang…mileage dh 200K..

    Thanks..

    • wassalam..
      kalau minyak hitam selalu kurang buat top ajer..tukar piston ring..tak payah buat full……anggaran 1500 untuk campro..engine.topoverhaul dan tukar piston ring.

      • thanks bro,

        sy ingatkn tukar piston ring tu dh masuk skop full overhaul.. 🙂
        btw, ape ‘penyakit’ enjjin yg nk kena full overhaul tu.? 😀

      • biasa nyer main bearing dah haus,atau pun kene korek block….

  79. Assalamualaikum,
    Tumpang bertanya,saya baru membeli sebuah kereta wira 1.6 Sohc Auto tahun 1995,gearbox skrg kod 212,kalau tak silap gearbox 1.5cc dan tahap kecergasannya amat menyedihkan jadi saya bercadang nak tukar kepada gearbox 1.8 auto GSR Turbo,
    Adakah barang2 dibawah ini wajib ditukar?

    1.TCU 1.8 Auto Gsr Turbo(Bolehkah pakai balik TCU 1.6 Std)
    2.Crossmember
    3.Subframe
    4.Wiring TCU 1.6 dengan 1.8 Gsr Auto sama tak?(Soket)

    Apakah kebaikan dan keburukanya convert GB GSR 1.8 Auto ni.
    Harap saudara dapat membantu.Terima Kasih.

    • wasalam…
      thanks for the comment
      212 mungkin gearbox 4g91..
      so kalau nak masuk gearbox 1.8 gsr saya rasa tak de masalah..just plug and play sahaja wiring mungkin sama..saya tak pernah buat lagi…tp sy yakin boleh buat dan wiring bleh pakai yg lama punyer…cadangan saya pakai balik sensor 1.6 pada gearbox 1.8. yg saya pernah buat 1.6 masuk gearbox vr4 turbo.tapi yg ni bnk benda kene ubah..tp berhasil dan kete pun sedap bawak dan pickup.so good luck….

  80. salam bro nak tanya saya ada wira 1.3,masalah keta saya,bila bwk laju melebihi 120km/sj dlm masa 10 minit tempeture naik,bila slow turun balik,kadang2 air keluar dr tangki simpanan air radiator,,please bro,,,pening dah ni…

    • wasalam…..
      mungkin gasket head bocor,mungkin juga termostad jem,atau pun kipas radiator problem..mungkin juga radiator sumbat…so kene check la bro saya pun susah nak agak yg mana satu penyakit nyer…terima kasih atas comment…

  81. salam..
    sy ade pkai saga 1.5 tahun 1992..
    niat nk pkai twin cam @ levin..
    yg mne sesuai erk..??
    ape jenis nye..??

    • beli halfcut 4g91 1.5 DOHC halfcut dalam lingkungan 6k.

  82. salam..sy pkai wira 1.6 auto.. tiga hari lpas rosak. sy syak gearbox sbb xley jln..enjin ok je..tip top. ble check rupa2nyer minyk hmpir kering..so sy top up r gear oil.but xfunction jgk…tkar gearbox bru yg sme ngn skrg org ckp dlm 2k.. tp kalo sy tkar gearbox manual 1.6 terus agak2 lagi mhal ker?

    • pandangan saya tukar jer gearbox auto je balik…tak usah la ubah suai..bnyk kejer….bnykpakai duit.betul ke 2k nak tukar gearbox…biasa nya 1k lebih jer……

      • sbb kwn prnh tukar ari tu seminggu je rosak blik…. auto cpat rosak n lbih manje btul ker bro?

        dlm dilema ni… da smggu kereta terpaku kt umah… hrp dpt bgi nasihat terbaik…

      • bila orang lain kena macamni,erm maca2 hal la…tp xkan la seminggu terus kong gearbox.tentu gearbox tu x elok punyer…..

  83. salam..waja 1.6 nye kadar ketat untuk ikat head berape ye max…?lagi 1 saya nye minyak masuk radiator….tp dalam enjin air x masuk..apa masalah nye ye…head dah skim…

    • biasa 80 ft lb.gasket head.atau pun block crakc,kene check la tengok..

  84. kalau wira 1.3 tukar 1.6 shoc brp anggaran kos wiring+ ecu+enjin+upah pemasangan ?

    • kene beli halfcut…halfcut say pun tak tahu harga,upah pasang 1500 sahaja…kalau conform bru lah sy cari barang.tq for the comment..

  85. Salam bro, wira 4g91 sudah makan minyak hitam, xmau tukar piston ring, ingat nk tukar piston mivec 81mm dan korek blok..berape kosnya?x overheat ke sbb lebih kurang 3mm korek blok 2..

    • wasalam…bro terima kasih atas comment bro..
      mintak maaf bro,sy tak mahu buat kerja ubah suai macam ini….saya hanya nak buat standart sahaja..bro pun tak menyesal kemudian hari nanti….kalau bro nak buat kerja ini saya akan buat standart japan sahaja..no modifikasi,all standart and original so tak perlu lah risau pasal overheat atau lain2 hal.itu lah standart MOTECMAT thanks.

      • dh mkn minyak hitam 2, dh kalu standard tukar ring piston ke? jangka hayat tukar ring lbh krang setahun aje kn,

  86. tukar ring ajer…..top overhaul la katakan…beli la ring ori…lama cikit…pastu minyak hitam jaga…

  87. bese customer MOTECMAT tukar ring aje ke..top overhaul berape siap semuanya..

  88. Saya baru membeli wira terpakai yang baru sahaja diubahsuai untuk menggunakan enjin mivec 1.6.Boleh kah saudara memberi penerangan secara ringkasnya fungsi2 dan kelebihan enjin mivec 1.6?tips-tips penjagaan enjin?terima kasih.

    • mivec engine sama saja nak jaga macam engine lain…minyak hitam jaga,pakai minyak ada kualati cikit,pastu jaga air gak..bila pagi panaskan engine terdahulu sebelum memulakan perjalanan….MIVEC fungsi dia sama la macam VTEC gak…tp VTEC lg kuat sebab honda teknologi lain engine pusing arah terbalik,

  89. Saya ade wira 1.6xli. enjin mcm dh makin berat and makin bnyk bunyi. Bunyi tappet x ilang2 walopn dh bnyk kali adjust. Kalo wat restore engine ok x? brp chrage die? kalo tkr 1.8 sohc lak bape? tq..

    • kalau nak buat restore sekali dengan tukar engine 1.8 SOHC bajet lebih kurang dalam 5k. siap semua.kalau overhaul dan restore 6k lebih kurang.kalau overhaul sahaja 2k lebih kurang.

  90. salam bro, wira 1.5 auto saya tak bleh jalan ke depan tp bleh undur. minyak ada, minyak gear ckup. Apa problem ya? minta pandangan.
    Klau ganti baru brapa kos ?T.kasih

    • wasalam…gearbox rosak..kene tukar lain….secend atau recond…kos aggaran kasar tak lebih dari 2k.

      • just nk berkongsi.. aku baru tukar gearbox mggu lpas..auto 1.6 tukar same gak. koz bersih 2350.. aku angkt yg recond punyer.. component da tukar baru…

  91. salam bro.saya nak tanye sket soklan.pasal speedometer.kalu speedometer dah xduduk dekat kosong,cmna kite nk betulkannya balik ? kena tukar meter atau just tukar speedometer shj?satu lg meter minyak saya bergegar gegar bile keta berjalan.adakah problem pada meter itu ataupun pada sensor dalam tank ?

    • wasalam…pendapat saya meter rosak ..so baiuk tukar je meter secend yang ok.atau pun baru….thanks for the comment

  92. owh thanks bro.tapi kalau pakai meter lancer/evo,bole trus pasang ke tanpa tukar dy punya wiring ? sy memakai satria.takut wiring asal satria xbleh nk ngam gn meter lancer tu je.

    • boleh jer………….you have to try brother….

      • ok kalau masalah throttle body,kalau masuk 1.8 punya throttle body ade effect x kat performance engine?dr segi myk cmne ?

      • sama jer tak ada perubahan…

  93. salam,

    Sy ada satria 1.6 manual thn 1996,masalah yg sy hadapi kini ialah…temperatur cepat naik,kalau on air-cond pun naik tak on pun naik…jikalau waktu tgh hari lg cepat naik…kadang2 cecah garis merah…apa yg sy buat ialah,berhenti tepi bukak radiator cap & t’gu dia sejuk kemudian top-up balik air dn jln…masalah berulang lg dlm 20-30km…sy pernah cuci radiator & tukar hos yg dh bengkak…2hari jea masalah berulang lg….apa yg perlu sy laku kan utk mengetahui punca masalah ini…dan bagaimana utk mengetahui kalau head dh bengkok..?

    • wasalam
      pertama check air ada campur tak dengan minyak.yang kedua mungkin water pump bocor
      yang ketiga termostad mungkin jem.keempat kipas kadang jalan kdang2 tidak.kalau head bengkok buka cap radiator isi air start engine jika air pancut tinggi pada mulut radiator masa reff engine makna nya gasket sudah bakar atau minyak sudah campur minyak pun kes yg sama.

      • jikalau sy buang / x pakai termostat,ada x apa2 masalah pada kereta sy…? ada kemungkinan x kipas x jalan semasa kereta sedang bergerak…?

      • masalah engine lambat panas jer…..

      • salam,sy dh tukar air cond fan,yg lama dh x berfungsi dgn baik..kedua sy dh gantikan termostat yg baru,sbb ari tu pomen bukak pun memang dh x de termostat,radiator dh servis/cuci….tp skrg masih naik lg temperatur…Adakah head dh bengkok…?? brp anggaran kos angkat head, repair/ganti brg yg dh rosak, pasang balik, campur upah…brp kos semua sekali..?

      • wasalam…macam ni encik rizal…bila dah buat macam ni tapi still lagi tinggi..langkah selanjut nyer saya kene tengok keter dulu…..kemudian baru kita bincang pasal harga..sebab saya pun tak nampak ape sebenarnya berlaku…….

  94. salam bro, spring apa yg sesuai untuk wira1.5, nak bagi keras sikit,
    terima kasih

    • kalau belakang masuk waja,atau pun honda intergra.depan beli spring sport kat kedai aksesori bnyak ada.

  95. salam… tumpang tanya skit…
    saya pakai wira gsrT auto…
    suspensi adjustable hks…
    masalahnya saya taknak pakai lagi adjustable krn faktor2 tertentu…
    jd suspensi apekah yg sesuai utk enjin turbo?
    kalu boleh biarlah ianya rendah skit agar nampak cantik….
    sbb absober evo saya dah try tp keadaannya tinggi sangat…
    boleh cadangkan pada saya cara penyelesaiannya…

    • wasalam
      pakai suspension ori wira 1.6 jer atau pun 1.8. kalau caliper depan twin port tak boleh la pakai standart..

  96. salam…tahniah pada owner n blog yg sgt menarik ini..byk info dpt diperolehi….saya skang pakai wira 1.6 auto 1996..sblm raya dh top overhaul semua n dh cuci radiator semua…kira enjin dh sedap la..myk gearbox n filter pun dh tkar…
    cuma baru nie tetiba bila bwk ada bunyi kt dlm gearbox…mula2 slow jer bunyi..tp skang dah stat kuat..tp still bleh bawak..pastu bila bwk kdg2 gear sentap2…aduii..penin2..dlm kepala pkir nak masuk manual plak..senang nak jaga..
    1.sya xnak pening..bleh x bro cari barang n tkar kpada manual? bper kos semua?
    2.bleh repair lagi ke gearbox asal nie…? tkut repair2 rosak plak…tambah kos lagi..
    agak2 wat sekali n abis dlm 1.5k..pastu maintan jer…bleh x bro?

    • wasalam terima kasih bnyk atas egala sokongan dan pujian anda
      untuk tukar kepada manual saya tak tahu harga nyer lagi.
      saya rasa pakai auto pun ok gak cuma kene cari gearbox jepun dan jaga dengan baik….

      • tq kerana reply bro..
        1.kalau tkar auto jgk nak pakai gearbox jepun apa yang sesuai n best bro?
        2.kalau aku cari gearbox tu n bawak kat ko pasang berapa kos?
        3.gearbox yg aku beli tu sblm pasang ko check n bersihkan dulu x?
        4.berapa hari boleh siap bro?
        5.ada waranty x lepas pasang?
        tp kalau ko bleh cari n ada gearbox jepun yg sesuai kt aku lg cantik…aku bwk keta n pasang jer…kos lbih skit tp hasil yg memuaskan mmg berbaloi…

  97. Salam bro…sya pakai wira a/b 1.3m..lps tukar t/body, enjin kira dah ok..tp ada nampak byk kesan leaking..ada pomen yg tgk, kata distributor leaking, gearbox leaking..berapa agak2 kos repair tu..? blh ke rekemen kwn2 yg bka bengkel area jhr ? tq

    • wasalam tq for the comment
      saya tak ada member di johor…kos repair mungkin 70 saja..

      • distributor o ring tu kot kena gnti

  98. hello bro, sy baru beli kereta wira 1.5 tahun 1999…….
    baru buat top overhaul, first time jalan 1 way dari ipoh ke johor check minyak hitam( castrol 20-50) dah sampai min line…hhhmmmmm
    tp kalau jalan dekat2 xde masalah minyak x kurang pon, asap putih xde jugak…
    pastu kedai spare part rekemen sy tukar minyak hitam pennzoil 15-50 n stop oil engine treatment, sekali jalan dari johor ke seremban pergi balik minyak x kurang lansung….. pelikkkk
    pastu gear 5 bawa highway asyik tendang je….. ?????? help

    • heelo..
      bro benda2 macam ni saya kene tengok kereta dulu la..agak payah saya nak agak apa benda yang tak kena kat kereta bro….pasal gear tendang tu gearbox ada problem cikit dengan mekanisme gear…….

      • ok2, gear box problem macam mane???
        problem dgn gear 5 je atau kena tukar gear box satu set, gear 5 boleh cari asing ke. Nak tahu harga camner??

      • harga saya susah nak cakap la mr dave,sorry about that…lagi pun saya tak nampak dan tak tahu ape yang rosak…saya agak2 jer menurut cerita yang mr dave tulis….so mintak maaf bnyak2.

  99. assalamualaikum saudara..saya menggunakan wira 1.5 auto thn 1999..saya ingin bertanya sedikit mengenai kereta saya ni..mase mulakan pemanduan penukaran gear rse ok lembut..tapi bila 2-3 enjin jd seperti mengerang seperti gear x masuk..saya main2 kn minyak bru gear masuk..ape masalah nye ye ????

    • wasalam….saya rasa gearbox ada masalah dah tu…kalau belum servis baik servis.kalau selesai nasib baik la/.tp jika tidak..simpan bajet untuk tkar gearbox nanti..

      • agak2 bajet utk tukar gearbox berapa bro klu gearbox auto ??dan tukar gearbox manual pulak berapa bajetnye ???

      • kalau auto..mungkin bawah 2k….skrg harga gearbox tak menentu….kalau manual lebih kurang sama jer….sediakan la lebih kurang 1.8k dulu…kalau nak buat project ni dengan sempurna

  100. salam……
    wira 1.8 auto.guna 4g93-twincam.Prob tersadai lebih 7 bln dah.br2 ni sy buat major o/haul tp cuma bersihkan carbon kat head,.dan tuka gasket dgn piston ring.dulu penah jem gearbox.sbb tu kena operate abis.Lepas pasang semula piston plk tak dpt naik(gerak)..adakah stuck kat concod terlampau ketat ikat (ikat manual je).for ur info sblom masok kan bearing tu sy dak bubuh myk itam…
    tq.

    • wasalam..
      erm mintak maaf la encik….bila kita overhaul satu2 engine banyak perkara kita kene check dengan teliti.dan benda ini bukan nya main2..kita boleh rugi bnyak jika kita cuai atau buat satu kesilapan.kebanyakan orang boleh overhail engine..tapi tak banyak orang boleh buat kerja overhaul dengan sempurna itu sebenarnya masalah dia.bukan sy nak kata orang lain tak pandai, wlaupun saya boleh buat dengan sempurna ada orang lagi pandai dr saya.bab overhaul ni susah sy nak eexplain.bnyak perkara boleh berlaku..mungkin bearing slaah pasang,conrod terbalik,mungkin bila pasang ada pasir..so hanya encik la yg nampak semua tu..saya tak nampak jd sy xdpt nak tolong…..

  101. Assalamualaikum boss..
    sy pakai wira 1.5manual cab. Dia punya gear box bocor. minyak keluar ikut gear lever. mcm mana nak tukar dia punya oil seal??.
    Engin pulak makan minyak hitam (tak nampak bocor tp asap keluar putih) nak kena top overhaul ke?? mana mahal overhaul atau tukar head terus??

    Assalamualaikum

    • wasalam
      nak tukar oil seal gear box kene buka barai….engine top ovehaul saja tukar piston ring dan grand valve balik jer…
      tak payah tukat head…..overhaul jer…..

  102. bro, workshop kt sg buloh ke?
    jb xde? kete aku cm nk kne top overhaul je.,
    bunyik ketak ketak ketak bile running engine.
    pastu exhaust kuar asap je.. x sure plak asap kaler pe..
    boley kasi quotation n ape yg ko akan buat?
    nk tuka oil seal ke? bunyik ketak ketak tu bunyik pe?

    • sorry bro….pasal bunyi ketak2 tu saya kene dengar dulu baru saya tahu ape bunyi…dan semua quotation saya boleh bagi degan betul jika saya tengok keadaan kereta….mintak maaf banyak2 bukan saya tak tolong.tapi tak logok la kalau saya tak dengar bunyi tapi saya tahu ape bunyi…dan tanpa lihat kereta saya tahu ape yg rosak…..harap bro faham.

    • sorry bro….pasal bunyi ketak2 tu saya kene dengar dulu baru saya tahu ape bunyi…dan semua quotation saya boleh bagi degan betul jika saya tengok keadaan kereta….mintak maaf banyak2 bukan saya tak tolong.tapi tak logok la kalau saya tak dengar bunyi tapi saya tahu ape bunyi…dan tanpa lihat kereta saya tahu ape yg rosak…..harap bro faham.

  103. Salam. Saya telah mengganti enjin kereta waja kepada enjin mivec 1.6 pada awal jan 2011. Beberapa bulan lepas ianya kerap mati semasa perjalanan jauh dan boleh dihidupkan kembali. Pelbagai gantian seperti fuel filter, fuel pump, cam sensor, crank sensor telah dibuat tetapi enjin masih mati dalam perjalanan jauh. Baru-baru ini, RPM akan bergegar apabila diram ke 3000.
    Pse help..TQ

    • wasalam…thanks for the comment…encik…perkara macam ni saya harus melihat kereta dulu…kerana agak susah saya nak tahu apa masalah sebenarnya…..

  104. Assalamalaikum,,

    Macam mane nak kenal model mitsubishi?

    • wasalam tengok pada no engine dan bentuk engine……

  105. salam….sy ada wira y nk overhaul…bleh x bg lokasi kedai?budget pling tggi brape?

    • mounting gear pon rosak…gear lima xleh pkai,..tolong bg kos brape…sb btul2 nk bt blik keta tuh….tq bro

      • bro..harap bro faham…. macam mana saya nak bg kos repair satu2 benda..jika saya sendiri pun tak tahu banyak mana rosak…bro bawak jer mana2 bengkel mintak dia orang test kan..pastu tanya dia orang kos berape untuk semua ini…….mintak maaf banyak2 bukan saya tak nak tolong……kalau tak ada satu orang mekanik pun tak boleh repair benda ini baru lah bro cari saya nanti….last choice….

    • lot 1310 a jln gajah 3 kampung kubu gajah.sg buloh selangor.
      bajet full aggaran dlaam 2k lebih kurang

  106. salam saya nak tanya mengenai waja 1.6, tahun 2005, mitsubishi, manual..
    masalah saya mase 1st kene enjin kereta boleh start boleh jalan macam biase, bile kat simpang nak keluar tekan minyak tiba2 jadi tersenggut-senggut. pastu boleh jalan slow saja,…bile berenti kat traffik light jadi bende yg same…last kene tarik sampai kat umah..pomen suruh tuka throttle body, dah tukar masih ade masalah yg same,..bile start tu boleh tapi die akan mati,..bile tekan minyak lagi terus akan mati enjin…apa masalah sebenar nye ye…saya sudah buntu…dah la mahal bende tu..saya harap sangat forum ini dapat membantu…

    • wasalam…terima kasih atas comment…perkara macam ini biasanya problem dengan sparkplug atau pun wire plug atau pun coil..so kene check dulu…sebab susah sy nak agak …….jika boleh hantar kereta ketempat saya mungkin saya boleh selesaikan dengan sempurna.

  107. salam.nak tanya kalau enjin wira aeroback 1.5 auto yang baru biasanya harga dy brape?ke da xde jual eh?minta maaf la sbb saya ni bkn tao sgt sal kete nih..huhu…

    • wasalam…soory bro….secend engine ade la..baru xder rasanya…..

  108. Salam tuan , saya ingin bertanyakan ttg masalah kete wira 1.6 auto tahun 1994.

    1. meter rpm selalu rendah kalau on air cond tggl 0.5 saja.trotle body dah pernah service.
    2. kadang-kadang tetiba mati enjin kat tengah jalan, selalunya time ambik selekoh atau dkt roundabout. pomen kata mungkin trotle body jga.
    3. bunyi bearing yang kuat.pernah ganti bearing aircond then masalah settle tapi sebulan lepas tu jadi balik.

    tolong tuan bantu sya.

    sya duk pikir kalau tukar enjin mitsubishi, model apa yg sesuai utk digunakan.sy cuma guna untuk pengunaan harian, jenis auto, yang penting x selalu meragam.
    kalau tukar enjin mitsubisi, adakah dpt skali trotle body atau x atau enjin mitsu x pki throtle body.. maafkan sya sya memang tak tahu.

    • wasalam..terima kasih atas comment tuan

      1.kene setting angin…
      2.mungkin minyak dalam tangki kurang,pada masa itu…dan mungkin juga engine ada problem dengan ignition timing.
      3.saya rasa kene cari bearing yang kualati elok cikit.

      jawaban untuk selesaikan masalah ini tak semestinya tukar engine.akan tetapi biasa nya tak ramai mekanik yang akan ambek kisah tentang masalah kebanyakan ramai pemilik kereta.mereka hanya buat ape yg disuruh sahaja,jadi itu sebab bnyak masalah timbul tak rumit untuk diselesaikan.
      kalau lah tuan nak saya selesaikan maka harus lah tuan hantar kereta tuan ketempat saya.
      pertama saya akan check kereta dulu
      kedua kita tengok ape yang patut dibuat.
      yg ketiga kita bincang pasal kos dan harga

      jika tuan setuju dengan deal saya pada masa itu maka kita buat la….
      insyaallah maslaah ini boleh selesai…

      thanks for the comment.

  109. Assalamualaikum

    Saya mempunyai wira 1.3 manual yg telah 12 tahun digunakan. Sy bercadang nak buat top overhual sbb engine dah liking. Berapa kos buat top overhual?.

    • waalaikum salam..
      kos buat top overhaul aggaran semua sekali dalam rm 800.jika timing belt tak perlu tukar.

  110. Asalam.. saya pemilik wira 4g15 carb.. kalau saya beli enjin kosong 4g93 soch, boleh x guna balik carb enjin lama dan peralatan lain tak?
    tq

    • wasalam…lagi baik beli engine complete..sekurang2 nya engine lantai…sebab lain 9 series dengan 1 series engine disingne lain so ak boleh…..

      • ok terima kasih.. 1 more question…kalau saya nak upgrade enjin 4g15 dengan ganti crankshaft waja 4g18, parts apa lagi yg perlu saye tukar selain piston dan flywheel? berapa upah pasang kalau parts sy beli sendiri?

      • saya rasa itu idea kurang bagus….resiko tinggi…just buat dia standatr sahaja…..trust me..kalau project macam ni gagal maka anda akan buang bnyak duit…kalau anda bnyak duit tak kisah la buat pun…tp kalau saya tak mahu ambik risiko tu….kita nak cuba ubah suai engine 1.5 tapi power macam 1.8 atau 2.0 saya rasa buang masa buat kejer tu..lagi baik tukar engine terus..sebab kalau lah boleh pun buat mesti hujung2 cerita nanti block akan pecah bila engine terlebih power…saya ada banyak pengalaman dalam ubah suai engine.so cadangan saya standart lah paling bagus.

      • terima kasih sekali lagi.. sy mmg tiada budget tok upgrade so ingat nak pilih cara paling kos efektif… so pada pandangan bro, ape yg sye boleh upgrade enjin carb 4g15 ni ye?

      • saya tak faham ape yang bro mahukan sebenarnya..cuba jelaskan pada saya secara terang2.

      • mksud saya ape yang boleh dilakukan untuk mempertingkatkan enjin 4g15 carb saya.

      • owh….kene check carb,pastu cable plug,dan plug.tapi kalau engine dah berkabon dalam tak boleh dapat gak performance sebenar dia.

  111. salam…abg…sy pkai enjin vr4 2.0 skrg ni minyak hitam da cmpur air.so kena overhoul ker top overhoul…lg 1 kos nye agak2 berape erk…sbb pertama kali sy kena mcm ni start beli kereta tu..sbb bajet sy pun dlm rm1300..mntak tip skit dri yg pro….

    • wasalam…
      saya rasa untuk engine ni tak cukup bajet untuk buat overhaul..sebab engine ni banyak rumit cikit dan juga spare parts lagi mahal cikit….so anggaran dalam 2k lebih kurang.

  112. terima kasi sbb bgi pndpat…ada 1 tempat tu dia ckp angaran 800 jer mybe wat top ovehoul jer kot skali ttimengbelt kot….

    • murah juga dia buat..tapi di tempat saya memang mahal cikit,dan ada sebab kenapa mahal..sebab saya buat kerja hujung nya ada kepuasan pada saya dan kecantikkan pada kereta,serta keselasaan pada owner kereta.so memang saya caj mahal la.pilihan di tangan owner kereta.thanks for the comment

      • apa yg abg ckp tu betul…ikut pd kmpuan owner nk mcm mne.. tu pun dia anggarkn jer…da buka xtau lg cerita nye…abg bengkl kat ne….molting pun diorg ckp dlm 400 tukar getah nye jer..tul ker…

      • bengkel saya di sg buloh jalan gajah 3 lot 1310a kampung kubu gajah…..satu bijik 400 atau semua nya.

  113. salam….brp kos upah upgrade kereta wira manual window ke power window…. upah pmsgan dan wiring?

    • jika empat2 pintu semua sekali,upah saya dengan wiring semua sekali 200.00.barang semua sediakan sendiri.

  114. salam bro sy guna wira 1.6 auto..brp kos tukar enjin 4g93 1.8 sohc lantai?

    • wasalam engine kosong cukup la….tak perlu beli lantai…….

  115. salam, saya nk tanya sikit.saya ad wira 1.5 manual enjin carb.klo nk tukar pkai injection tp cc yg same agak2 engine ape yg sesuai dan barape kos nk pasang engine tersebut.?

    • waslaam kene beli halfcut atau pun cari wiring…..kos kalau halfcut mahal juga dalam 6 k mungkin lebih…

  116. Assalamualaikum sedare..terima kasih krn mnyediakan 1 blog yg menarik utk dikongsi.Sy pakai wira 1.6auto thn 93 so skang masalahnya bila dah dekat nk smpai masa utk tkr minyk itam sy dapati minyk itam berkurangan..perlukah sy buat top overhaul ganti valve seal,grind valve n piston ring?adakah timing belt sume akan dicabut skli apb buat top overhaul?sori sy kurg phm ckit bab enjin ni.kalo kmpter tu phmla hehe

    • waalaikumsalam thanks for the comment,
      bila buat top overhaul mesti la timing belt akan dibuka…bnyk benda akan dibuka ,,,perlt tak perlu buat overhaul jawaban nya saya kene tengok engine dulu

  117. assalamualaikum en.
    sy gna wira 1.8 auto sohc
    kblakangan ni nampak bagian injin sy mcm basah sikit ksan dr minyak itam…tapi masa parking…takde pulak kesan licking cuma nampak basah tu mcm bekas wap panas je di bahagian lua enjin…minyak itam pun tak kurang….elok je….
    so adekah kena buka head..tuka gasket ataw alang2 dah buka boleh buat ape bagi kembalikan kuasa asal dgn 1.8 ni..

    • wasalam..
      terima kasih atas comment encik,
      perkara macam ni susah saya nak pastikan ape yang harus di lakukan,so kalau en ada masa boleh la bawakan kereta ke bengkel saya kemudian saya nak buat pemeriksaan pada engine.selepas itu baru saya tahu ape patut di buat.terima kasih.

  118. Assalamualaikum saudara..

    Kereta Wira saya asalnya ialah 1.6 (4G92) Auto sedan.tahun 1998 injin proton standard, Saya ni dikira sebagai 2nd owner. Banyak juga $$$ keluar disebabkan olehnya. Mula-mula Gearbox problem, lepas tu injin…dan lain-lain.

    Ringkasnya,gearbox asal 1.6 dah ditukar ke 1.5 dohc mitsu dan injin asal dah ditukar ke 1.8 (4G93) sohc mitsu Manual….semua ni berlaku secara berperingkat-peringkat,
    Saya dah guna kereta ini sejak tahun 2003 sampailah sekarang.

    Cuma sejak kebelakangan ini, minyak hitam semakin berkurangan.
    Ada tak cara mudah nak detect kebocoran minyak hitam sebelum saya betul2 confirm nak buat basic overhaul ataupun top overhaul.

    Berapa agaknya kos overhaul termasuk upah di tempat saudara?

    • waalaikum salam.
      terima kasih banyak atas comment encik

      gearbox 1.5 DOHC(4g91) adalah sama saja dengan gearbox wira 1.6,benda tu sama tak ada beza.dan engine 1.8 4g93 memang boleh masuk kat wira 1.6 itu pun perkara biasa saja,pasal minyak hitam berkurangan kita kene check la engine tu bocor dimana.biasa nya kalau saya sebelum saya buat keputusan saya check terlebih dahulu ape masalah sebenarnya,kemudian kita kira berapa kos dan ape barang yang harus di tukar,kos untuk buat top overhaul anggaran kasar dalam 800.00,kalau overhaul dalam 1k lebih.tapi ape pun kene la tengok keadaan engine juga.baru lah kos sebanrnya akan tahu.

  119. salam..sy bru ni ader buat top overhaul..valve seal ngan gasket semua dah tukar baru..masalahnyer minyak hitam saya tetap kurang…sblm ni pn kurang gak..bru jalan 2,000 dah nak kering da..aritu masa wat top tgk piston masih ok lg dan tak goyang..asap putih kuar kalu ram 6 000 rpm keatas je..ekzos karbon mmng bnyak..
    so..nak tanye pendapat, kalu buat overhaul perlukah tukar piston atau sekadar ring piston nyer shj…pening2..sy pakai mivec 4g92 1st gen…

    • wasalam….in this kes,piston tak goyang bukan bermakna ok.tetapi jika gab piston ring sudah berpusing dari kedudukan sepatutnya pun boleh juga jd macamni,masa buka head piston kering atau basah,jika basah makna nya ring out,satu lagi oil seal valve semua pasang dengan betul tak.jng ada satu pun yg tersilap atau koyak masa pasang atau pun tercabut,sangat berrisiko kerja ni.pendapat saya buka balik engine dan buka piston keluar chekc liner kalau belum haus tukar ring baru.kalau dah haus kene reboo tuka piston.

  120. encik nak tanya.. berapa kos untuk tukar enjin wira dari 1.5 manual kepada 4g93 single cam? kos termasuk endorse jpj?

    • sy belum pernah buat lagi dari 1.5 lompat ke 1.8 terus..tapi ada bnyak benda tak ngam..manifold.wiring pun kene tengok gak,pastu exzoz tak ngam…..bnyk la kene ubah…..endorse pun sy tak tahu.. sy mintak maaf bnyak2…..

      • maksud saya kalau beli halfcut 4g93 single cam..kemudian salin terus dalam chasis wira saya.. agak2 berapa kos untuk semua?

      • owh….halfcut saya tak tahu harga….upah pasang saya caj 1500.jer.tq

  121. salam bos…saya guna wira 1.5 auto thn 02 skrg gearbox ada problem kalau tukar gearbox manual or repair gearbox auto mana lbh baik dan brpa kos repair…TQ…

    • wasalam dua2 pun baik,cuma kos lain2.kalau tukar manual pun mahu gak 1.8 k. boleh gak mencecah 2k.kalau auto dalam 1.5k je recond

  122. nk tanya enjin lantai maksudnya sekali dgn gear box ke?brp kos enjin 4g91 1.8 sohc sekali ngan gear box?sy guna wira 1.6 auto

    • engine lantai saya tak tahu harga,mintak maaf yer…..

  123. Salam. Saya pakai wira 1.5M tahun 1993.
    Masalah saya kalau on aircon, enjin akan jadi berat,
    kalau compressor aircon jalan enjin bergegar.
    Minta nasihat apa yang perlu dibuat.

    • owh kene setting carb dan kene check air cond sistem idle

  124. maksudnye gearbox tu bkk servis n tukar part2 yg ptt or tukar gearbox auto yn da di repair
    ek

    • tukar minyak ngan filter jer……kalau lebih kira overhaul la

  125. ada pomen suh sy tuko gear box auto 1.5 auto DOHC kod 212 pd wira 1.6 auto sy. bleh masu ke gear box tu dan adakah perlu modified klu bleh pasang gearbox tu?

    • adakah penggunaan VACUM pd trottle body bleh selesaikan masalah tuning dan ttrottle body yg bermasalah? komen ckit

    • boleh masuk…..sama je …ramai yg buat…

    • pd pendapat sy lebih baik tukar gearbox wira 1.6 jugak (A 211) sbbnya GB 4g91 ni 3 speed tak sesuai utk tarik enjin 4g92..sy dh ada pngalaman guna GB jenis ni n dah penah kong sblm ni kemudian sy beli GB recond jenis A 211 di Seri Kembangan (Kedai JKS Auto) RM1000 slps trade in GB A 212 pastu tambah ATF cooler beli kat kedai sparepart RM200 siap upah member psg sumenye RM1300 so keta sy skang alhmdulillah xde mslh GB lg..running pun smooth je.hehhe..performance superb!

  126. salam…
    Enck,sy ada wira 1.6 auto 1993 2nd…masa bru beli ok je,..tpi selepas 3 bulan,.gearbox leaking…
    Bwak g bengkel kat melaka…pomen 2 memang pro ar dia buat dgn sempurna…selepas 2,sy berpinda tmpat dr melaka ke jb…tapi malangnya smpai je kt jb,sekali lg gearbx leaking…so sy anta g bengkel yg berhampiran..mula2,mekanik 2 kata,oil seal kt drive saf bocor,da tuka pun bocor juga…pas de kata,kena tuka oil seal kat tgh2 pula…bila da siap pasang xda leak da,tpi gear reverse xleh masuk pulak…so turun gearbox lg,untk pengetahuan encik,da empat kali gearbox 2 turun naik…siap tuka bola lg…tpi still xboleh riverse…last sekali dia turunkan gearbx dan operate habis…lma jga dia buat experimen kt gearbox kete sy 2..2 bulan tersadai kt bengkel dia…
    Bila da pasang,brulah boleh reverse…tpi yg paling mengejutkan,..gear 3 je befungsi,1,2 dan 4,langsung xleh..dgn sombong de bekata,gearbox sy da da nk kondem da,.bila sy contact pomen kt melaka 2 kata,gearbox sy sebelum ni dalam keadan ok lg akhirnya pomen yg kt jb mmbuat pengakuan.,dia blum pernah buat kereta auto kt bengkel 2,keceuli manual,..bukan gearbox yg nk kondem,tpi salah dia..dgn hati yg sedih,sy pun pandu kete sy balik rumah.kereta memang boleh jalan,tpi masuk d,trus ke gear 3,gear 1,2 dan 4 da xda fungsi lg,rpm pun naik dgn tingginya….sy buntu dan kecewa.
    Soalan sy dsini,adakah gearbox sy boleh diselamatkan lg,selain ganti dgn yg bru..?sy amat mmerlukan pertolonga tuan,…sekian dan terimah kasih…

    • wasalam…sayunya hati dilubungi kesedihan mendengar cerita encik.banyakkkan bersabar ye…

      macam ni la encik mungkin gearbox ni tak rosak,kalau la gear tiga jer boleh dengan riverse biasanya TCU (transmision control unit)tidak baca pergerakkan gearbox,mungkin sensor tak betul pasang,mungkin juga dah rosak sensor nyer,dan kalau dia org overhaul gearbox tu mungkin juga ada solonide yg rosak,tp sy tak tahu la keadaan sebenar,dan perkara ini semakin rumit,sebab nya kalau kita tukar gearbox tapi sama juga maka sensor pulak yg kene tukar mungkin juga TCU nyer pun.
      cadangan saya cuba la mintak sesiapa yg pakar dalam autogearbox untuk check sensor.dan juga TCU.
      terima kasih atas comment semoga berjaya

  127. salam, saya nak tanya ar.workshop ni kat mana ek????saya nak tukar gearbox manual kepada auto (enjin campro iafm 2009) berapa harga nya siap pasang?????

    • lot 1310a jln gajah 3 kampung kubu gajah sg buloh selangor,owh kalau nak convert macam ni barang takde saya pun tak pernah buat lagi..so harga pun saya tak tahu…mintak maaf.kecuali anda ada barang.

  128. kereta saya wira 1.3 manual thun 96. Enjin kereta ada leaking sikit nak tanya kalu overhoul berapa kos? Kalau tukar enjin 1.5 plak berapa kos complete suma? kalau tukar enjin mmg lebih baik ke atau tak tukar pun takpe? reply kt email plz.

  129. trima kasih sudi reply motecmat….ur the best..!susah nak jmpa pakar2 mcm encik skang ni.mmang perfect enck buat lwn blog ni,.thanks..

    • sama sama kasih,terima kasih juga atas pijian dan sokongan yg diberi,

    • sama sama kasih,terima kasih juga atas pujian dan sokongan yg diberi,

  130. bro,kalau mase bkk ekon timing dduk 500rpm n ble xbkk ekon timing duduk 1000rpm.tu psl throtte body ke ape ? ade cara x kalau tak tukar throttle body?throttle body da bkk cuci sume.ficd pn da pakai tapi masih tak ok.connection dah betul suma tapi masih tak dapat mencari jawapan nya.satu lagi kalau oil pressure switch untk 4g92 soch da ade leaking,ape ptt sy buat?ganti baru atau camne ?

    • benda ni saya kene tengok sendiri la sebab kalau semua betul mustahil tak menjadi,,,,mesti ada yg tak betul.pasal leaking tu tukar je oil pressure swict

  131. salam encik mat.saya ada wira 1.5 auto 2001.masalah skang gearbox saya taknak naik gear 3.asyik gear 1 dan 2 je.reverse pon kene tunggu 3 saat baru dia masuk.pastu bila on air cond enjin akan bising dan bergegar.apa patut saya buat?bole repair ke?masalh enjin ke?baru je overhaul tahyn lepas pasal makan minyak itam,

    • wasalam…terima kasih ats comment.
      pasal gearbox saya tak boleh repair kene tukar recond atau secen kedai potong,pasal engine tu mungkin boleh dibetul kan la..sama ada plug cable,spark plug,ataupun carb kene setting balik,benda macamni kene hantar kereta ke workshop saya untuk di baiki,

      • wira saya pakai injection en mat.

  132. En. Mat.. saya mempunyai wira aeroback 1.3 manual tahun 2001.. ingin membuat top overhaul.. berapakah kos dan juga tempoh masa yang diperlukan.. mcm mana saya boleh berhubung dgn En. Mat dan juga peta@alamat tempat dimana bengkel En. Mat.. terima kasih

    • kos untuk buat top overhaul kebih kurang 800.00 jer…..masa yg di perlukan 3 hari saja.tp sekarang kereta penuh so kene tunggu sehingga hujung bulan ini…awal bulan dua boleh la hantar kalau nak buat,alamat sy lot 1310a jln gajah 3 kampung kubu gajah sg buloh selangor

  133. salam en mat, saya pakai kereta proton 1.5 auto, tahun 1998, apabila kereta berjalan dalam keadaan yang perlahan, rpm enjin mula turun secara luar biasa…. matikan suis aircond… ok sket timing enjin tuu.. throttlebody dh bocor,kalau nk tukar throttlebody original berapa harga kat pasaran? mane lagi bagus teknik FICD ATAU VACUUM?mintak pendapat!!

    • wasalam..terima kasih atas comment encik
      perkara macam ni saya rasa tak perlu tukar trothel body..ini boleh di adjust lagi….mungkin kita pakai FICD pun boleh…….harga trothel body original dalam 800.00

  134. Salam en. Mat. Saya mewarisi wira 1.6 tahun 1995 daripada ayah saya. Pada tahun lepas, ayah saya telah menukar transmission dari auto kepada manual. Masalah timbul apabila menggunakan gear 5, di mana gear seolah-olah menendang semula gear ke gear bebas selepas beberapa ketika. Apa pendapat en.Mat tentang masalah ini? Maaf, saya noob tentang kereta dan masih belajar.

    • wasalam…gearlima ada problem..dia boleh tukar gearlima saja.tapi kene turun gearbox la….cari gear lima secend pastu pasang..jer…

      • jadi, x semestinya kna tukar gearbox baru la? Agak2 kos brape ye?

  135. kalau nak servis gearbox wira auto 1.5 berapa kos nya???

    • minyak gear 85.00 + filter 45.00 + upah 50.00 =180.00 sahja

  136. salam tn. website.

    saya ada pertanyaan tentang kereta proton wira 1.5 m. baru-baru ni kereta saya dah overheat dan ‘head’nya terpaksa dipotong kerana dah bengkok. setelah selesai kerja-kerja tersebut oleh pomen, saya dapati kereta saya sudah tidak sedap untuk dibawa seperti pada mula-mula saya membelinya dahulu. apakah kesannya sekiranya head tersebut dipotong untuk jangka masa panjang ataupun jangka masa pendek dan adakah saya perlu membeli dan memasang head yg lain sahaja? dan bolehkah saya tahu berapa harga head untuk proton wira 1.5 dan upah pasangnya sekali. sekian..terima kasih.

    • wasalam terima kasih atas comment encik..
      bila head dah kene potong cc akan turun cikit.dimana ruang pembakaran sudah sempit cikit,dan timing akan lari cikit.so itu sebab engine kurang power,cilinder head kalau saya yg cari saya jual dengan harga 600 siap pasang,sekali minyak hitam dan juga gran valve,tq

  137. salam en.mat…saya br membeli wira 1.6 a/b tahun 2000. setelah sebulan lbh saya pakai kereta ni kdg2 mase sy nk msk gear tu ssh.kdg2 ade bunyi lg…persoalannyer..
    1)no siri gearbox sy F5M222VRXG..mmbr sy ckp ini gear 1.8 wira..btl ke?
    2)adakah ini punca kepada mslh yg sy katekan diatas?
    3)adakah clutch plate sy nk abis?brp kos keseluruhan tukar clutch plate?
    sekian terima kasih…br nk berjinak2 dgn kereta…huhu~~

  138. salam en.mat…saya br membeli wira 1.6 a/b tahun 2000. setelah sebulan lbh saya pakai kereta ni kdg2 mase sy nk msk gear tu ssh.kdg2 ade bunyi lg…persoalannyer..
    1)no siri gearbox sy F5M222VRXG..mmbr sy ckp ini gear 1.8 wira..btl ke?
    2)adakah ini punca kepada mslh yg sy katekan diatas?
    3)adakah clutch plate sy nk abis?brp kos keseluruhan tukar clutch plate?
    sekian terima kasih…br nk berjinak2 dgn kereta…huhu~~

    • wasalam..mungkin juga cluct plate.atau pun adjust tak betul….so kene check terlebih dahulu…gearbox sama aje..bkan pasal gearbox

      • tq en,mat….blh bg alamat bengkel tak?nnt ade kelapangan masa sy dtg ke bengkel en.mat utk pemeriksaan…

      • sama sama tq, hehe lot 1310a jln gajah 3 kampung kubu gajah sg buloh selangor.kalau nak datang call sy dulu.

  139. Salam, saya faizal dari Masai johor.
    Kereta Persona saya ada masalah oil leaking dan bila check radiator, minyak hitam dah masuk dalam tangki radiator. Tapi keta saya tak pernah overheat. Pergi tya pusat servis proton, kena buat top overhaul dan servis radiator. Harga dlm RM1200++..rasa mcm mahal sgt.Nak tya:
    1. Mcm mana myk itam bleh masuk dlm radiator sdgkan xpernah overheat (meter xpernah naik merah @ enjin xpernah mati tgh jalan).
    2. Adakah kereta saya perlu top overhaul atau overhaul satu enjin?
    3. Berapa harga standard bengkel biasa untuk Top Overhaul??

    • wasalam..masalah ini rumit…pendapat sy jng hantar pusat servis proton..baik cari kwan yg boleh di percayai…benda macam ni payah saya nak bg satu jawaban yg tepat….bnyk kemungkinan boleh jadi….harga top tak sampai la 1.2 k..biasa nya bawak 1k je

  140. hello En.Mat saya nak bertanya sikit. Kereta saya Satria SE 1.5 2005 mileage dah 210k dan makin byk masalah pulak

    1) Air cond selalu problem tak sejuk bila jalan baru sejuk (3 kali repair)
    2) Bila pasang air cond tgh2 jem engine mati/kereta jerking
    3) Engine pernah overhead sebab tank radiator bocor
    4) Wiring pun dah tak betul

    • i need to check this car first

      kene tengok dulu la ape masalh nyer……baru lah senang nak bg satu jawaban untuk selesai kan masalah yang macamni..tq

      • thank u.
        boleh kasi alamat workshop tu ?
        ada masa free boleh bawak kereta check.

  141. salam.proton wira auto 1.5 tahun 1999.sejak akhir-akhir ni engin mesti dipanaskan lebih kurang 10 minit waktu pagi.jika tidak engin menderu susah masuk gear 2 dan juga D.jika di panaskan tiada masalah timbul.masalah gear atau clas.sejak beli tak pernah tukar clas.terima kasih.

    • auto gearbox ni pernah servis tak….kalau ini jadi susah la..kene tukar gearbox..sy tak repair gearbox……tq,

  142. salam bro…ak nk tnye ckt ni…
    keta ak wira 1.5 manual,4g15p taun 1997…
    skrg ni keta tu makan minyak itam,asap pun kuar putih…
    pastu enjin lak rsegegar time idle,tp tme begerak ata jln xrse sgt…
    gearbox lak bunyi cam tak,tak,tak jer…tp xde r kuat sgt.so far tukar gear ok jer..cma kadang2 sesetengah gear ssh nk masuk…
    so ak nk tnye brpe anggaran bajet utk buat full servis keta aku kat bengkel ko n ape prlu dibikin bro?
    klu boleh nak keta tu enjin snyap n ok cam keta baru..bila jalan jauh pun confident jer n xrisau rosak…
    harap sgt ko blh bg bajet bro sbb ak nak spend dalam 5000 utk pulihkan balik keta tu,sedapkan enjin n cat balik lpas bikin enjin nanti…

    • wasalam

      untuk full over haul dalam 1800.00 lebih kurang.dah over haul mesti la bunyi macam baru….bersih macam baru…kalau serius call sy..senang nak bincang…tq for the comment

      • thanks 4 reply..agak2 elok ak buat overhaul dlu ke anta gi cat dlu sbb ak nk cat full tukar kaler.klu overhaul dlu,anta cat nanti die bukak macam2,enjin da x steady n kna tuning balik lak.pd pndapat motecmat,klu anta cat kat kedai utk bahagian luar dan dalam blh mnyebabkan ape2 rosak x?cam kabel2 elektronik ke,pape ke sbb die bukak sane sini nak cat?

      • kalau macam tu baik hantar cat dulu,nanti baru la overhaul engine….macam tu lagi bagus…

      • okeh motecmat..thanks 4 ur opinion…selamat maju jaya bro…

  143. Tuan,

    terima kasih di atas perkongsian ilmu dan pengalaman tuan dalam blog tuan ini. saya ada beberapa kemusykilan tentang kereta wira 1.5 carb tahun 1996 saya.

    1) masalah engine leaking.
    -power hilang bila naik bukit. kena duduk line kiri sama mcm lori kalau melalui jln bukit tinggi2.
    -oil sum,
    -g/box

    2) auto choke, pagi2 susah nk hidup…kn tekan pedal minyak dulu baru ok. adalah benda ini boleh direpair @ kn tukar carb seketul.

    tuan,

    berdasarkan perkara 1), adakah overhaul dapat mengatasi masalah2 tersebut.

    maklum balas dari pihak tuan, amatlah dihargai.

    thanks

    – new village puchong-

    • you are welcome

      thanks for view my blog,

      masalah macam ni ada banyak benda kene check,ignition sistem,feul sistem,dan juga keadaan engine.kalau enginedah bnyak carbon memang akan buat power hilang bnyak,jadi kalau nak dapat performance engine macama asal balik kene buat full overhaul,supaya kita boleh bersihkan semua rongga2 dalam engine kemudian head kene gran valve balik,dan semua gasket tukar baru..lepas itu baru engine tak ade leaking lagi dan juga dapat balik performance asal macam beli dulu bila baru,

      jalan terbaik adalah overhaul,tapi kene buat dengan betul dan kemas…..

      • full overhaul abis brape bro?boleh ke nak enjin power n senyap balik macam baru dulu….

      • full overahaul mengikut keadaan engine sebenarnya,

        biasa nya ini barang2 yg kene tukar
        1.full set gasket overhaul
        2.piston ring
        3.con rod bearing dan main bearing
        4.timing belt dan water pump jika dah tak elok mesti tukar.
        5.minyak engine dan oil filter
        6.grand valve head dan polish

        ini adalah untuk engine sahaja. dan kso untuk ini semua lebih kurang 700.00 barang sahaja.

        dan kalau ada benda2 lain macam hose air ke,plug ke,cable plug ker,maka kos akan bertambah sedikit.

        semestinya la engine akan senyap bila dah buat overhaul…tak akan la sama mcam dulu lagi.

        cuma bila buat overhaul ni kene cari mekanik yang mahukan buat kerja dengan cantek,standart macam kilang kereta buat.semua mekanik boleh buat overhaul engine,cuma persoalan nya dimanakah tahap standart kejer nya…dan kadang2 juga mekanik ni di tipu oleh kedai spare part dimana spare part yg di beli bukan baik punyer barang..so benda ini semua kene pastikan elok2.

  144. salam, blh x satria 1.3 nak convert ke gsr 1.8 turbo.. ataupun encik ada cadangan yg lagi baik…

    • saya idea kurang bagus….pada saya tak payah turbo pun……trurbo spare part mahal..minyak kuat…
      pakai engine NA ajer…….

  145. salam, saya ade kereta wira enjin1.6 auto asalnya. skrg ni kete sy menggunakan enjin yg same tp dgn gearbox manual 1.5. nak tanya saudara , ade x alternatif gearbox auto lain yg sesuai selain drpd gearbox proton 1.6. boleh x saudara tolong dapatkan dan brape anggaran kosnye

    • wasalam..
      masuk gearbox 4g91,atau pun 93 daripada halfcut..harga saya tak tahu sebab mahal…

      • salam bos…nk tnya, keta saya satria 1.5auto. cadang nk tukar enjin 4g92 auto. brapa kosnya. kalo bole enjin n gearbox 1.5 saya tu mau trade in. tq

      • kos nyer saya tak tahu la bos..tapi anggaran dalam 5k,jka beli halfcut…mungkin juga lebih…..

  146. salam…sy pakai enjin 4g91 sekarang ni masalahnya kereta saya keluar asap tp x lah byk sgt…kene x overhaul.?…agak2nya apa masalahnya….dan kalu nk buat overhaul berapa agaknye kos.?

    • wasalam…
      macam mane kluar asap tapi tak banyak,kurang jelas la soalan encik….macam ni lah ye…jika nak pastikan sama ada kene overhaul atau pun tidak mesti saya check kereta dulu,lepas tu kita cerita la…ape yg patut di buat.tq

  147. salam..saye ade mslh ckit pasal enjin..hrp encik dpt membntu.kreta saya wira sedan thn 1996.bli kreta dr sdare n de pkai jmt myk mggunkn air.tp bile sy gune,sy dh xguna kn lg air tu.baru2 nie terbuka pula air tu.n air dh msuk ke enjin.mule2 start x bleh,2,3 x bru bleh tp bunyi kuat.bile hntr kdai die bkk ttup enjin tu n chek.bile ciap start blk still de bunyi lg.pomen tu kate de 1 besi sy pn xtau name dh bengkok.die kate nk dpt sparepat yg elok sush n tkt2 de mslh lain.jdk die cdgknkn tkr enjin.pomen kate kreta mash boleh d gunakn cume bunyi jek.jdk,sy nk tye,btul ke xde mslh kalo sya trus gunakn kreta tu.n enjin yg mcm mn plak yg elok kalo nk tkr.pomen kta anggrn 2k tkr enjin n servis.hrp dpt mmbntu.tq

    • wasalam terima kasih atas comment..
      cadangan saya repair balik je engine tu..tak perlu tukar engine…saya boleh buat engine kereta encik seperti mana ape yang encik lihat dalam blog la..dan ramai yang datang repair keter kat tempat saya….bila dah siap insya allah tak akan kecewa.itu janji saya pasa semua org yg dtg repair kereta kat tempat saya…
      pasal kos kene tengok kereta dulu..anggaran mungkin kalau overhaul dalam 1.5k.tq no hp saya ada dalam blog so boleh call saya jika nak tanya terus dalam hp

  148. kalo dekat mmg sya dh hntr pd encik..tp jauh..sy d mlka…n kreta plak mmg nk gune utk g krja..sy ni prmpuan jdk xphm sgt kn bab kreta nie..wat msa nie.dh 3hari sy still bwk kreta tu sbb pomen kate leh gune lg…bunyi kt enjin dh kurng tp bunyi kat ekzos lak kuat….

    • owh melaka….jauh nyer….erm…..susah juga…saya kdang2 ade gak g melaka kat batu berendam. sebab bulan lepas ada satu custumer saya hantar keter.tq for the comment.saya harap disana ada orang yang boleh selesaikan masalah puan ye…

  149. ade g mlka?jdk dlm msa terdekat nie xde nk dtg mlka ker ek?

    • minggu lepas saya ada g la..tapi seterus nya tak tahu bila kalau saya ada pergi sana lagi…..

  150. salam bro. saya ada wira auto 1.6. bercadang nak tukar manual. barang semua sudah complete untuk convert manual. tetapi bagaiamana mahu memastikan gearbox manual itu dalam keadaan yang baik? dan tidak mendatangkan masalah lain apabila sudah convert manual kelak? harap dapat respon secepat mungkin. tunggu masa nak tukar manual. please. ASAP.

    • wasalam..
      nak pastikan gearbox tu ok..cubalah masuk gear tanpa pasang pada kereta dulu…..lagi satu kene pasang dulu la pada kereta kemudian drive kereta untuk test..itu je cara ….

      • oh. ok. terima kasih bagi respon secepat mungkin. sangat membantu. so memang 1 cara je lah untuk tahu gearbox itu ok ke x dengan cuba masuk gear atau pasang pastu try. thanks bro.

  151. pomen cadangkan kpd sy masuk gearbox 4g91 1.5 doch auto pd wira auto 1.6 sy. cmner ngan ratio gear dan perlu modified apa2. adakh ni jln penyelesaian yg baik utk gearbox wira 1.6 auto

  152. salam tuan..keta satria 1.5auto saya mau tukar kpd manual. plan mau guna gearbox 1.6 manual. apa pendapat tuan dan berapa anggaran kosnya kalo saya antar utk bikin d tempat tuan tq

  153. slm bro..nk tnye brape kos top ovrhvl enjin 4g91 dgn rstre skali?

    • wasalam kos dalam 2k lebih kurang untuk overhaul dan restore…tq for the comment

  154. salam en mt.saya ada wira manual 1.5 4g15.engine bay agak bising tapi saya x tau bunyi dari gearbox ke dari enjin.bile tekan clutch kurang sket bunyi tu.ada ape2 yg rosak ke?apa pendapat en mat.?tq

    • wasalam…bearing clucht bunyi…atau pun gearbox takde minyak…so kene check dulu..antara dua benda itu.mungkin kene tukar cluct

      • berapa kos semua ye.ade kesan jangka panjang tak?sebab kete ade satu je.lama tinggal patah kaki saya.kalau buat lambat sket xpe ke?

      • tukar cluct tak lama satu hari boleh siap..tapi kalau ada benda lain tak tahu la..sebab benda2 macam ni saya agak susah nak tahu kesan ke ape….sebab saya tak nampak keadaan sebenar kereta encik..

      • berapa kos tukar clutch siap pasang ?

  155. salam bro,
    nak tanya skit pasal keta waja,saya ada buka head kereta saya untuk di buat top overhaul,bolehkah sedara bagi tau berapa tork untuk ikat bolt head yang ikut spesifikasi!

    • biasa nya saya letak 80 paun..atau pun 70 paun ft.tapi kalau nak bagus tukar srew cilinder head semua

      • terima kasih en,

  156. Salam En. Mat,
    Saya bru 3 bln memakai wira a/b 1.6 A millenium.
    Sy. dpti enjin saya hilang kuasa, bila waktu hendak bergerak meter rpm terus ke 2000, lps tu rase berat utk ke 2000 rpm ke atas. bila naik bukit lg terase beratnye.
    penggunaan minyak RM50 blh pegi 200km saja. sblm in ade servis distributor ade leaking. mekanik kate 1.6 auto memang mcm nie.. plug bru tukar, throttle body baru..fuel filter bru tkr.. sblm nie hitam teruk.. ape pendpt en. Mat?

    • waalaikumsalam.

      bila engine hilang kuasa ada sebab2 tertentu,mungkin carbon dalam engine terlalu banyak,dan juga masalah2 lain..antara nya compression low,sebab piston ring dah haus,lagi satu kalau ada valve yg bocor,jika keadaan ini tidak berlaku pada kereta encik..maka ada masalah lain…jika encik ingin dapat satu jawaban yang pasti dan tepat sila bawak kereta ke bengkel saya,so dengan itu saya sendiri boleh lihat keadaan engine kereta encik dan test drive kemudian kita tengok ape yg perlu kita buat dengan engine tu supaya nak dapat balik performance asal dia.terima kasih atas doa dan comment encik.

  157. Salam,

    Saya baru tukar engine 6A10 (1.6 V6) kt wira. Sekarang ade ade problem dgn drive shaft. Agak keliru utk gantikan nya.sama ada beli 1.5 punye ke atau 1.6 atau perdana v6 punye.

    Nasihat saudara amatlah dihargai

    • wasalam…nasehat saya buka dulu pastu cari…sy pun tak penah lagi tengok gearbox v6 1.6….mungkin sama la dng 1.6 wira…cuma sy kata 50% je yakin sama…baik buka dulu pastu cari..cakap .6 punyer dulu kat kedai..bawak sample tunjuk dia

  158. askum.. sye ade kete civic eg9.. enjin b16a… apabila r.p.m mncecah 5.0.. vtec terbuka.. tetapi kuasanya kurang dri sblm nie.. pe sbbnyer ye… c.box dah tkar n setting pn x dapat jga pncanya…

    • vtec bocor tak……hidraulic dia bocor..mana tahu….

  159. salam. saya baru lepas convert gearbox wira auto 1.6 kepada manual wira 1.6. kos keseluruhan rm2300 siap minyak gearbox. adakah terlalu mahal ? ada sesiapa yang boleh bagitahu tempat yang lagi murah? ada kawan mengatakan gearbox wira manual 1.6 hanya berharga rm1000. betul ke?

    • wasalam…mahal cikit la..tp brang pun pyah dapat….so itu sebab harga tinggi….sy pun tak pernah dapat project2 macam ni lagi…saya ada tnya satu set barang 1800 trade in.

  160. Can I know where is your workshop

    • my workshop in sungai buloh,kampung kubu gajah..you can call me if you want to come to my place

  161. assalam..
    sy nak tanya apa sebab tempreature kereta wira saya naik kepada separuh bila berhenti di trafik light, saya dah test buka termostart tapi masih mcm tu jugak.. radiator seingat saya dah hantar servis 3 tahun lepas, mekanik bukak n reweld balik penutup dia tu… hos semua masih lembut… adakah sbb masalah water pump?

    mekaasih

    • wasalam..thanks for the comment..

      kebiasaan nyer memang separuh.itu normal…so takde ape yg perlu dirisaukan,yang penting bila temp separuh kipas radiator mesti jalan,

      dan perkara macam ni baik kene pressure tes kan sistem tu.

  162. salam…n salam perkenalan..saya zalie

    kira2 ter”click” blog tuan, saya ada satu masalah berkenaan wira 1.6 auto injection saya tahun 2000. masalahnye ialah berkenaan Gear auto saya, bila dah siap panas enjin n nak mula jalan masuk gear D, dia macam x masuk gear, kena main D,N dan D balik baru bole jalan. lepas tu kadang2 bila tengah sedap on the way tekan minyak tiba2 gear x masuk, meraum enjin saya, terpaksalah buat D,N dan D balik. Andai tuan tau apa masalahnya bglah tau n berapa kos membaikinya..

    Terima kasih n harap bole joint member tuan..

    • wasalam..
      terima kasih atas comment encik

      gearbox kereta encik ni ada masalah dengan valve body,dan biasa nya benda ni sangat rumit untuk di perbaiki,so last cerita nanti kene tukar gearbox juga….lagi baik cari duit beli satu gearbox recond,itu satu jalan penyelesaian yg bagus pd pendapat saya.akan tetapi sebab 1.6 gearbox dia pakai TCU so saya tak pasti yang mana yg problem,mungkin kalau saya test drive boleh nampak masalah tu lah..

      sama sama semua org boleh jadi member saya..

  163. salam…. encik, saya nk tanya pendapat encik… saya skang memiliki wira 1.5 auto sekitar tahun 1998 kot.. wat masa nie, keta sy 2 tiada masalah.. cuma mungkin akn wat full overhoul, kerana ada msalah ring (longgar pn sikit je) wat masa nie saya sedang kumpul kan budget untuk kereta saya tu..setelah saya baca suma forum2 di atas, ada banyak info yang di pelajari.. enjin wira saya tu model magma 12 valve carboretor, saya xtahu lah apa klass enjin 2.. kalau dalam siri mitsubishi.. boleh kah saya nk tukar injection, head jenis apa yang sesuai untuk kereta saya? saya tidak mahu tukar enjin, cuma saya nk tukar head sahaja..
    satu lagi, 3 bulan yang lepas, saya ada tukar minyak tranmision gear, tapi saya ada lihat, minyak pada bahagian hos di depan enjin. adakah host minyak tersebut saya perlu tukar?

    • wasalam…
      terima kasih atas comment..
      kalau encik nak pasang injection kita kene banyak barang..wiring dan macam2 la..so kos dia tinggi…jadi cadangan saya baik buat balik je engine lama tu..saya boleh buat macam baru,dimana kereta tu macam keluar kilang dulu,sebagai mana yg saya telah buat sebelum ini pada kereta lain…contoh ada dalam post…
      ada baik nya jika encik bawak kereta dulu untuk buat pemeriksaan dan kita boleh bincang la dengan face to face…
      dan saya setiap hari rabu dan kamis saya ada dekat taman keramat….dekat GIATMARA KUALA LUMPUR. so kat sana pun boleh jumpa saya untuk buat pemeriksaan …
      tq

      • terima kasih atas reply dr encik… ok lah, sekiranya saya mau buat jugak, injection, brapa kos n mtk encik senarai kan barang2 nya… saya boleh cari kn…

      • encik nie, cikgu giat MARA ke?

      • yup…sy cikgu giat mara,tp sy bukan cikgu rasmi dan sepenuh masa…part time sahaja.saya di giatmara hanya datang rabu dan kamis untuk pantau sahaja student kat sana untuk kursus aksesori kereta.dan beri sedikit tunjuk ajar nak pasang aksesori kereta la….

  164. salam.. Nama saya aien (dari ampang)

    Permulaan saya nak cek harga kerana saya ada satu masalah berkenaan wira 1.6 auto injection. Saya baru amik kereta second hand dari kawan saya pada 17hb March 2012. Kereta tahun 1994- 1995 kalau saya x silap.

    Masalahnye ialah kereta wira saya x boleh pecut lebih 90km.. saya hanya boleh bawak dalam lingkungan 60- 80km sahaja. jikalau lebih kereta akan terus berhenti dan akan ada bunyi di enjin. (bunyi seakan2 “ketang ketung”). Jikalau di trafik light akan mati serta merta. Saya dimaklumkan bahawa gear box saya juga leaking. Walhal semasa saya amik kereta tersebut, kawan saya memberitahu die sudah tukar gear box. saya dapat tahu gear box leaking ketika mahu buat balancing dan pomen tersebut tidak dapat kenal pasti apa masalah kereta saya.

    Apakah masalah yang saya hadapi dan yang penting berapakah kos membaikinya..(anggaran kasar)

    Terima kasih

    • wasalam..
      thanks for the comment aien..
      macam ni la aien ye… sy boleh bagi satu harga dan satu jalan penyelesaian untuk masalah ini..akan tetapi saya kene tengok kereta dulu untuk pemeriksaan..so kalau aien dari ampang,aien boleh datang ke giatmara kuala lumpur taman keramat jln enggang 4 pada hari rabu dan kamis,so kita boleh jumpa dekat sana..jadi saya boleh la check kereta terlebih dahulu di sana tak de la kene datang sungai buloh dulu…lepas itu jika aien setuju dengan deal..baru lah datang bawak kereta ke sg buloh…….
      dan saya boleh test drive sekali kereta aien.

      • Baik.. tapi saya bekerja waktu tu.. macam ni la.. boleh x kita arrange waktu mlm or waktu ujung minggu? saya risau terberhenti tengah jalan nanti..

      • erm…..ye tak ye juga….boleh la hujung minggu..tapi sy tak keluar kl hujung minggu….sy kerja pada hari sabtu dan ahad juga….kalau boleh datang sg buloh ok la…nanti call sy la kalau ada sebarang idea ok…tq

  165. salam. baru lepas gearbox manual. masalahnya sekarang gearbox seakan tersenggut-senggut apabila bawa perlahan tapi gear tinggi. contoh kereta meter 30 tp gear 3. senggut2 la. apa pasal?

  166. salam…. cik.. saya ingin minta pertolongan pendapat dan cara penyeselesaian… saya, menpunyai kereta wira 1.6 auto… masalah nya, gear auto saya apabila dalam ‘D’ gear 4 tak masuk… jadi kosong macam neutral… kalau tak saya… saya kena ‘OFF OD’ pakai gear 3 ja…

    • wasalam…..
      erm….kene test drive la encik….dan check kereta….mungkin ada masalah lain..sy pun tak pasti….sebab benda ni berlaku dengan keadaan…harap maklum…..

  167. Salam… saya pakai kereta wira 1.6, masalahnya bila saya pusing steering dia berbunyi…. saya dah tukar hose minyak power steering sebab minyak power steering selalu kering.. tapi minyak power steering masih kering lg…. apa masalahnya tuan…

    • wasalam…
      mesti ada leaking..so kene check dimana dia leaking…..pekara macam ni kene hantar kereta ke bengkel untuk tengok maan dia leaking…tq

  168. salm.. cikgu, saya dulu pon pelatih giat MARA juga.. d n9 lah.. tp amik cos eletrik dmestik n industri.. xsalah saya pggil ckgu kn… wira saya 2 mgkin dah berusia lebih dari 10 tahun, baru2 nie ada juga wat servis top. myk outo trns pon tukar juga. lepas nie saya akn tukar myk hitam dan gear.. minyak jenis apakah yang sesuai utuk saya pkai pd enjin kereta sy nie, oil treatment bleh pkai ke? myk gear apa yang sesuai? host radiator, saya tengok host yang besar 2, lembut,tp bila di picit, ada rasa mcam bunyi rangup lah, hehe (x tahu nk d bahasa kn) host yang kecil keras sangat2.. perlu saya tukar ke? semua host 2.. cz kereta 2 aruah ayah yang punya, jarang bwa jalan jauh2.. mgkin saya akan pecah tradisi kereta 2, nk lenjan ke kelantan (org umah org kelantan) tlong bg tips untuk saya, memandu kereta wira 2..

    • wasalam…
      minyak hitam pakai 20/50 jer shell pun boleh,petronas pun boleh,minyak gear kalau manual beli yang biasa pun tak per…kalau auto beli ori proton,atau pun minyak oroginal mitsubishi, dan pasal hos radiator ada baik nya buat pressure test,biasa nya kebanyakan bengkel takde alat untuk test ini sebab mahal.baik ditukar la sebab nak jalan jauh……

      kalau nak jalan jauh check la terlebih dahulu kereta tu…wire plug elok lg tak,check aligment sekali,brake pad.. belting semua kene check…
      terima kasih atas coment..

  169. Assalamualaikum En.Motecmat…saya dari kuching..nak tanya masalah enjin kereta.Saya sekarang pakai enjin 4g92 Mivec-MD. bila enjin di hidupkan,bunyi yang terhasil “tapped..tapped..tapped ” pada bahagian top enjin tersebut…saya risau lebih2 lagi pada waktu pagi ketika enjin sejuk nak dihidupkan kerana bunyi tersebut boleh jugak dikatakan agak kuat sedikit berbanding apabila panas bunyi tersebut kurang…memang begitu ker bunyi enjin 4g92 Mivec-MD?harap En.Motecmat explain sikit mengapa boleh jadi begitu dan cara-cara mengatasinya (jika ada)..Terima kasih.

    • wasalam..
      terima kasih atas comment.
      cadangan saya pakai minyak lebih pekat cikit macam 20/50,sebab nya bunyi kuat bila mula2 di hidupkan minyak tak naik lagi dama lift valve,so tapped bunyi la bila minyak dah penuh maka senyap la…
      baik pakai minyak 20/50

      • oh..begitu En.Motecmat.Pelik jugak enjin 4G92 Mivec-MD nih ada bunyi macam tu.Bunyi yang seakan valve dalam enjin tu longgar.Senang citer bunyi macam mesin jahit.Senyap lagi enjin Wira 1.5GLi sebab sebelum saya pakai enjin 4G92 Mivec-MD nih,saya pakai enjin 1.5 GLi.

      • yup…dalam kes engine DOHC kebanyakan macamtu la…biasanya engine bila dah lama akan jadi macamni.engine wira 4g15 dia boleh adjust tapped.itu sebab dia senyap…cuba tukar minyak hitam 20/50,beli petronas punye minyak.filter beli ori proton atau mitsubishi,lepas tu bagi engine tu running 20 minit.tengok ada perubahan tak..jng reff dia masa running. lagi satu engine tu skrg hitam tak dalam dia…kalau hitam makna nya carbon dah bnyak…itu satu punca bunyi.

      • tapi En.Motecmat takde effect yang lain ker kalau saya tukar minyak hitam enjin tu kepada 20/50 Petronas..sebab sebelum nih saya pakai minyak enjin berjenama Idemitsu semi-synthetic sejak mula enjin 4g92 Mivec-Md tu dipasang ke kereta saya.pasal minyak enjin nih saya tak tahu sangat(ikut cakap mekanik jer) sebab tujuan saya nak ambik enjin 4g92 Mivec-MD nih nak ambik sedap laju jer.saya ada tengok dalam bahagian enjin tu menerusi lubang tempat simpan minyak hitam.takde la hitam sangat.cuma kuning kehitaman sahaja En.Motecmat…

      • kalau macamtu boleh pakai minyak idemitsu tu…cuma tukar kan kepada 20/50 sebab dia pekat cikit..kemudian test tengok patut engine lebih senyap….
        takde effect ape pun ..jng risau…kalau takde idemitsu beli sumo pun tak per..yg penting 20/50

      • ok En.Motecmat..saya follow tips yang En.Motecmat bagi.anyway,saya suka cara kerja En.Motecmat menjalankan kerja overhaul enjin.kemas,teratur dan teliti sebab saya jarang jumpa mekanik seperti En.Motecmat mengamalkan sistem kerja macam nih di tempat saya kecuali yang personal punya itupun kalau dia kenal dengan kita dia akan buat betul-betul..terima kasih En.Motecmat.

      • sama sama semoga anda berjaya selesaikan masalah anda….terima kasih atas pujian dan comment dekat blog saya.

  170. Salam tuan..

    mohon pendapat dan nasihat sket utk wira aeroback s.e tahun 2004. Nak mtk cadangan dan nasihat untuk mantapkan sket pickup performance enjen ni.

    Pickup mmg problem, lagi2 time bukit mcm lalu karak hway ke LPT tu. kancil stendet pon dok line tengah hehe.. Jalan biasa off aircond ok. tp time on aircond mmg terasa, lagi2 time kipas aircond/radiator pusing. ade rasa sentap sket n ok balik lpas kipas mati.

    Clutch saya dah tukar 1.6 n lighten flywheel, open pod air intake & iridium plug..ringan la sket, tp xbyk beza. Dah cuci TB n cek timing xde masalah. RPM pon normal.

    Apa pendapat tuan kalau saya nk masuk performance cam n adjustable cam pully. adekah boleh membantu? atau sebenarnya masalah ni dari bende lain or tuan ade cadangan lain2 ke dialu-alukan sgt2.

    Terima kasih atas bantuan.

    • wasalam.

      pada pendapat saya benda2 macam ni tak perlu la masuk barang racing,kerana nya engine kita 1.5 liter 12 valve.so adakala nya engine bila dah lama dia akan bercarbon dalam sistem pembakaran,dan permukaan valve sudah kotor begitu juga dengan rongga piston ring…..so benda macam ni saya kene tengok dulu la keadaan engine itu dulu.

      pada pendapat saya kene cari alternator yang amp paling tinggi,kalau boleh cari yg jepun punya secend kedai potong.kerana bila semua perlatan electrical dalam kereta kita gunakan maka carging akan turun dan current voltage akan turun so ECU akan kurang dapat current..bla ini jadi engine jadi drop performace.kalau nak main denganbenda ni kene pasang satu meter voltage, supaya kita tahu berapa voltage kita selalu bila drive kereta..
      maslaah lagi satu wira SE dia pakai injection VDO so bnyak benda tak boleh di adjust….

      • Tq atas information..

        Kalau berkenaan voltage tu, yg slalu saya perhatikan time running kete tanpa aircond voltage arround 13.7-13.9. time on aircond plak 13.3-13.6 mcm tu, mmg time ni enjin berat la. Normal ke mcm tu?

        Pasal alternator tu amp pling tinggi yang dimaksudkan tu ade limit x? saya mmg xtahu lgsung pasal wiring or electricity kete ni. ade suggestion brand ke model ke boleh la kongsi.

        And pasal VDO injection tu ade xape2 yang boleh kita wat utk bantu elokn sket keadaan?

        Tq again untuk maklumat tuan..

      • cari alternator 100 amp ke kalau boleh dapat….vdo injection susah nak adjust sebab dia kene pakai dino untuk tuning dia…..cuba la try cari laternator yang amp tinggi cikit supaya current tu cantik….lepas itu cuba la bawak tengok…

  171. As salam saudara…

    Saya ada 2 kemushkilan berkenaan dgn Waja 1.6 thn 2002 (manual) saya ni..

    Pagi td saya minta pertolongan seorang sahabat utk tukarkan minyak hitam, spark plug, coolant, dan minyak gear… Lps selesai semuanya, saya dpt kesan ada masalah dgn radio saya. Bila saya ‘start’ enjin kereta, saya dapati radio saya diganggu dgn bunyi misteri (kriiikkkk) seolah2 spt ada ‘kebocoran elektrik’… mula2 saya igtkan speaker pecah… tahlah susah sya nak describe bunyi tu…. Tapi bila kunci dipulas dan berada pada kedudukan ‘on’, radio saya ok pulak.. takder gangguan ‘bunyi misteri’ tu.. Dan satu lagi, masa saya tgh drive, alarm kereta saya asyik dok bunyi jer…Harap saudara dpt beri pandangan dan membantu saya… terima kasih saudara !

    • wasalam..

      terima kasih atas comment,
      perkara macam ini agak susah nak tahu maslaah ape….sy kene check kereta mungkin ada wiring yg problem…kalau encik nak saya check encik boleh datang ke giatmara kuala lumpur pada hari rabu dan kamis…time bekerja…dan call sy kalau nak datang2.insyaallah masalah ni kita boleh selesaikan.

  172. pd brader yg pnglman..sy ada maslh..kreta wira 1.6 manual..masuk gear je
    jln sangkut2..

    • i need to test drive…..tq

  173. Saudara,

    Setahun yg lepas kereta Wira saya dah tukar enjin 4G93 SOHC, masalahnya baru2 nie minyak dah naik ke atas dan boleh dilihat keluar leaking melalui hose ke t.body dan juga hose dari Injektor.. adakah ini disebabkan masalah piston ring dah haus?

    Dan baru2 nie juga kereta saya mengalami masalah meter temperature yg berdetik2 selama 2,3 saat kemudian terus mencanak ke paling maksimum (HOT) tak lama lepas tue 3,4 saat turun balik ke tahap yang normal (takuk 2)… ada kena mengena dengan masalah di atas ker atau bagaimana?

    Berapa anggaran kos overhaul untuk enjin di atas dan adakah alat2 gantinya tediri dari jenis yang tulen atau bagaimana… kerjasama saudara saya dahulukan dengan ucapan terima kasih..

    • kos untuk overhaul engine ni dalam 1500.00 lebih kurang.tap ape2 pun harga mengikut keadaan engine..saya pun tak tahu seberapa teruk keadaan engine kereta encik….alat ganti nak yg tulen pun boleh.tp harga tinggi….kalau kita letak alat ganti tulen pun kalau tak jaga engine akan rosak juga….
      kita pakai alat tulen buatan malaysia pun ok juga.tergantung pada bajet la..

  174. salam tuan,

    saya menggunakan waja 1.6 auto 2001,jadi nak tanya beberapa soalan berkenaan enjin waja..

    1.enjin kereta saya leaking walaupun telah beberapa kali tuka gasket.apa yg saya perlu buat??
    2.enjin terasa terlampau panas padahal perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 minit sahaja.tetapi suhu pada dashboard tidak pulak overtemp.
    3.terasa berat atau underpower bila nak speeding.
    4.berapa upah untuk top overhaul enjin waja 1.6 auto dan restore semula macam gambar kat atas sekali tuu.
    5.enjin apakah yg sesuai untuk tukar pada kereta waja..(yg jimat kos 1.6 pon ok)

    terima kasih.

    • wasalam..

      1.masalah leaking ini saya boleh selesaikan…
      2.pasal panas ini saya kene tengok keadaan engine macam mana
      3.kalau power tak ada pun saya kene test drive dulu kereta encik untuk mengetahui punca masalah nyer
      4.kalau nak restore engine ni siap full overhaul campur upah bajet 3500.00
      a.timing belt dan water pump baru
      b.piston ring pun baru
      c.gasket baru
      d.semua minyak2 di tukar baru
      e.hose2 air yang tak elok pun tukar baru juga.

      kira nya selepas restore kereta keluar macam kat show room dulu.dan dapat balik performance asal engine tu serupa bila beli baru dulu

      5.engine GDI DOHC 1.8 turbo 6 speed shiftronic..tapi mahal…engine standatr pun dah sesuai dah untuk kereta tu.cuma kalau nak dapat performance asal dia balik kene overhaul la…

      terima kasih atas comment

      • kerja-kerja nih makan masa berapa lama tuan??
        adakah bajet rm3500 tu boleh nego lagi..

        terima kasih.

      • kerja ni makan masa dua minggu la…cuma keadaan sekarang ni kereta penuh….
        pasal harga kemudian kita bincang bila saya tengok barang…..
        kalau setuju kita buat la kalau tak setuju pun terpulang pada encik.

  175. As salam Bro saya ada soalan:
    1. saya ada perdana V6 2002 patut kene overhaul so kalau saya masuk enjin sohc 2.0 brp harga kos dan installation patutkah saya overhaul enjin lama ini atau tukar enjin soch atau mana mana enjin yng jimat minyak?

    2.saya ada wira 1.5 auto kalau tukar enjin sohc 1.5 atau 1.6 Mitsubishi brp harga kos dan install…terima kasih daun keladi.

    • wassalam bro..

      1.wasalam perdana punyer engine susah cikit la nak bg jimat minyak,pasal ape dia punyer engine v6 2000 cc.overhaul engine lama pun boleh.tukar engine pun boleh.
      kalau cadanagn saya beli satu halfcut vr4 DOHC kalau nak masuk engine lain wiring tak sama.so kene beli complete.kos pun tinggi.kalau overhaul engine lama kos nyer tak la tinggi sangat.pasal nak tetntukan kos kene tengok keadaan keter dulu.

      2.overhaul je engine lama..engine sekarang mahal…giler2 mahal…..buat balik je engine lama…

  176. Salam..saya gna prdana enjin 4g93t…enjin leaking,myk htam sering kurang jadi brepe kos untuk top overhaul..

    • wasalam….
      saya kene tengok kereta dulu la encik…sebab nya kalau tak nampak keadaan payah cikit nak cakap satu harga…..tq

      • Salam encik..enjin 4g63 ad bnyi tap tap.kuat jga bnyi trutamanya bila br start.apa masalah ny?..minyak enjin apa yang ssuai utk enjin ini?..tq

      • wasalam
        minyak engine 20/50 try la penzoil,petronas,bhp pun boleh…

      • sbelum ni saya pkai castrol magnetac 10/40..tp mnyak cpt kurang..ad ke myk enjin ptronas 20/50?..kna gna yang semi sintetik o fully ni..harap dapat bantuan encik

      • ada minyak petronas..cuba la petronas MPLUS 20/50 kemudian tengok la kalau kurang juga mungkin engine dah makan minyak hitam…

  177. as salam..

    keta saya wira ’96 enjin 1.3 karburator.
    skrg ni mslh enjin underpower (biasala 1.3), ada leaking, bunyi kasar, asap putih byk bila berenti enjin hidup.

    skrg tak tau samada nak buat top overhoul atau tukar enjin kpd 1.5. kalau buat pd bro brapa kos sumenye.?,

    • dua2 pun boleh nak overhaul pun boleh nak tukar engine pun boleh…kalau tukar engine elok cikit pasal cc tambah ada pickup cikit.harga kedai potong engine 2k lebih sekarang ni.
      saya ada satu kawan nak jual engine urgent dengan harga 1500.00.upah pasang 300.00 minyak ting tong semua 200 la.
      kalau oberhaul pun kos lebih kurang sama.

      • ok lg ke enjin jenis apa tu, suma skali kos berapa siap pasang.. endos jpj skali x?

      • rasanya saya mcm berminat,, no contact n bila boleh buat rasanya..

      • no hp saya ada dalam blog dengan alamat nye sekali..

  178. Bro saya ada satu lagi masalah …
    kereta wira 1.5 auto kaborator saya ni dah 4 bln tak stat road tax tak hidup setahun kene bwk pi puspakom jadi baru ni saya beli bateri baru nak hidupkan …tapi tak hidup apa puncanya ?
    Adakah kepala pengikat bateri tak ketat ker? atau sebab lain tolong bro apakah puncanya…tq

    • bro ..mungkin wiring problem…tapi saya kene tengok keter baru tau ape puncanya…susah nak cakap sebab banyak wire kene check…tq

  179. tmi kasih jawab soalah perdana saya tu..kalau overhaul perdana V6 tahun 2002 kat tempat bro…berapa harga overhaulnya?

    • anggaran kasar dalam 3k.kso sebenar bila tengok keter….

  180. Salam pagi,

    Saya memiliki Iswara 1.3. Sudah dekat 11 tahun. Masalah kereta saya skrg spark plug tu cpt kotor dan perlu ditukar. 2 minggu yg lps kereta baru diservis dan ditukar minyak and spark plug dan air con diservis jg. Tp hari ini kereta bila jalan bergetar pula. Masalah ini selalu berlaku, selalu kena tukar spark plug. Hari tu wire spark plug juga ditukar.
    Dan tiap pg kereta bila dihidupkan, rpm berada 1 atas sikit. Bila aircon dihidupkan, jatuh bawah 1. Dan kadang2 bila aircon dihidupkan masa kereta idle, kereta bergetar juga. Bila pagi kereta dihidupkan ada sikit asap putih keluar tp tak la putih pekat sgt. Masa kereta jln i tak nampak jg asap putih dr cermin i.
    Jd, adakah saya perlu overhaul kereta i sudah?

    Thanks bro

    • wasalam… terima kasih atas comment encik..
      bedarsarkan cerita yang encik bagi pada saya,rasanya kereta encik ni kene buat overhaul…dan untuk memastikan nya boleh la encik jumpa dng saya dulu kemudian kita bincang tq.

  181. nak tnye..wira se 1.5 tahun 2004.
    1) pikup terasa kurang,
    2) enjin berat mcm 1.3,
    3) bila start nak jalan terutama naik bukit, enjin gegar mase nak lapaskan clutch habis.
    4) power enjin di tarik bila compressor aircond function
    ape problemnye?

    • kene tengok keter dulu la encik…mungkin saya dapat selesaikan maslaah ni…..insya allah.

  182. masalah menimpa2..
    bro..enjin knocking..brp kos nk buat smua 2?
    ape yg perlu buat bg bunyi 2 hilang? (ejin wira 1.5 injction)
    G bengkel die cas rm150 buat sampai xde bunyi.. 2 kira murah ke mahal?

  183. lg 1 nk tanye..
    bila pasang radio @ econ je ade bunyi menangkap kt enjin.. sbb pe ek? ape perlu buat..?
    TQ..

    • kene tengok kereta dulu la bro…benda2 camni susah cikit nak bg harga….kalau boleh datang dulu bengkel kita deal kemudian kalau setuju saya repair kalau tak setuju takper……..

  184. Ok..Time kasih byk2 bro motecmat.. sy duk di pahang,so paham2 la jalan nk g sane pn x brp nk tau.. boleh x bro bg location detail bengkel..? sabtu ahad bengkel buka x?
    sy harap sgt bro dpat selesaikan masalah ni. runsing dh memikirkannye.. byk dh bengkel pegi,hasilnye not bad..:-(
    TQ bro..
    “Bro Memang Otai”

  185. salam bro..
    nk tanya besi yg pengukur minyak hitam tu ada juai x kt kedai spare part?

    • ada….kat kedai spare parts

  186. assalamualaikum…saya guna kereta wira 1.5m tetapi xcdent pada 2010 bertembung secara berhadapan..akibat dari xcdent tu…engin saya retak dan rosak teruk…so saya cari engin 1.5 yang baru…tetapi baru baru nie engin yang 2nd pon ada problem…rekomen dari pomen tukar enjin lain sebab takut rosak lagi banyak.. soalan saya:
    1) yang mana elok tukar dari 1.5 kepada engin 4g92 @ 4g93 @ 4g93 RS saya tak pandai ttg engin… N/a atau turbo…
    2) kos-kos pembaikan dan pembelian enjin (saya budget dalam 6~7k)
    3)saya tidak faham ttg harga halfcut dan engin? ada murah ada mahal? pandangan encik adakah elok beli macam mana?

    harap encik dapat menjawap kekusutan bermain dipikiran…saya dok area setapak

    • wasalam…

      ada banyak pilihan engine..tak perlu turbo pun..
      cuma nak pilih engine yang cantik tak semua mekanik ada kemahiran tu.semua engine elok hanya nak cari yang condition betul2 cantik agak sukar cikit.
      kalau engine yg dah terbeli tu ada masalah baik betulkan masalah tu…asalkan engine tak pecah boleh di betulkan balik.

      harga mahal dan murah tu ada sebab nye…so kene hati2.

      saya agak sukar nak jelaskan jawaban untuk masalah encik kerana sy tidak tahu keadaan kereta encik macam mana..
      cuma saya boleh bayang kan tukar engine sahaja…1.5 japan 4g15.
      kalau beli halfcut mahal kene ada bajet 7k juga.

  187. Hi, im using proton 1.6A XLI, having problem with the gear sometime it cannot move forward n sometime reverse also cannot, pls tell me what the problem with the car. TQ.

    • gearbox kong…you need to change gearbox.

      • so can u repair n tell me wat are the cost…TQ.

      • not repair
        just change price is 1600.00 siap pasang

      • can u give your cantact no….Thanks.

  188. Hi bro, saya nak tanya. Saya pakai Wira Auto 1.6 xli tahun 1999. Sekarang gear box masalah. Ada inciden kat Highway speed 100, tiba tiba gear 3 tukar ke 1 dan enjin meragam. Then skrg gear box lambat tukar dari gear satu. Kadang kala kalau kat traffic , gear berfungsi dari gear dua. Then gear dia kalau tukar dari 2 ke 3, dia hentak kuat. Sekarang masalah baru gear R tak fungsi langsung..

    Ada foreman ckp gear box hancur.Betul ke bro. Better tukar. Dia suruh cari buatan Japan atau tkr manual.

    Kalau saya tukar ke manual 1.5 , tapi flywheel saya pakai 1.6 , ok ke…ada apa2 masalah..

    Minta pertolongan saudara…Beri nasihat

    • nasihat saya tukar je gearbox auto balik…recond …..

      • bro, lets say saya nak tukar manual, akan ada masalah kat enjin ke.. sebab saya tak yakin nak pakai auto balik. kali dua kali saya tkr gearbox..tahun 2009 and 2011.

      • masalah takde ramai yg dah buat…tapi barang boleh dapat tak….? kalau convert manual pun sama gak gearbox manual boleh rosak gak kan…
        terpulang la pada bro..kalau kereta bro tu kereta saya….saya masuk balim auto jer…hanya minyak saya akanbeli yg mahal original mitsubishi..
        dan servis di tempat2 yang baik.yng boleh dipercayai…..
        untuk penegetahuan bro saya ada 5 kereta semua kereta saya auto.kecuali satu jer daihatsu charade lama.
        lagi empat biji semua ato 3 bijik volvo.lagi satu ford.ok jer gearbox takde pulak rosak…
        masalah nya minyak kadang2 lambat tukar.dan juga minyak tak elok.

  189. encik …..sy nk tanya.sy pakai wira auto1.5.skang nie enjin dh rosak.kene overhaul.adakah lebih baik sy overhaul atau tukar enjin lain.kalo tukar enjin.enjin ape yg terbaik dan kos nye murah.encik ada enjin tk yg bleh dimasukkan ke kete sy dan brp kos nye?

    • terima kasih atas comment.
      pandangan saya overhaul saja engine lama..cuma kene cari org yang boleh baut overhaul dengan cantik.bukan buat cincai.engine ada tp mahal dalam 7k siap pasang tukar terus 4g91.kalau overhaul lebih kurang 1500.00 lebih kurang..

  190. hi bro…nak tanya sikit tentang gear ratio…ratio apa yang cun utk mivec 1.6..tq.

    • sorry bro..sy tak berapa tahu pasal ratio….tq

  191. Saya nak tanya..saya pakai wira 1.5 kaburator,kalau nk tukar enjin 4g93 soch berapa kosnya..nk cr enjin lantai sj blh x?nk cr halfcut pulus x cukup..badjet ciput ja..tengah buntu ni..

    • tak boleh buat….mesti complete.lau tak cukup bajet repair balik je engine lama..

  192. Satu lg nak tanya..tinted cermin pintu habis calar2,power window plak sangkut2..apa sebabnya..nk kena tukar getah luar pintu @ getah doortrim..,hr 2 sy ada tukar getah luar pintu,tp tetap x dk perubahan pun.. lg satu soalan.(byk plak soalannya).. absorber sport peformances kalau masuk dgn spring standard wira,agak2 ngam x?,kalau blh sy x mau lowered @ tinggi sgt..apa pendapat saudara..byk lg soalan,tp kena simpan dulu..

    • kene check kereta dulu la….susah nak cakap ape masalah nyer bila barang tak nampak.pakai absorber stnadatr ajer,…sy jarang buat kerja tu…..hehehe
      tq for the comment..

      • Kalau mcm 2,memang kena cr hulfcut jgk la..,tp sy ada tgk mudah,.satu bengkel ni ada iklankan enjin 4g93 soch untk kaburator dan injection sekali wiring dan upanh pasang rm4000..blh caya ka?.apa pendapat encik..

      • mhal la kalau 4000.00 pendapat saya baik beli satu halfcut terus dari japan.

  193. saya nak tya sikit…betul ke wira 1.6xli selalu problem dengan gearbox??? saya ada wira 1.6xli auto…masalah saya semasa saya pecut kenderaan saya tiba2 gear pandai tukar ke netural.boleh tolong tak?

    • kene test drive keter dulu tq

  194. saya pakai wira 1.5 auto ..engin banyak tempat dah leaking , kalau nak overhall berapa kosnya ? dan kawasan mana ?

    • kene tengok kereta dulu la encik….baru senang nak citer harga.

  195. salam bro..tumpang tanye sikit..saya pakai satria 1.6 manual injection..saya ada masalah skit..saya baru je tukar trotel body..pastuh bila saya on aircond enjin terase kurang power dan bila dekat simpang saya tekan clucth n enjin terus padam..kadang2 x padam tp enjin begegar n hampir nak padam..fuhh bengang la macam ni..

    • wasalam
      mintak maaf bro sy kene tengok kereta dulu pastu baru saya boleh jawab masalah bro harap maklum ye bro…bukan saya tak mahu tolong.kerana ada kes maklumat yg saya bagi kadang2 tidak tepat kerana masalah sebenar kereta tu pun saya tak tahu.jika bro serius sila datang bengkel untuk buat pemeriksaan terlebih dahulu.tq

      • kau cari throttle body 1.8 single cam.kete aku pnh kena cm kau dlu.tukar terus beres.pakai ficd nk lg cun.tmbh cun lg reset ecu hang balik

  196. assalamualaikum..tertarik la dgn comment dan tahniah kepada owner blog ni..betul2 aktif.
    saya guna wira se.enjin standard.

    1.bagaimana nak tahu kalu clutch dan timing belt dah nak habis atau rosak?
    2.berapakah kos yg bro ambil termasuk barang original + upah pemasangan bagi kedua2 masalah diatas?

    sy tinggal di gombak.sg buluh dekat saja.hehe..

    • wasalam..terima kasih atas pujian encik sangat sy hargai.

      timing belt di tukar setiap 80.000 KM / 100.000 KM
      timing belt MMC punyer rm 158.00 water pump GMB rm 75.00 cluct EXEDY satu set 220.00 fly wheel oil seal 25.00 minyak gear 45.00
      lain2 barang kalau ada rosak sy tak tahu la…

      upah tukat cluct 160.00
      timing belt 120.00

      ini harga di bengkel saya.
      kat luar saya tahu ada yg murah lagi kalau serve.tapi itu kat luar.
      bukan tempat saya.
      tq very much to view my blog

      • Baru antor kete kat bengkel motecmat semalam, doa2 dapat yang terbaik……..WHD 965

      • terima kasih
        WHD 965 JANGAN RISAU..INSYA ALLAH KERETA KELUAR NANTI DALAM KEADAAN YANG MEMUASKAN INSYA ALLAH.

  197. Assalamualaikum… sy ada 1 stor barang2 kereta untuk di jual… enjine mit.1.8 bodypart lancer … gearbox dan pelbagai…ianya termasuk wiring kereta… sy nak jadikan stor itu bilik… sesiapa yg berminat sila hubungi sy di no. 012-2997527(mohd)… harga ,,, BDR ,,, area ,,, kuala sel …

  198. Salam saudara…saya guna wira 1.5 M thn 2005. Pertanyaan saya:
    1) Bunyi enjin agak kasar. Apa masalahnya tuan? Baru tukar timing belt dan water pump
    2) Adakah dengan menukar paip ekzoz dan cable plug 10.00 mm boleh meningkatkan pick-up kereta. Kalau tidak, mohon cadangan dari tuan bagaimana untuk meningkatkan pick up dan juga h/power

    Tk tuan

    • wasalam…
      mungkin saya boleh setting kan engine ni supaya tambah kuasa cikit…tapi saya kene tengok keadaan engine dulu….tq

      power kereta bukan pada cable plug 10.00 mm tu.

      • Tk Tuan di atas jawapan. Nak tanye 1 lagi (maaf, banyak bertanya)…absorber jenis apa yang sesuai untuk wira 1.5 M…sya nak beli yang biasa je…ada orang kata jenis kayaba, ada kata monroe…mana satu ek?..coil spring pulak jenis ape ya sebab spring wira saya skg terlalu soft..tk atas jawapan tuan

      • no problem..
        beli kayaba pun ok…standart pun ok juga….ada custumer saya beli sping sport pun ada tapi sy tengok tak la keras sgt….cuma sy tak tahu nama ape?
        spring pakai balik jer…..

  199. hi bro, nak tanye, kalau gasket terbakar, dia kena overhaul engine ke atau tukar gasket je boleh..

    • kene tengok keadaan engine….mungkin boleh tukar tukar gasket saja..mungkin juga kene ovrehaul..

  200. salam, nak tanya bro…

    1. gearbox wira 1.6 auto aku problem..gear 1 jalan, gear 2 kosong, rem tinggi baru masuk gear 3, …kenapa?. cluth abis ker, or memang gearbox kong…kalau tukar mitsubishi vr4nyer boleh tahan ker…

    2. boleh tunjukkan satu persatu step nak flush minyak gearbox wira 1.6 auto. nak try flush…betul ker flush, kadang2 gearbox boleh ok balik?.

    • wasalam…

      tukar gearbox lain jer…..vr4 boleh masuk cuma kene ubah suai cikit…..flush gearbox….??kalau dah rosak dah tak guna nak flush lagi…..tukar lagi baik…

  201. trima ksih tuan
    coment tuan mat sy puas aty

    • sama2..terima kasih kerana comment at my blog

  202. Salam bro…nk tnya la sikit..

    Semalam sy ada tukar kepala bateri pastu tak sedar plak kepala bateri tu tinggi n terkena kat bonet depan… lepas tu wiring shock sume lampu dashboard xmenyala lampu depan signal, viper, power window, aircon sume la xhidup tp enjin ok je takde masalah..bila cek fius2 nampak sume ok takde lak yg putus.

    • wasalam..

      kene tengok kereta dulu la bro..tak mungkin la jika fuse tak terbakar banyak benda tak jalan ..mesti ada yang tak kena….

      • dah jumpa masalah dia semalam…satu fius hangus pastu short body kurang.. komen2 bro kat atas byk membantu. TQVM

  203. bro nak buat port n polish wira 1.3 bape harga upah…nak kasi ringan naik bukit..

    • kira top overhaul la….jujur saya tak biasa buat kerja ni….saya buat standart sahaja…tiada modify…polish saya boleh buat tapi kalau tak dapat performance saya takut bro kecewa pulak..baik bro cari yang biasa buat kerja ni……..

  204. Hello Bang..saya mahu tanya,kereta saya punya problem 1.6xli,temperature selalu naik,kena isi air tiap2 hari,walhal,2 bulan lepas baru buat top overhaul,pergi bengkel,dia bilang head sudah problem,jadi skrg nie saya mahu tanya,jika saya tukar head 1.8sohc berapa anggaran kos eah..saya tinggal di sekitar tasik biru..

    • kalau boleh sila la datang bawak kereta ke bengkel dan saya nak check dulu kemudian kita bincang ape yang terbaik buat untuk kereta ini dan kos nye berape…tq

  205. salam,
    saya nak bertanya… saya ada sebuah kereta toyota SE
    tahun 1992 , asal 1.3
    dah 8 tahun saya pakai engine 1.5 SOHC 12-Valve Tercel “3E”
    now engine dah start ada bunyi bila > 80km/h
    1) nak minta pendapat
    ada kah sesuai untuk over haul atau… tukar engine

    2) kalau tukar engine,,, engine mana ynag paling sesuai and jimat kos..

    3) Di mana lokasi work shop encik untuk di hubungi

    • wasalam…ada bnyak engine boleh beli dengan harga yang berlainan semua….
      biasa org masuk engine blacktop atau pun engine seg injection..
      workshop sy di sg buloh kampung kubu gajah jln gajah 3 lot 1310a
      my phone no is 0172601852

      • 1) engine black top berapa lebih budget. ? untuk toyota SE
        2) kereta saya pakai carburetor bole ke pasang engine black top

  206. Salam..sy ade saga thn 91,nk tau suspensi terbaik utk dipakai..pki standard goyang time corner,pki adjustable keras sgt..Pastu kt blkg de bunyi mcm loceng time jln x rata or time lalu ats line kuning..smpi arini x pasti bunyi ape..g Pomen mcm2 nkne tukar..mcmane nk tau bush blkg ok lg ke x?

    • pakai spring sport cukup la,nak tahu bunyi ape kene tengok dulu la….tq

  207. berapa harga 4g93 gdi

    • harga turun naik skrg susah nak cakap

  208. assalammualaikum………..saya ada proton exora,klu nak tukar enjin agak2 enjin apa yg bleh masuk kat exora?

    • wasalam
      engine evo boleh….casis same je dengan waja..

      • 4g93 gdi ke bro………tq

  209. salam sejahtera….terima kasih kerana menyediakan blog yang bermutu dan kesudian menjawab semua persoalan pembaca…bukan semua orang mampu bergelumbang dengan griss dan masih dapat menekan keyboard…

    Saya ada wira 1.6xli manual dengan engin dan gearbox standard original. Bulan lepas, gear undur tidak dapat dimasukkan, cuma gear depan, 1,2,3,4,5 boleh. Beberapa cadangan telah saya terima, antaranya

    (1) menukar gearbox dengan yang gearbox sama yang lain – cadangan ini okay cuma gearbox 1.6 manual adalah amat payah dicari

    (2) menukar gearbox dengan gearbox 1.5 – yang ini ada yang kata okay, tapi saya tak pasti

    (3) menukar gigi gear undur sahaja – tak tau boleh ke tidak tapi ada pomen kata dia boleh buat

    jadi apa cadangan encik..?

    • wasalam…
      terima kasih atas comment encik..

      segala puji adalah milik allah.

      cdangan saya tukar sahja recond…bajet dalam 1500 siap pasang trade in warannti 3 bulan kalau di tempat saya..

  210. salam…….. sy cuma nak tau head 1.6 SOHC sama x dengan 1.8 DOHC….. Blh gam ke dgn engine 1.6…….. tq

    • ada orang buat ngam…tapi sy tak pernah cuba lagi…

  211. salam en mat..saya nk minta pertolongan en mat..Kereta saya setiap kali saya lepas klac pada gear 1, ia akan bergetar dulu dan kemudian akan bergerak dgn lancar..kalau tidak saya kna rem bg rpm tinggi sikit,lepas klac,br la kereta boleh bergerak tanpa bergetar..jadi apa masalah,sama ad klac ke gearbox..harap pertolongan en.mat

  212. assalam abg… meter minyak dan meter temperature sy rosak x bergerak… sbab ape ya? berapa kos repair? atau kena tukar lain? tq

    • kene check dulu….

  213. slm..sy ada wira 1.6 auto nk tukar manual..sy tanya kedai kos semua brg rm2500 adakah mahal?

    • tak lah mahal sngt……..sekrg brg susah dapat..pasl tu mahal

  214. saya sudah convert auto ke manual wira 1.6. tapi sekarang kereta sy sengut2. naik bukit senggut. mcm tak cukup power. apa problem?

    • kene check dulu la encik…

  215. Salam..sori mengganggu.sye nk tanye pendapat encik ni.saya nk beli antara proton waja 1.6 [ m ] 2001 secondhand dan perodua viva 850 [ m ] baru. Jadi mane lebih baik sye beli dr segi penjimatan minyak, kos penyelenggaraan , pemanduan dan sebagainya…untuk makluman kereta ini untuk keggunaan long distance. Mohon encik beri pendapat.

    • wasalam.
      kalau saya beli waja.viva mane sedap bawak keter…keter kecik jer…dah tu engine 3 cilinder..kalau pegi hantar anak sekolah boleh la,atau pun g pasar beli ikan..sesuai la…kalau nak jln jauh tak selesa kot..keter kecik kat higway pun kurang selamat….beli waja la…thanks for the comment

  216. as salam dan salam 1 malaysia saya nk tahu no siri gearbox ni c50ph fk5930(gearbox vr4) ni boleh dipasang pada enjin 4g93 na?pastu bagaimana dengan prestasinya?clucth,pressure plate,flywheel vr4 ni boleh masuk di enjin 4g93 na?

    • wasalam..
      thanks for the comment
      mintak maaf encik saya belum pernah lagi buat kerja ini modyfi benda macamni…so saya pun tak tahu kalau boleh masuk ke tidak..kerana kebanyakan custumer hantar kereta buat balik standart sahaja,kalau ada modyfi pun hanya perkara2 yang kecik2 sahja.

  217. salam tuan ramadhan.

    last night saya ada call tuan pasal gear saya ‘kosong’. ya memang betul clip/pin tu tertanggal; mekanik tu tak teliti. terima kasih atas panduan tuan

    • wasalam…sama sama tahniah sy ucapkan…terima kasih kerana baca laman web saya.

  218. salam.
    sy ada bberapa soalan nak tnya
    1.klu nak tukar enjin wira s/e 1.5 ke 2.0..enjin(turbo) apa yg sesuai??
    kos nak tukar 2 kena berapa(siap pasang,harga enjin n puspakom)??
    2.klu da tkr enjin pengunaan minyak petrol jimat ke x??
    3.apa resiko bila kereta da tukar enjin(dari segi kerosakan)??
    4.nak dapatkan enjin baru(bukan enjin terpakai) kat mna??
    tQ ..
    please reply at..
    irwan_89wan@yahoo.com

  219. assalamualaikum…saya terlupa menutup tempat air radiator ..saya tidak sedar sehinggalah temprature telahpun overheat dam mati ditepi jalan.saya dapati air dalam radiotor telah kering.adakah masalah ini menyebabkan masalah lain yang lebih besar kerana setalah saya memasukkan air semula kedalam radiotor terdapat buih2 halus disamping air tersebut tidak jernih seperti ada minyak2

    • wasalam…kalau air dah bercampur minyak maka gasket head dah pun putus….so kene top overhaul.

  220. assalammualaikum///
    saya nk tny keta saya waja convert 4g93t. prob nya. baru2 nie tetiba ja keta jd meleret masa tekan pedel minyak.. gear masuk oki ja… xdak lak sangkut masa nk shiff gear… kenapa ek?? nk kata clutch tebaka.. xdak lak bau hangit. clutch dah abis ka?? sekang saya pakai clutch trinity 9′, kalo kata clutch abis.. kalo tuka clutch saja bole ka, tanpa tuka clutch cover 2… ka mcm mana pendapat en?

    • wasalam.
      mintak maaf encik saya kene check kereta dulu….benda mavam ni kene tengok dengan mata baru saya tau ape masalah nyer..tq harap maklum.

      • owh ya ka cm 2…. kalo cm 2.. woksop area mana??? (puas dok cari pekataan hubungi kami) hihi kalo dekat leh antar dlm 2 3 ari nie… dah xtahan dah nie.. nk tarik pon xsedap… nk bwk elek2 pon xsyok… nk memotong lg la…. dulu pakai gear 5 ja memotong.. sekang kena drop sampai gear 3. tgk kelajuan… (tp top speed oki lak..) adoi… jemmmm ..jemmmm…..

      • lot 1310a jln gajah 3 kampung kubu gajah sg buloh selangor

  221. Slm…

    saya dari JB, saya menggunakan enjin Vtec EG6, masalah saya ialah gear ketat apabila enjin panas, semasa enjin sejuk, takde masalah, gear lembut aje..saya baru tukar clutch plate semua, minyak gear pun baru..

    • wslm check cluct pump dua2 ok..kalau cluct pump ok makna nya pressure plate tak elok.

      • pressure plate pun saya dah tukar sekali..clutch pump dua2 ok, takde bocor..(dah buat `bleeding` pun)..

      • pressure plate baru tu mungkin tak elok..so bila panas cengkam nyer dah lemah..so gear ketat la…

      • Hi bro, nak tanye sikit… Semalam member i bawa wira (M) aku.. then dia terlanggar kereta depan (masa traffic jam) .. dia bgth aku bahwa brek jam pasal dia ckp masa dia tekan brek , brek tak makan dan hand brek pun x fungsi. Selepas accdnt itu, dia ckp (macha kereta kau magic lah, brek semua fuction nw)… Nak tanye, apa keadaan kalau brek jam.. ada kaitan tak brek ngan hand brek. tq

      • kawan bro tu menipu la conform..xkan lah tiba2 tak de lepas tu ade…tak logic la….k

  222. salam brader mat,rasa puas ati la tengok enjin bersih cmni..saya de ptanyaan nak diajukan harap sudi la reply ye..sy skg guna wira 1.5 manual injection..dan berminat utk menukar kpd cc yang lbh besar dgn kos yg agak rendah..jd sy cadang nak tukar kpd enjin mitsu @ proton 1.6 single cam cm yg di post ni..jd soalan saya brape kos anggaran kasar half cut,upah,tmasuk endorse jpj..manakala enjin yang lama sy nk trade in..tq

    • wasalam..
      terima kasih atas comment
      ada satu engine 4g91 DOHC auto halfcut condition,1.6 susah nak dapat.kalau ada pun barang tak complete,halfcut harga 6500.00 upag pasang 1500.00 kalau nak restore macam baru tambah 500.00 kos dia tinggi juga..kalau nak kos rendah rajin2 lah buka mudah.com kalau ada org lain upgrade kereta so boleh beli dari dia barang tu..

  223. bro saya nak tanye sebagai panduan kelak. kalau brek jam, kereta boleh gerak ke.. boleh tarik hand brek ke kalau tiba2 brek tak makan..

    apa maksud brek kosong…tq

    • kalau jem kereta tak boleh jalan..dan tak mungkin brek kosong lepastu tiba2 ada balik…tak logic lansung.hand breake pulak tak mungkin tak makan sebab dia pakai cable.mesti makan punyer…..kalau accident dalam jem bukan brek jem tapi tak sempat nak breake.

    • kalau breake jem semua tayar akan lock so kereta tak boleh jalan atau pun berat bila di pandu,klau brek kosong mesti hand brake boleh berfungsi.

  224. salam tuan ramadhan,

    boleh ke tuan tune/servis kaburetor wira manual 91 model? Kaburetor pernah dibedah/barai oleh pomen kerana masalah ini (enjin tak hidup – pomen kata api tak sampai) dan terbang RM 70 tetapi hasilnya tidak memuaskan. kalau berhenti lama sedikit kat traffic light dan pasang aircond; enjin mati. mohon ilmu tuan dan mungkin saya boleh jumpa tuan kat keramat pada masa yg tuan tetapkan?? terima kasih atas perhatian tuan dan selamat maju jaya.

    • wasalam..
      terima kasih atas comment encik…sila datang giat mara kuala lumpur esok..kalau tidak minggu depan setiap rabu dan kamis.tapi ape2 pun call sy dulu klau nak datang.sy kene check keadaan kereta dulu mungkin perlu tune sahaja.

  225. Salam encik,
    Saya bercadang untuk menukar cluth plate pada kereta wira 1.3 vdo. Bolehke saya menggunakan cluth plate wira 1.5 utk mendapatkan sedikit pick up. Boleh saya tahu kos untuk menukar clutc plate? Adakah encik ada menyedikan servis menukar clutch plate ini.
    Terima Kasih

    • wasalam…
      minggu ini sehingga minggu depan kereta penuh kat bengkel,pakai saja cluct plate standatr balik.tak perlu la ubah suai kepada 1.5,1.6,1.8.

  226. Assalamualaikum wbt. saya zaid, ade kereta wira 1.6xli taun 97. baru2 ni RPM die gile. bile start 1500. bile dah jalan dan berhenti, RPM jadi 2k-2.2k. tnye pomen die kate throttle body rosak. kalau ganti berapa ye? bengkel bukak pukul berapa? ingat nk soh tgkkan besok.uhu..

    • wasalam,terima kasih atas comment encik.
      mungkin trothel body cuma kene check telebih dahulu,klau ganti dalam 350.00 bengkel kat belakang umah jer..kul 9 buka dah.ape2 pun call dulu kalau nak datang.

  227. Slm..nak tnya…kereta wira 1.5manual adamslh kt enjin…ada bunyi ktak..ktak..pegi bengkel ktnye kena overhoul….brapa kos ye…n nak tnya…elok tkr enjin ke. .Mcm mana..

    • wasalam,untuk jawban yang sebenarnya saya kene tengok kereta terlebih dahulu,andai kata betul kene overhaul maka kos nya dalam 1.5 k,mungkin kos akan kurang cikit lagi jika saya tengok keadaan kereta supaya saya tahu ape sepatutt nya kene ditukar,jika berminat sila call saya.tq for the comment.

  228. salam bro……..
    saya sekarang guna wira 1.6 sohc auto…..
    dah dua minggu bunyi lain keluar dari gearbox….
    tapi pickup semua ok….after 80-90 bunyi lain keluar….
    bunyi tu keluar masa tekan minyak…..baru 7000km saya tukar auto filter dan minyak nya…….
    apa masalah ye?…..

    • wasalam… kene check dulu la bro…

  229. salam… saya ada soalan yang agak baik nak ditanya…
    saya pakai wira 1.6 auto (sohc).. dan saya ada berniat nak upgrade ke 1.8 sohc untuk lebih kuasa dalam keadaan sesak dan panas dalam bandaraya dengan gearbox auto…… bila kuasa enjin besar, kete lebih pikap dan ekon akan berfungsi lebih baik. persoalannya adakah saya akan dapat kuasa 1.8 sohc tu dengan sekadar upgrade dengan membeli enjin kosong 4G93 sahaja kerana part2 lainnya semua nampak sama dan saya rasa boleh pakai….
    1) adakah sama sistem dan saiz injector 1.6 dan 1.8?
    2)adakah sama ECU 1.6 dan 1.8?
    3) bagaimana dengan fuel pam, fuel filter, distributor
    dan lain-lain lagi…. apa yang saya rasa perbezaan dua injin ni hanyalah pada stroknya saja, dengan kata lainnya blok dan enjin..yg lain nampak sama termasuk head.
    harap dapat keterangan dari tuan yang berpengalaman…
    terima kasih…

    • wasalam..beli engine kosong sahaja..sebab yang lain2 semua boleh pakai balik,,1.6 dengan 1.8 beza cikit jer…cilinder head dan piston yg berbeza yang lain semua sama….so beli terus pasang sahaja.

  230. Salam bro,
    Sy ada kereta lama mitsubishi galant-E wagon. Keta buat kerja. Masalahnya kuat makan minyak hitam dan keluar asap putih. Kena top overhal ke full overhal. Berapa kos bro ambik dan berapa lama boleh siap. Keta kat Puncak Alam. Thanks

  231. baru2 ni kereta wira se sy dah munyik2 cam tikus..suspect belting..tp bila dah rujuk pada pomen dia kata belting ok n telah letak gris so xde masalah..tp munyik2 tu still ada lg..so dia suspek cam pulley dah problem…so sy nk mntk pendpt motecmat ttg kereta sy ni…xsedap dgr p kerja munyik2 tikus ni….tq

    • mungkin betul ape yg pomen tu kata,,,saya tak tahu pasal sy tak nampak…..

  232. salam boss…..
    saya sekarang guna wira 1.6 tahun 1992, (auto) . nak tanya pasal gear box . setiap kali saya masuk koner, keter saya automatic tukar gear ? sakit kepala betui….. leh bagi komen ?

    • wasalam…terima kasih atas comment saya kene test drive dulu baru boleh bg comment..susah nak komen dengan keadaan macamtu.

  233. Salam… Sy ada problem gan kete wira se, enjin akan mati bila waktu jem atau kat trafic light. Bila on aircornd enjin akan lg cepat mati. Sy nak wat trotle body,setting tunning enjin, tukar plug,tukar fius,tukar bateri,tukar alternator, sensor, tp masalah tetap tak selesai jgk. So apa yg perlu sy buat? Adakah kalau wat decabonize enjin masalah ni boleh selesai

    • wasalam…ermmm kene tengok kereta dulu la encik…susah sy nak tau ape punca sebenar nya…..jng tukar benda buta2 jer…bazir duit jer…..tq for the comment

  234. salam..sy ade problem dgn kete waja tahun 2004.engin jenis mitsu..problemnya adalah berkaitan dgn meter suhu enjin akan naik ke tahap hampir max jika kete sy bergerak ketika dlm keadaan jem (terhenti2) atau berhenti pada satu tempoh yg lama..sy sudah membuat pemeriksaan di bengkel kete dan membuat penukaran water sensor, check water pump ok, t/start tukar baru check ok, radiator dah servis..sampai skrg masalah nie tetap berlanjutann..pada pendapat sedare ape masalahnyaa.tq

    • wasalam…..sila bawak kereta ke bengkel untuk pemeriksaan call dulu sebelum datang…..

  235. salam ..saya pakai waja campro..masalh kereta saya ni gear keras or susah nk masuk,lagi satu bile on kan aircond enjin kereta terasa berat..agak2 ape maslah enjin kereta saya ni..sebelum ni saya pernah tukar head tapi x tukar pun gasket head,sebab pomen tu kata tak payah..tukar head pun sebab over heathing lupe tutup air radiator..if saya hantar kat encik berapa cost tukar clucht plate,gasket head??terima kasih harap dapat membantu..

    • wasalam..kene check dulu……baru kita tahu ape nak buat…….tq.

  236. Salam bang.

    Saya ada masalah pasal gear box. saya memiliki wira 1.8 enjin 4G93. baru-baru ni saya masuk gear 5 dan tiba-tiba gear tendang ke neutral. sebelum itu, saya ada ganti drive shaft baru ( sebatang ) sebelah kanan, adakah masalah gear box saya ada kaitan dengan drive shaft yang ditukar jika tak dipasang dengan betul atau minyak gear box kurang. minta pandangan abang apa yang patut saya buat alam hal ini.

    • wasalam…
      tiada kene mengena dengan tukar drive shaft,ini kes gear lima sudah ada problem dalam gearbox,biasa nya gear ni ada jual kat kedai secedn..harga dalam 220.00 mungkin sebab minyak gear kurang so dia punyer mekanisme sudah haus mungkin juga patah so gear lever tak boleh pegang lagi gear lima dia akan tendang sendiri.kene tukar la gea lima tu sahaja…..

  237. salam bro nak tanye cikit… saya minat kereta Mercedes Benz model 124 230E(masterpiece). Pada pandangan bro, model itu sesuai pakai auto ke atau manual.

    Beli waja lagi bagus ke benz model itu.. (dari segi maintenance)..tq

    • mercedes maintenace je mahal…harga memang murah skarang ni,auto boleh manual boleh..tp lg baik auto kereta besar2 ni…jenuh pijak cluct kalau jem nanti.kalau waja repair murah la kan dr mercedes..itu je beza nyer….knapa tak pikir nak ambik volvo

      • vovlvo 240 gl ke bro… kereta itu gak

  238. satria 1.6M 1997…lampu signal x menyala..isyarat signal dkt dashboard pun x menyala…ape problem ye?tq

    • kene check dulu

    • kene check dulu baru tahu…sy pomen bukan bomoh harap maklum terima kasih,

  239. en.saya nak tanya..saya punya wira 1.6 auto,kadang2 gear stuck kat gear 3 jer..tak dapat tukar gear 4.kalau tukar gear manual..brapa kos siap pasang?

    • mintak maaf encik saya takl pernah buat lagi jadi harga barang saya tak tahu lagi….kalau tak boleh masuk gear4 mungkin ada satu sensor rosak dekat engine.

  240. en..klau overhoul gear box auto wira 1.6(aeroback) bpa kos?

    • tak buat….recond ada harga 1300.trade in.belum pasang.lepas raya kereta baru boleh masuk.

  241. salam.. kereta satria 1.3 bile on aircond rase berat nak2 time nak memotong mmg xberani. pickup pun xde. nak tanye berapa kos nak upgrade jd 1.5 twin@single cam.

    • kos dalam 2500 lebih kurang

  242. Salam bro..sy mmiliki wira AB 1.3 manual, hajat nk tukar auto. jdi enjin apa yg pling sesuai..? dan brapa kos ksluruhan? t.ksih bro..

    • wasalam masuk engine 4g91.kos kene tanya
      harga halfcut dulu..

  243. Salam..Sy pkai Satria 1.3 dan masalah sy msa bawak hari tu dlm 100km/j tiba2 keta jd makin slow smpai trun 40-60km/j je leh tekan minyak(enjin bergegar n bunyi kasar sgt2)..So balik rumah n mintak mmbr tlg tgokkn tp die tk pandai sgt,die ckp keta sy ad 4 plug,2 plug dh xjalan, tp api kt 2 plug yg dh xjalan tu ad, die tkr spark plug tp sma jgk keadaannya..Sy nk tny kt pakar mcm encik,ape sbnr mslh sy dn cmne jln penyelesaiannya..

    • wasalam…..kene check kereta dulu,baru saya nampak jalan penyelesaian.tq harap maklum keadaan macamni saya tak boleh nak tahu.kene tengok dulu baru kita tahu.tq

  244. Assalamualaikum… Salam Ramadhan… Saya ada proton wira diesel 2.0 manual yang nak convert kepada enjin petrol auto. Kalau boleh dapat enjin petrol 1.8 lagi best, itu pun kalau harga nya tak terlalu mahal. Agak2 berapa kos keseluruhan untuk enjin dan kos pemasangan? Terima kasih.

    • wasalam… nak beli halfcut 1.8 auto memang kos tinggi belum pemasangan lagi…bnyak belanja nyer…sy pun taktahu pasaran skrg berapa kalau 1.8 engine complete.tp aggaran kene bajet 8kjuga

      • Assalamualaikum… Terima kasih atas jawapan. Sebenarnya, enjin diesel (mitsubishi) sekarang ni ok jer, TAPI, bising sangat, dah macam bunyi enjin lori. Agak-agak, apa yang tuan boleh buat pada enjin kereta saya ni, biar bunyi tu senyap sikit ker? Terima kasih.

  245. salam mat kalo enjin wira 1.3 nak wat mcm ni bape harga…
    enjin sy da lame da ad karat2…nk kasi cun mcm ni…cuci habis…

    • wasalam…ermmmm camner ea…aku rasa tak berbaloi la kalau engine 1.3 buat camni…harga sama je 3k.tp tak berbaloi tak nampak kemas bila dah siap

  246. Salam,
    Sy pakai Iswara 1.3 Manual tahun 96, dan tak pernah overhaul, sekarang ni enjin leaking, minyak itam selalu kurang. Ade pomen cakap buat top atau full overhaul. Berapa kos top @ full overhaul, dan berape lame masa diambil untuk buat.
    Selain top @ full overhaul, ade cadangan lain ke nak wat kat enjin ni..

    • wasalam.
      kalau nak overhaul engine ni bajet 1500 lebih kurang,kalau top overhaul 800 jer.tapi ape2 pun tengok gak keadaan keter dulu….lagi bnyak part kene tukar lagi tinggi la bajet.masa 5 hari.untuk top dan overhaul 10 hari. tak de cadangan lain itu jer…tak perlu pun convert engine lain.standart pun dah ok.

  247. Salam..sy nak tanya..
    Sy pakai wira 1.5 inj thn 2000..masalah sy time bawa kereta dalam keadaan perlahan dan on aircond dalam gear 1, 2 apabila suis aircound bunyi tek rpm tiba-tiba naik ke 1700 1800..dan satu lagi masa laju rpm 3000 tekan break nak ke slow rpm dia lambat turun dia sangkut dekat 1800 dulu baru dia normal…apa masalah?

    • wasalam,kene check dulu la broo….susah nak agak sy pun tak nampak keadaan kat engine tu….

  248. Salam bro. Nk tmpg tnya. Sya ada kancil 660 manual. Masalag dia sekarang. Ada leaking dkt screw sblah kiri enjin dkt dengan oil filter. Agak2 mcm mane nk setelkn ek?

    • wasalam first kita basuh engine dulu sampai bersih kemudian kita running tengok minyak mana bocor pastu betulkan la..

  249. slm….
    Sy pakai wira auto 1.6xli…
    1) masalah saya engine ssh nak idup klu nak start..kdg2 sampai 5kali start bru idup…klu engine dh panas snang la nk start balik…
    – sy dh try tukar plug baru, fuel filter baru…tp same jgk..

    2) masalah klu pasang aircond, engine jadi semput…mcm lambat pickup, tekan lama ckt minyak bru jln…1 ag, klu pasang aircond benti kat traffic light, enjin jadi semput kdg2 mati tgh benti kt traffic light.

    • waslaam..
      menurut cerita ini saya boleh cakap kemungkinan engine ni kene buat top overhaul dan tukar pistong ring baru……tapi tak conform la sebab saya tak nampak keadaan sebenar.jadi harap maklum jika saya tengok keadaan kereta ni baru lah sy tahu ape jalan keluar dari maslah ini tq.

  250. slm,
    saya pakai wira 97 auto,
    kereta xda masalah, cuma saya cadang nak pasang turbo, soalannya
    1) selepas di pasang turbo ada ke parts2 lain yg perlu di ganti cth exos, ecu……
    2) adakah engine akan `misfiring’ dan gearbox akan bermasalah?

    • wasalam…tq for the comment,
      sy tak ade kemahiran untuk modyfi engine boll on turbo…jadi mintak maaf..kecuali beli halfcut turbo,atau pun standart turbo engine ada masalah sy boleh repair..kalau boll on sy tak buat.

  251. salam…sy nak tny…sy pki wira 1.5gL(M).. kete sy berbunyi “creeettt” kat bhgn blkang…bunyi lg kuat especially langar bumper jln..apa punca die ek? tq

    • wasalam, kene check dulu la en

  252. As’salam,

    Seriously bl tgk cara dlm attch. ni mmg tertip dan teliti dlm mengendalikan kerja..ok bro sy ingin bertanyakn pasal gear box 1.8,masalah skrg di nut yg utk flush gear oil yg skru 22 ke 24 bhgn lubang treet skru dh crack di sbb anak cina yg bodoh tu menukarkan gear oil kreta sy utk tight skru guna gun..lps tu wshop tu blh kata remove install gear box free tapi repair housing u pay..trs sy fuck dia.tp nasib baik sy trlalu sebuk klau tak jwb dgn pengguna laa.

    apakah yg harus sy lakukan spt masalah demikian dan tekanan clutch padel spt tidak sempurna maksudnya padel clutch di tekan tidak smpi stopper dinding bl tekan 70% je tekan lg br msk gear takde bunyi tp bl dlm keadaan brgerak gear 2 mcm brgeser dgn gigi gear.

    jika ada tmpt utk welding yg crack tu hrp bro dpt maklum..nak beli yg 2nd blm boleh lagi jd kot blh repair je..

    • wasaalam.
      tq for the comment
      untuk hausing crack tu saya ada tempat boleh welding cuma gearbox kene turun juga….pasal cluct tu saya kene tengok dulu….mungkin adjust cikit ok..mana tau…harap maklum.

  253. saya nak tanya sikit , kekadang kereta wira 1.6 saya timing sekejap tggi sekejap rendah. saya syak ada masalah dengan throttle body. berapa kos untuk tukar throttle body atau pon mungkin boleh tukar part part yang tertentu untuk mengembalikan idle timing kete saya.

    • kene check dulu trothel body harga 350 recond3 ma3ri d3an trade3 in

  254. assalamualaikum…
    nak tanya bengkel bro kat mana yer…

    • sila klik di hubungi motecmat tq

  255. assalamualaikum, kos untuk overhaul engine 1.6 wira berapa? berapa lama untuk disiapkan? terima kasih

    • wasalam kene tengok keter dulu…tq boleh jer guna bearing lain..tapi perlu ker?kalau engine standart kita guna standart saja la

  256. Salam en mat,
    Saya wan, drive wira a/b 1.6xli auto 1997 nak minta nasihat..
    -G/B auto masalah ms pagi2 masa nak jalan gear tak engage, kena tekan minyak sikit dan tukar gear N ke D 3-4 kali baru gear sangkut dan boleh gerak..satu lagi ms pertukaran gear 1->2 @ 2->3, gear tak masuk kalau rpm meter lebih dari 3000, saya kena lepas minyak sikit tunggu rpm meter turun ke 2000 lebih kurang baru gear masuk.. Masalah ni boleh repair atau tunggu GB betol2 kong n tukar baru??
    -auto cruise boleh repair ke?? Harga repair lebih kurang berapa??
    TERIMA KASIH ATAS WEBSITE YANG SANGAT BERGUNA

    • wasalam…
      terima kasih atas comment…masalah macam ni kene check dulu mungkin boleh diselamatkan lagi gearbox tu,mungkin juga tak boleh so kene tengok keadaan baru kita tahu…..

  257. Assalamualaikum saya nak tanya berapa kos pasang power steering iswara sedan 1.3, coz dah makin tua tgan rasa lenguh pkai paut stering ni. tq

    • wasalam barang takder…harga pun tak tahu dah lama tak buat kerja ni….

  258. Salam tuan,sy nak bertanya sket tntg prob kete sy,satria 1.6…baru2 ni minyak itam kete sy masuk ke tempat plug coil dan menyebabkan kete semput dan berbunyi seperti motorbot..setelah diperiksa,pomen kete mencadangkan agar dioverhaul enjin tersebut.Sy memberi pandangan utk tukar enjin tp pomen tersebut mencadangkan utk menggunakan enjin asal n hny perlu overhaul. Persoalannya, overhaul atau tukar enjin penyelesaan terbaik.?Kerana rakan sy memaklumkan andai blok enjin dikorek,maka jangka hayat enjin xlama n lebih baik tukar enjin sahaja. Persoalan kedua ialah berkenaan gearbox. UNTUK MAKLUMAN, sy dah tukar gearbox 3 kali dlm jangkamasa 2 tahun.Terkini,sy dpt kesan punca mengapa gearbox sy hanya berungsi pada gear 3 shj adlh kerana suis 4at putus. Maka sy standby suis 10amp sbg spare kalau2 berlaku perkara sama..Justeru,mengapa perkara ini terjadi.?Perkara ini sering terjhadi apabila satria saya mendaki bukit dan pemanduan yg agresif kerana sering menggunakan gear level utk pertukaran gear

    • wasalam terima kasih atas comment,,
      kalau overhaul pun boleh..cuma kene buka engine dulu baru tahu sama da boleh atau tidak overhaul….kalau tukar engine lagi elok..tp kene pastikan engine yg beli tu elok la,,,pasal gearbox tu kene check dulu bru tahu ….tq

  259. askum..sy ingin bertnye…sy pakai saga magma 1.5…mslh nyer skng,karburator tu…kaki minyak tu goyang..timing paling rendah rpm1000…tp lau pasang aircond jd rpm1500..ape penyelesaian nyer.??hantar ke foundry utk tukar kan bearing kaki minyak tu ker,tp ley ke foundry buat..???minyak kete tu da mcm pki honda jer..,kuat sgt…mintx pendpt..??

    • wasalam….bebaloi ke kalau repair carb tu…..lg baik cari secend satu……

  260. assalam..saya pakai satria 1.6 auto tahun 1996.masalahnya bila panaskan enjin pagi atau petang,ekzos keluar asap putih.Bila enjin dah panas dah takda asap keluar.Dalam sebulan tu minyak enjin mesti kurang walaupun kurang pakai.Gearbox pulak kalau enjin sejuk gear tak masuk.perlu tunggu enjin panas.kalau enjin perlu overhaul boleh tak upgrade supaya lebih berkuasa seperti enjin 2.0 (A) dan perlukah gearbox itu ditukar kepada yang lebih mantap (racing type) ?Ada cadangan lain ke?Kos bersih berapa dan berapa hari boleh bikin?

    • wasalam,kene check kereta dulu,sebab mungkin kene overhaul mungkin tak perlu,,,pasal gear tu gearbox sudah hampir rosak,kalau nak convert 2.0 jpj lepas ker,,,,kos tak tahu la sebab tak pernah lagi convert kereta ini..tq

      • tok,overhaul sama mcm dlm gambar tu siap tukar timing belt + Set bearing,water pump,flushing radiator kos dia berapa?kalau dibandingkan dgn tukar enjin 4g93 1.8 sekali gear box dan siap wiring mana lebih berbaloi? kalau nak buat tu brape hari tok?

  261. As’salam bro,saya mahu tumpang tanya berkaitan skru adjust tappet. Saya memakai kereta Wira 1.6 engine 4G92 Sohc dan ada bunyi ketukan (kasar) pada bahagian engine. Jadi saya ada hantar ke pomen untuk check. Terdapat 2 skru adjust tappet sudah rosak dan tidak boleh adjust. Skru itu special skru, adakah boleh saya menggunakan skru adjust tappet wira 1.5 punya dan pasang pada engine saya?

    • wassalam, saya ada tanya kedai potong dia mahu satu screw 15 ringgit…so ada berapa screw kene tukar?

  262. Assalamualaikum. Minat sangat dengan kerja tuan. Saya ada wira diesel, bercadang nak tukar petrol. Baru2 ni survey, jumpa enjin halfcut fully package 4G93, mitsubishi 1.8 auto dgn harga 4.5k. Ok ker? Kalau saya nak minta tuan pasangkan, berapa kos pemasangan enjin dan dashboard termasuk minyak2 dan sebagainya? Boleh ker minta tuan tolong tengokkan halfcut yang saya nak beli kat kedai lain? Terima kasih. 1 lagi agak2 urusan puspakom untuk runner nak kena bajet berapa?

  263. salam tuan..sy pemilik wira 1.6 sohc auto thn 94,masalah sy ialah kereta sy tak pick up,gear tukar pada r.p.m 2.2-2.3 sahaja,tak boleh tarik jauh..tp utk capai speed hgga 160km/j tak de masalah,harap dpt membantu..tq

    • wasalam kene check dulu….bau kita tahu..mungkin setting aje

      • bole saudara terangkan apa mungkin perlu di setting..bantuan saudaara amat di perlukan.tq.

      • kene pastikan engine tuning betul,kemudian baru lah semua nya ok…sy pun agak susah juga nak explain sebab tak nampak kereta…encik kene faham keadaan ini….so untuk 100% maklumat sy betul kene check kereta.tq

  264. salam..nk ty untuk enjin 2.0..bateri dgn volt berapa baru sesuai?

    • kereta semua 12 volt.cuma bateri size lain2

  265. Saya punya proton satria kabratar 1.3 nak macammana buat bolek cepat sikit?kalau saya bukar air con pick up tak kuat!mau berapa wang buat engine tak bising?

    • kene check dulu la bro…tq

  266. salam .

    saya ada proton wira 1.3 manual tahun 2001. saya nk buat balik kereta tu. antara yg perlu d perbaiki:

    1. meter minyak,temperature dgn meter kelajuan termasuk nombor semua x jalan ..jd sy nk tuka
    2. nak buat balik engine. klu boleh nak overhaul
    3. nak cat balik kereta tu warna yg sama
    4. bonet kereta dh xda papan dia…. boleh ke buat balik.

    boleh bg tau x harga dia berapa? sy betol2 nk buat balik kereta tu.

    terima kasih

    • wasalam

      jawaban sy
      1.meter mungkin boleh repair balik dan mungkin kene tukar seketul.kos tukar seketul lebih kurang 250.secend.sy takde stok kene cari kedai potong.
      2.nak overhaul engine boleh bajet lebih kurang 2k siap semua sekali,antara barang2 sy kan tukar
      a.timing belt
      b.water pump
      c.piston ring(jika liner sudah haus teruk maka sy kene reboo dan tukar piston baru untuk ini kos dia 400.00)
      d.all bearing engine sy akan tkar,
      e.full gasket overhaul
      f.water pump paip
      g.kalau lah ada hose air dan belting yg kene tukar pun skali semua jalan.

      jika ada part2 yg sy sebut diatas boleh dipakai kembali pada masa sy buka engine sy akan pakai kembali dan kos akan kurang dr 2k..itu tergantung pada keadaan engine.kos sebenar adalah bila engine sudah siap semua.
      tq for the comment

  267. Waja 4G18 1.6 SOCH(12v) Convert to DOCH(16v)…
    Salam 1m’sia,
    Sy terlalu urgent nak tahu sangat2…
    kereta saya sekarang berada di Bengkel…
    masalah berkaitan Head, lubang air dah bercantum dgn lubang minyak (Seolah2, ade cacing yg buat laluan baru dari lubang air ke lubang minyak)…
    Perkara paling Imposible yg sy pernah nampak dlm enjin kereta,..
    Sekarang masih menggunakan SOCH..
    Sy dah bertanyakan Kos dlm RM1600.00
    dan sy telah survey, kos utk tukar DOCH dlm RM1600 juga..
    Soalan Sy:
    1)Apa Impact Negativ sekiranya tukar Head SOCH ke DOCH? Dari segi kawalan mnyk, pembakaran, nisbah angin, adakah masih boleh di SET kan?
    2)Adakah kos utk Tukar Head dalam RM1600? Tukar Head Halfcut + Upah…?
    3)Apakah Kesan Negativ sekiranya head sy just TAMPAL sahaja? & berapa lama boleh tahan? Dan Berapa Kos nya?

    • wasalam

      kalau head lama boleh repair lagi just repair saja.persoalan berapa lama boleh tahan itu sy tidak berani menjamin.tapi kalau direpair dng elok mesti lah boleh tahan cuma berapa lama tak tahu la.pandangan sy jng masuk kan head DOHC sebab timing belt lagi mahal dan bnyak nak kene ubah suai….pakai balik original….sebab SOHC dan DOHC pun dua2 16 valve hanya cam sahaja lebih.so begitu lah cerita dia.lain tempat lain la kos nyer…kalau ditempat saya tidak pernah lagi sy tukar head waja.so mungkin betul mungkin juga salah…repair saja head lama hantar machine shop.

  268. salam.
    kalau buat full overhaul adakah karbureter akan dioverhaul skali? utk pengetahuan saya bukanlah pengguna proton tp honda accord lama. kalo kereta x pick up ada kaitan dgn karbureter kotor @ rosak? bolehkan saudara tune enjin honda sekiranya tuning diperlukan? TQ

    • wasalam…tidak..engine saja…ecu xpayah usik apa2 pun kene check kereta dulu tq

      • kalo saya pki carburetor cleaner bole restore sedikit pick up?

  269. Salam bos..tmpang tnye sikit pe beza cranksaft 1.6 ngan 1.8??bru nk blajar

    • wasalam ermm tak pernah ukur la bos,sorry ea

  270. hi bro,

    kreta sy 1.6mt 97, sy amat berminat dgn engine SR20
    blh ke engine SR20 msk ke wira..jika blh brp kos..
    dan masalah yg sekian lama sy hadapi stelah tukar drive shaft kali ke 5 recond, tayar sblh kiri trkluar..nk dpt proper handling mmg tidak, apa lg klau buat alignment..bhgn dpn sama ada wheel tyre n steering akan vibrate.cuma part shaft yg ke 2 recond slps pasang ok..slps tu smpi ke sudah tayar trkluar.

    harap nasihat yg di beri dpt selesaikan masalah saya.

    * bila tayar trkluar tambah lg dr tayar ke fender hanya ada 2 inci jadi jalan tak rata konpom touching bibir fender (absorber adjustable D1)

    Terima kasih.

    • hi
      sorry bro i tak buat kerja kerja modify,ini bro kene cari pakar modify kereta i cuma boleh standart kilang sahaja tq

      • ok bro if u saying about standard i like..now pasal engine kt tolak tepi..tp mcm mn dgn masalah sy pasal tayar yg terkeluar dari posisi standard…spt yg sy maklumkan diatas 5x tukar drive shaft hanya pertukaran kali ke 2 shj ok slps tu rasa tak msk akal lps tukar shaft lari dr posisi wheel yg sebenar..takkan kena modify shaft bro..

      • tayar kalau terlalu besar sgt memang camtu,beraing cepat abis suspension pulak cepat haus,lower arm cepat rosak,macam2 la jd jng guna tayar terlalu over memang cantek tp resiko dia macam tu la,org yg racing guna tayar besar tp suspension pun sudah ubah suai semua.

      • dulu sy pakai 195/45 16 pastu 195/50 16, skrg 185/55 16..klau kata di sbbkan tayar besar 195/45 semasa tu tayar sy tidak trkeluar..mcm ni skrg sy guna 185/55 16, kenapa tayar sblh kanan standard dan sblh kiri plak unstandard..ttg suspension lower arm, satei ke pada sy tidak menjadi masalah klau di tukar mmg sy tukar benda2 tu every year..TO ME THE TYRE IS NOT OVER SAIZ..if pasal tyre, i blh tukar semula janji ok..i nak tgk saiz apa yg proper sgt tu..takkan saiz yg atas tu kena ubah suspension..klau saiz 205 mungkin la jgk..sbb pernah guna masa awal pakai kreta ni, tak jgk tayar trkluar..

  271. Salam bro, saya pakai satria enjin evo 2, keta skrg kuar asap putih dan mkn minyak hitam, budget2 brapa kos utk overhaul yer? Saya pun tinggal kt keramat gak..

    • wasalam,
      bajet mahal juga la bro sebab turbo engine,sy pun tak pernah lagi overhaul engine evo,jadi harga barang saya tak tahu lagi anggaran nya,tapi kalau kene reboo mesti lebih kurang 3k tak lari juga.terima kasih atas coment bro

  272. Salam bos, brapa RM bos amik utk overhaul + restore enjin 4G92p? Kalo bole sy nak betul2 cam enjin yg bos post kat atas tu. Berkilat2 cam baru…

    • wasalam

      kos dalam 3.5 k lebih kurang.

  273. assalamualaikum
    sy cdg nk ambil city vtec tp dgr2 model ni ada mslh g/box cvt nya.. betul ke? encik ade penah repair/tukar/servis model ni tak?
    mmg lah kita dengar..ikut nasib lah..tp boleh ada pencegahannya juga kan..

  274. salam..saya pakai wira 1.5 M injection 2002..nk tukar gearbox apa yg paling sesuai dn baik(sng dapat dn gearbox jepun)?bru tukar gearbox standart tp msh ade bunyi jgk..

    • wasalam
      tukar recond pun boleh….bunyi kene check dulu baru kita tahu bukan main syak saja,bila dah pasti bunyi ape baru tukar barang

  275. Salam Bro,

    Nak tanya sikit, if Waja 2001 ad bwat overhaul x?
    If ada kat mane and brapa bajet saya perlu?

    • wasalam
      kene check kereta dulu.

  276. salam. berapa lama untuk overhaul + restore wira auto thn 95 carburetor . berapa kos termasuk tukar timing belt.

    • skrg kereta penuh sehingga bulan 2,tq

  277. salam sy kat jb ade masalah pkai wira 1.5
    pakai auto bila nak tukar gear ke 2 ngn 3 lambat sgt pastu tekan minyak mcm mengaum2.. dah check gear box nak kene tukar biase kosnya berape kalau auto ke manual dan auto ke auto terima kasih

    • auto ke manual mahal sebab bnyak benda mungkin 2k lebih,kalau auto ke auto dalam 1k keatas,tq

      • saya ade dapat gear box rm800? betul ker tu harga dia.. sy dpt kat chinesse man then buat kat kedai membe… bp hari tu dah buat mase test semua okay lah.. tup2 esok pg p keje nak kene enjin panas baru boleh jalan gear 2 xde then terus p gear 3.. tgok balik minyak menjejeh banyak ape nak buat iye?

      • hantar balik kereta pd cine tu la,800 gearbox tak elok.mana boleh dapat skrg harga tu,kalau tungu panas baru boleh jalan gearbox tu bermasalah ler.

  278. sy nak booking utk bt overhaul keta sy bulan 3 nanti bleh tak?

    • boleh saja,harga kene tengok keadaan enjin dulu tq

  279. nak tanya cawangan kat johor bahru ada ke…atau tempat yang boleh baiki kereta dengan jujur…T.K.

    • mintak maaf tuan tak ada mana2 cawangan lg untuk saat ini tq

  280. TERIMA KASih mmg masih bermasalah pun sy nak minta duit tukar balik yg lain… harga biase berapa yer?

  281. En Mat,

    Kereta saya Nissan Sentra B14 (1995). Secara purata, berapakah charge utk top overhaul? Apa kerja yg termasuk dlm pakej top overhaul? Terima kasih

    • En
      tq for the comment

      sebenarnya sy tidak pernah lagi buat top overhaul kereta ini jd sy tidak tahu anggaran kos nyer.tq

  282. aslkm nk tny lg ni sya tukar betri kete sya wira 1.6 tak sampai 1thn da kong bila gas semula pon tak boleh guna..mber kate alternater rosak..macam mane nak tau ia rosak @ tak?

    • Wasalam kene check keta dulu.bulan ini apoinment sudah penuh.buln depan saja ada ruang lg tq

  283. as’salammm…

    bro tumpang tanya skit…
    sy ada wira 1.6 thn 94…mslh nyer sdg memandu bila tekan minyak jer satu keter bergegar…
    1 lg…apsal keter kurang pick up…
    1 lg…bleh x klu nk tukar stroker 1.8

    • Wasalam
      Mungkin enjin Maunting,kurang pick up enj7n sudah banyak carbon kasi top overhaul sja,tp mesti buat dng cantek kalau tidak sia2 saja belanja duit.tq sy tak pandai ubah suai enjin.tq

  284. sy nak pikin engin ( overhll ) mcm ne sy nak contac

  285. Salam, nak tumpang tanya bro, saya pakai Wira 1.6 Manual kereta saya kekadang semput tak kira bawak slow atau laju.. Ia semput kejap pastu ok kekadang jadi mase low rpm kadang pada high rpm.. Walaupon enjin sejuk atau panas.. Dulu mekanik cakap clutch plate dah slip.. lepas tukar tu ok kejap lepas berapa bulan jadi balik.. Untuk pengetahuan bro dekat distributer tu ada leaking sikit.. Boleh tolong bagi tau tak apa masalah kereta saya? petrol filter ke distributer ke? Saya dah fed up ngan masalah semput kejap2 ni.. kadang satu hari tu langsung tak semput.. Pening kepala la.. Tolong bro..

    • wasalam
      broo
      perkara macamni hendaklah di check dulu,mungkin cable plug,mungkin cap distributor,mungkin juga kes2 yg lain,org boleh cakap ini rosak itu rosak,kene tukar ini kene tukar itu.tp sy tak tahu nak cakap ape kerana sy tidak lihat keadaan enjin kereta bro.kes ini perlu test drive dan lihat kereta dulu tq bro harap bro faham.tq for the comment

  286. salam encik, sy pakai enjin satria 1.5 standart xpnh usik….skrg sy nk dptkn pickup n top sedap ckit…mber2 sugest pkai flywheel supertouring 1.8 2 in 1 punye, dan clutch plate 8inci…ape komen encik ye.?ade kesan ke, n ape keburukan nye, sbb enjin standart gaban…

    • Wasalam sy tidak buat ubah suai enjin atu pun cluct kit,ada ramai yg buat macam tu,tp sy lagi suka standart saja,jika pickup kurang mungkin enjin dah banyak carbon dan perlu top ovrhaul sja dan jika cluct dah tak cantek just tukar cluct standart saja tq.

  287. Assalamualaikum sy Ada wira 1.5 manual sy nak ovorhaul duduk ampang. Brapa kos? Buat di mana? Boleh dpt no fon tak. Trima Kasih

    • Waalaikum salam
      Sila klik di perkhidmatan kami dan kemudian klik di hubungi motecmat,disitu ada maklumat bengkel,kos maximum 2k jika kene overhaul.tq

  288. Slm brapa kos overhol engin wira1.5 manual sy Amir dr ampang. Asap dah putin . Trima kasih

    • Maximum 2k tq

  289. Salam….
    Boleh sy tau cik mat ade sediakan perkhidmatan tukar enjin x?…kalo ade boleh cik mat crkan sy enjin 4g93 sohc halfcut n brape kos siap psang?.
    Tq

  290. Salam, kereta saya wira enjin 4g93. Bila drive tempreture ok,tapi bila berhenti temperature naik sampai 3/4, dah dekat maximum. Tanya 1 pomen, dia kata wiring. Tapi bila tanya kedai wiring, dia kata ada buih dlm bekas air untuk radiator. Katanya kena top overhaul. Betul ker? Kalau htr kedai cik Mat, berapa kos nya yer? Terima kasih…

    • Wasalam untuk maslah ini engine kene buat pressure tester baru kita tgu jawabb Nya,jika ada Masa dtg ke bengkel sy dan kita buat pressure tester dulu then kita tahu sama ada gasket atau benda lain,tq

  291. salam wbt..kereta saya satria 1.3..enjin 4g13..
    masalah kereta saya ialah susah nak masuk gear 2,4 n R..sy dah tanya 2-3 workshop semua suspect puncanya gearbox synchronizer..
    soalan saya..encik mat boleh buat gear synchro n berapa kosnya??
    sekian TQ

    • wasalam sy ada satu gearbox manual cantek punyer siap pasang 1.5k trade ini lama punyer ini dari wira 1.5 punyer tq.

      • mmg ngam gearbox wira 1.5 ngan satria 1.3??kalo ngam,nt saya set date..lama x kereta kene tinggal kt workshop?

  292. salam, saya mempunyai wira 1.8 4g93 single cam auto. saya bercadang utk menukar ke manual. apakah gearbox yg sesuai utk lebih pick up, dan apakah modifikasi yg sesuai utk tambah horsepower?

    • wasalam kene cai gearbox manual 1.8 dari 4g93 tp banyak susah mau dapat harga boleh tahan la,nak tambah hose power kene enjin lg besar la enjin tu tak boleh tambah lagi hose power sebab dia 1.8 jer,tq for the comment

  293. assalamualaikum. sy ade wira 1.3 thn 1995. enjin mmg truk la. dah le pikap xde, mkn minyk hitam, mkn petrol, asap putih, tappet pon dh bunyi2. sy dh bace komen2 bro kt atas, mslh ni slalu kene wat top overhaul je. tp yg utk tappet tu cmne lak? citenye skng bile sy leh anta keta? tgk mcm bz je bro ni. mcm mane nk hntr keta ni? kene call dlu or trus anta je? cemane? cecite

    • waaalaikumsalam
      minggu depan kalau nak hantar baru boleh,call sy dulu kalau nak datang,,busy cikit sebab keter banyak,tq

      • minggu dpn brape haribulan ye? sbb nk confirm betol2. takot nnt anta keta bro bz plak. lagi 1 brape lame baru siap?

      • hari sabtu pun 9 hari bulan,berapa lama boleh siap kita tengok keadaan kereta harap jangan rushing,bukan lah cepat sgt bukan lah lambat sgt,harap maklum tq

  294. salam bro,nk tnye skit,sye pkai satria 1.3,klo nk tukar enjin 1.5.servis body throttle,tune belt dgn kos sume bpe??dkt je dgn tmpt bro ni..

    • wasalam
      enjin 1900.00 pasang 500.00 minyak itu ini letak la 300. 2700 lebih kurang.

  295. Assalam, Proton Gen 2 campro tahun 2007 saya berbunyi seperti ketukan kecil pada cylinder head? adakah disebabkan lifter valve atau masalah lain? berapa kos untuk baiki? terima kasih

    • wasalam

      sebelum ini ada tukar timing belt tak?sebelum tukar timing belt ada bunyi tak?atau pun selepas tukar bunyi?atau pun memang dari beli baru pun dah bunyi?

  296. salam…saya nak tanya…saya ada kereta wira auto 1.6 …masalah sekarang gear box dah rosak…nak tanya klu tukar gear box auto berapa ? n klu nak tukar dari auto ke manual berapa yer kos nya…time kasih

    • wasalam,
      kalau tukar auto bajet 1.5k siap pasang
      jika nak tukar manual barang payah dapat kos mungkin 3k

  297. Assalamualaikum dan selamat sejahtera bos, nak tanya dan pandangan sedikit, minyak auto transmission apa yang sesuai untuk enjin Proton Wira 1.6 dan Perodua Myvi 1.3 (Auto)? Minta pandangan dan cadangan bos…

    • proton boleh beli mitsubishi diaquen,myvi pakai toyota punyer

  298. salam….saya pakai wira 1.3 manual…..dekat gearbox ada leking….boleh baiki lg gearbox tu atau nak tukar sebijik….satu lg , boleh tak guna gearbox 1.5 kalau nak tukar..?

    • Wasalam,boleh jer repair,tp kene tengok keadaan dulu untuk mengetahui kos.tq

  299. Salam.. Kalau Benz w124 e230 , gear dia jeck masa kita kita masuk gear N ke D.. masalah pin ke atau gear box.. coz masa kereta gerak gear shifting smooth..

    • dalam kes ini selalu nya kereta back wheel drive memang macam tu,lagi kalau kereta besar2 dan sudah berusia dia punyer gear dalam gearbox dan juga axel sudah ada free play sedikit sebab tu bila masuk je d dia ada macam loncat cikit.tq

      • kalau macam itu en, dia punye gear box ok lah.. k tq

  300. Salam,

    Ada proton wira auto 1.5 tahun 2006, pakai VDO dan injection. Enjin dah berbunyi waktu start dan idling, tapi bunyi hilang ketika accelerate ke 2000-3000 rpm. Geabox baru tukar.

    Bawak cek kat Pomen kata Main Bearing atau ConnRod dah condemn. Dulu dah repair ConnRod. Minyak hitam dah berserbuk besi sikit.

    Expected nak buat general overhaul. Berapakah expected kos damage?

    • wasalam anggaran 2k siap semua sekali,tq

  301. bos.. macam mana cara nk check paras minyak atf wira 1.6xli.. paras manakah paling sesuai?? upper level hot or lower level hot? or upper level cold? ata cmne?

    • start engine tarik handbrake kuat masuk gear d jangan ref enjin dala gear,the check dipstik pastikan paras maximium.spring kene pakai standart..neo sy tak tahu kalau boleh sebab tak pernah cuba

      • saya dah buat macam tu.. tapi x dapat tengok paras minyak atf dengan betul kerana minyak atf terpercik keseluruh dipstick tu bila enjin hidup..

      • jika minyak cukup geabox sudah problem la,

  302. salam bro..kete sy wira 1.6m masalahny..bila nk tukar gear 2 kekadang senang masuk kekadang kene sentap baru masuk..minyak klas da check..ok..ape problemny bro..

  303. salam.saya nak tumpang tanye.saya hendak membeli enjin wira 1.5 auto murah2.ade tak?budget bawah 2k.terime kasih

    • wasalam sy xder stok kene cari kedai potong

  304. hye..sya nk tya harga block and head 1.5 brape yerk?sebb kereta sy mengalami mslh..kerata sy tu wira 1.3..

    • anggaran 2k untuk enjin saja

  305. asalamualaikum, saya hendak bertanya kalau block 4g15 boleh x masuk mane2 twincam, kalau boleh berape pulak kos die dan barang ape yg perlu ditukar dan mood

    • wasalam
      4G15 tak ade mane2 head boleh masuk yg twin cam enjin tu memang single cam saja,kalau DOHC kene ambek enjin 91,92,93 atau pun 61.62.63 series enjin tq

  306. Hi bro,

    Nak Tanya untuk overhaul engine wira 1.6 auto lepas convert manual berapa harganya and nak number contact encik.location I kat Damansara Damai.

    This car has not been overhauled for the past 8-9 yrs.it is under a restoration project y my wife and I.

    Kereta masih Boleh jalan lagi tapi kasar sangat.takut engine dah Rosak.

    Thanks bro

    • hi convert i tak buat,

      nak overhaul engine kene lihat kendisi engine dulu sebab sy tak tahu ape yg patut kene tukar,
      kos biasa nya dalam 2k kalau overhaul.tq

  307. Salam,
    Untuk proses tukar enjin, bro uruskan puspakom sekali ke? saya cadang nak upgrade enjin 1.5 kepada 1.6 kereta wira.

    • wasalam
      puspakom sy ada org uruskan tq

  308. Bos, saya nak tanya satu kemusykilan.. kenapa kereta saya bila pandu laju dan mendaki bukit, temperature akan naik, tapi kalu pandu slow n berhenti.temperature kembali ke asal.. saya dah servis tangki dan sistem edaran air termasuk tukar waterpump.. minta pendapat…

    • semua dah buat tp sama, boleh jd gasket head,kene buat pressure tester dulu baru tahu,tq

  309. Salam.

    1. Kalau overhaul wira 1.6A, berapa kosnya tak termasuk ganti barang?
    2. kalau top overhaul jer berapa pulak kosnya?
    3. Kat mana area untuk bikin ni?
    4. Bulan lepas saya nak tune kereta tp kata mekanik tu, kena diagnose dulu. bila diagnose, dia bgtau kat distributor ada part yg tak berapa ngan menyebabkan kereta lambat nak pi bila overtake. disebabkan itu, dia tak boleh nak tune kereta. betul ke?

    • wasalam

      1.kalau tak ganti barang jng buat overhaul.
      2.kalau top overhaul bajet 900.00
      3.kat kebanyakan bengkel boleh bikin
      4.salah.ini kene check kereta dulu,sy xnampak keadaan kereta macam mana sy mahu tau….tq for the comment

      kalau nak overhaul engine dengan cantek dan sempurna stanby 2.5k

  310. salam bro, ni website amat berguna utk pencinta kereta. ada beberapa soalan n minta nasihat drp bro.
    saya guna enjin 4g15 carb and skrg dah beli enjin 4g93 sohc carb. saya plan nak guna twin carb weber dcoe40.
    1) plan nak tukar ke dohc.head apa yg sesuai?twincam head mivec atau 4g93..ada perlu modify?saya tetap nak guna weber dcoe40.
    2) saya cdg nak guna crankshaft 4g94 pada blok 4g93 tu dan bore blok utk masukkan piston high comp cthnya size83mm B8 piston atau aftermarker spt wiseco dll…adakah berbaloi dan increase power?
    3) extractor utk sohc 4g93 tu boleh ke guna utk head dohc?

    thnks bro.

    • wasalam

      1.4g93 head pun boleh
      2.crank shaft pakai balik ori saja
      3.exzos pakai balik asal pun xpe

      kalau nak cun kene la buat cantek engine tu tak perlu la ubah piston atau ape2,tp 1.6 cukup ke ..kalau 1.8 lagi power,,so 1.6 tak sesuai sgt mau bikin power
      lagi baik beli enjine 4g93 DOHC terus lepastu pasang weber dan cari distributor carb

  311. salam bro, sy pakai wira enjin 4g15 karburetor… bercdang nk upgrade enjin…

    antara 4g91 dohc, 4g93 sohc dan 4g93 dohc, yang mana lebih menjimatkan minyak??

    sbb ada kawan ckp pakai cc besar lebih jimat minyak bila bawa bnyk muatan.. sbb enjin 4g15 yg sy pakai skarang bila bawak orang penuh n muatan penuh minyak kuat teramat… hehehe… mohon penjelasan… terima kasih bro…

    • wasalam
      4g93 pun ok

  312. Salam.

    Auto Flexplate (Papan Flywheel) dah patah 2 kali dalam enjin wira 4G15. Nampaknya gb memang bermasalah. Bolehkah tukar GB ke Auto VR4 yang (rasanya…) lebih tahan lagi?

    Berapakah kos (jika boleh) termasuk barang + modify, cooler dan labor?

    • wasalam vr4 gearbox 4 speed dan pakai TCU so tak boleh.

      pakai gearbox asal je boleh.cuma patah tu kene tengok kenapa.
      mungkin pim gearbox xde satu jd gearbox senget cikit bila pasang,mungkin juga platee tu pasang tak betul senget sebab tu boleh patah

  313. salam..
    saya pakai wira 1.6 auto.. kenapa kereta saya bila saya nk start ade bunyi macam tersangkut dan x boleh hidup.. boleh bagi pendapat x? terima kasih..

    • wasalam mungkin stater mungkin distributor advance sgt

  314. assalamualaikum..

    saya ad wira 1.6 auto. saya ingin bertanya, wira saya, tiba tiba enjin jadi semput time drive kat simpang dan hampir menyebabkan accident. dan yang terbaru, enjin mati semasa pemanduan. sebelum ini wira saya ad mempunyai masalah alternator yang tidak berfungsi. ia pernah mati semasa pemanduan di sebabkan bateri kong. selepas saya tukar alternator. enjin masih di dalam kondisi yang sama seperti situasi di atas. semasa pemanduan mendaki bukit, enjin terasa semput. adakah ia di sebabkan throttle body? perlu servis atau tukar? anggaran harga??

    • wasalam

      kene check kereta dulu baru tahu ada bnyak kemungkinan dalam hal ini.susah mau cakap ape yg rosak ape yg kene tukar ape punca masalah pun sy tak pasti

  315. salam motecmat,

    saya nak tanya sikit. kalau saya nak full overhaul enjin 1.8 4g93 sohc saya berapa kos nye, sebab enjin dah bunyik2 mcm orang bertukang je.. rasanye dah tak boleh top overhaul tu.. kena full overhaul la kan… tapi mana lebih elok.. full overhaul atau angkat terus enjin 1.8 4g93 sohc lain? atau ada tak bro motecmat boleh suggest enjin apa bleh masuk.. saya pakai satria, budjet mmg kurang lah.. tp nak buat camne.. takde kete.. takleh nak g keje plak nanti.. parah tu.. kalau bro boleh bantu buat full overhaul dgn harga berpatutan mmg sangat2 la nak buat..

    terima kasih bro.

    • Wasalam overhaul bajet dlm 2k tq overhaul lg bagus

  316. sya overhaul wira arobk 1.6. bleh buatkn x

  317. Berapa harga untuk overhaul dan lokasi…tq

    • kene tengok kereta dulu baru bincang harga,sebab harga ikut keadaan engine,lokasi klik dekat perkhidmatan kami

  318. salam bang wira 1.3gli menual 2002,overhaul berape kos?boleh masuk piston 1.6,tapi tak tukar block..?

    • wasalam
      overhaul bajet 2k,sy buat standart saja ubah suai engine kene cari pakar lain tq

  319. bro klo engine wira 1.6 auto bpe klo nk tukar…?
    sbb kete nie klo overhaul pon kedai len suruh tukar engine jugak…

    sbb ble bawak,kadang2 mati engine…pastu ble bawak time coner jer kadang2 bunyi…

    • mengapa tidak boleh overhaul adakah mereka ada memberi penjelasan mengapa?

      bunyi kita kene check dulu baru tahu,nak tukar engine bukan masalah 1.6 japan xde bawak masuk agak payah nak dpt 1.8 single cam banyak ade harga engine siap pasang bajet dlam 2k lebih kurang,

      overhaul pun lebih kurang sama.

  320. as”kum,saya nak tanya tentang masalah kereta waja 1.6 auto/03,masalahnya bila masuk gear D ada naik lampu pada N dan gear tak tukar langsung.ape masalahnya..boleh kasi number telefon anda.

    • wasalam check minyak gear kurang tak,jika kurang tambah kan,jika cukup makna nya gerabox sudah rosak.no hp cari dlm blog..tq

  321. salam..sekarang sy saya guna kereta wira sedan1.5i manual..sy nk upgrade ke 1.6i manual..dimana saya boleh dapatkan enjin 1.6 complate dan berapa total harga siap endos..

    • wasalam cari di mudah.com,dan juga di kedi2 potong kereta

    • Salam..wiring 4g15p sama atau tidak dengan wiring 4g91Mit?.
      Bagaimana pula dengan gearbox auto atau manual?Adakan sama atau boleh juga dipasang bagi enjin kedua2 ini?
      terima kasih..

      • wasalam

        wiring tak sama kalau ubah suai ada org buat boleh pakai,tp kene pakai distributor,auti kalau 91 4 speed sedang kan g15 3 speed pasang boleh jer.tp ngaung tak cukup gear.manual sama jer.cuma ratio lain2

  322. Aslmkum,
    Saya nk tnya tntang keta sm4 manual carburator, semasa mula start, selalu RPM jadi sampai 2500++. Bila tekan n lepas minyak sampai 4000 baru turun 1000. Lepas keta jalan n free gear semula, jadi balik. Benda ni jadi bila keta lama xstart n masa stat njin waktu pagi. Keta kembali normal bila dah jalan jauh sket n njin dah panas. Harap komen dari brader. Tq.

    • wasalam

      ini kes carb setting lari,sebab nya dekat carb ada satu di panggil idle speed control dimana dia bekerja untuk tinggi kan reff bila sejuk dan kawal pada 1000 rpm bila panas,boleh jadi jem piston (piston idle valve)dalam sitem ini,so mungkin carb kene servis atau pun overhaul dng kit bru

  323. Salam Tuan..

    Saya ade wira 1.5….wira saya ade masaalah bile tekan pedal minyak..pedal minyak tu macam berat…kete pon begerak macam berat…bile pecut susah nak cecah 130 km..120 tu boleh tapi payah gak la..kaki pon dah lenguh pasal pedal minyak tu macam berat… dulu kete tu best..pegi pon ringan jer…igt clush plate habis..bile gi pomen die ckp clush plate ok lagi…throttle body da banyak kali cuci..same jer..adakah perlu tukar throttle body..??

    • wasalam kalau pedal minyak rasa berat mungkin cable dah tak elok,pasal kereta berat ada banyak perkara yang harus di periksa

  324. salam boss..
    Saya ada wira 1.6aeroback 94. asal auto tapi masa beli owner lama dah convert manual. okey jer pandu keta nih balik kuala krai kelantan dari alor setar non-stop bawak 120-140km/h di jalan grik. petrol(caltex) boleh kata jimat, sekitar rm52 utk hampir 450km. minyak itam saya cuma pakai minyak masak jenama vesavit.

    cumanya 1 jer…bila mendaki bukit dlm gear 4, ada bunyi kreh..krehh..kreh dlm enjin bay..walaupun kereta masih pickup..tapi takde pula semput ker hape..heheh. kalau drop gear 3 bunyi jadi hilang plakkk.
    bunyi apa tuh?

    lagi 1, okey tak kalau saya start bergerak dlm gear 2?
    ….dah jadi habit.kat trafik light mencanak tinggal kereta belakang…heheh

    • wasalam
      bunyi kene dengar dulu baru tahu

      nak guna gear dua dulu ape ade hal…

  325. kereta waja engine 4g93 air langsung xsejuk katanyer compressor rosak..nk terus tukar atau service rediator dulu.???

    • kene check baru tahu.

  326. salam en mat..sy pakai wira 1.6 manual thn 2000.masalah kete sya skrng ialah bila lalu jln hiway dengan klajuan 100kmh stereng kete sya akan begeger..lg satu..bila sya lepas stereng kete akan mengarah kekanan…harap en mat dpt beri saranan apa yg harus sya lakukan..tq

    • wasalam
      aligment lari sudah jadi en boleh pergi kekedai taya untuk periksa aligment kereta en

  327. salam motecmat..sy pakai wira 1.6m thn 2000..problm sy ialah stereng akan begegar bila kelajuan mencapai 100kmh keatas dan bila sy lepas stereng kereta akan begerak kekanan harap dapat beri saranan dan panduan apa perlu sy buat..tk

    • wasalam
      laigment kene check kemudian kita akan tahu ape yang rosak.

  328. salam motecmat.. disini saya ada 2 masalah
    1)Wira 1.6XLi Auto – bulan lps saya swap gearbox dgn kereta adik saya(satria 1.6XLi auto)..bila dh siap pasang smua(minyak proton & filter baru) dalam masa 1minggu,gear utk kete wira tu ada masalah utk masuk gear 4..dalam 10x pandu, ada skali mcmtu shj masuk dari 3rd gear ke 4th gear. klau x, maintain gear 3..walhal sblm swap tu, mmg gearbox tu xde mslh.
    *Soalan saya, adakah gearbox tu rosak / salah pasang / TCU rosak atau ada apa kemungkinan lain?

    2)saya ada wira 1.8exi doch auto, semua standard kilang. wiring engine bay smua masih original xda bypass.. masalahnye kereta ni, minyak terlalu kuat. Isi RM20 masa harga minyak RM1.92 RON95 bole pegi 50km shj. apa puncanya minyak terlalu kuat?minyak engine / plug / air filter baru lps tukar, masih sama

    sekian terima kasih yg teramat sgt sekiranya dpt menjawab persoalan masalah saya ni.

    • wasalam

      1.kalau TCU rosak hanay gear 3 dan reverse sahaja yang akan berfungsi.kalau ada satu dua tiga tp empat ada masalah itu bukan tcu mungkin wring mungkin sensor.
      2.ini kene test drive dulu baru kita tahu,sama ada kereta tersebut boleh dijimatkan lagi atau tidak akan kita ketahui selepas test drive tq

  329. assalamualaikum en motecmat.. saya ada masalah kereta wira 1.6 auto, ekzos kluar asap putih kebiruan, mula2 skit je tp dh makin nmpk plk asap putih ni keluar.ada x cara terbaik yg menjimatkan untuk hilangkan asap putih ni. sebab kereta ni saya nk jual.boleh x En motecmat bg alamat berserta no handfone. boleh saya dtg workshop.

    • waalaikumsalam

      jika hendak jual saya rasa tak perlu repair lagi jual seadanya sahaja.untuk nak hilang kan asap putih mungkin kene buat top overhaul so kos dia dalam 900

      ni no phone saya 0172601852

      alamat lot 1310a jln gajah 3 kampung kubu gajah sg buloh selangor

  330. salam en mat motec..bulan lepas saya swap gearbox auto (wira 1.6xli) dengan gearbox auto juga kereta adik saya (Satria 1.6XLi auto)..sebelum tu,gearbox utk dua2 kereta berkeadaan baik.tetapi setelah penukaran dibuat,selang 3 hari kemudian gearbox yg ada pada wira ni ada masalah utk masuk dari gear 3 ke gear 4..klau pandu dalam 10x,masukla gear 4 tu skali dua.klau x,maintain gear 3 je,dh cuba Button OD,pun masih sama.lepas tu saya prasan ade liking minyak gearbox,pegi semula bengkel tu ganti seal semula,topup blk minyak gearbox,pun masih juga sama.
    Soalan saya,adakah masalah ini berpunca drp GEARBOX / salah pasang daripada bengkel / TCU rosak / sensor ke?apa cadangan Encik..bole repair atau atau kene tukar gearbox lain(mana yg minimum costing).tukar gearbox auto dari model 4g92 doch mivec,ngam x?

    • wasalam

      kalau gear 4 sahaja tak masuk ada kemungkinan gearbox wiring kene check balik yang pegi dekat valve body,dan juga wring od pun kene periksa kembali.kalau tcu rosak hanya gear 3 dan reverse sahaja yang akan fungtion.

      lebih selamat guna gearbox standart sahaja jng kacuk2 nanti lagi pening.

      yang pelik nya kenapa ditukar sedang kan dua2 dlm keadaan baik.tidak kah ini sia2 sahaja.

  331. salam saya nak tanya kalau 4g93 n/a ke 4g93t ap yg perlu saye buat adakah beli turbo kit sudah memadai dan kos nya mane lebih mahal ambik engine kosong 4g93t atau just install turbo

    soryy sbab sye ni bru lagi just nk lebih power n yg penting kate tu sye nk tahan lasak

    yg saya tahu 4g93t lebih bgus berbanding upgrade kit sbab dia dah direka khas untuk menggunakan turbo

    • wasalam

      kalau nak engine turbo jangan boll on tapi terus beli yang dah siap turbo.mana2 kereta pun tak boleh tahan lasak kalau kita selalu paksa dia.
      nasehat saya dari pada ubah suai wira tu jadi turbo.baik ambek duit tu g cari kereta lain yang lebih selesa dan tak la mahal sangat.sekarang barang mitsu used dari japan tengah hot.so harga melambung tinggi.halfcut aje 93 turbo sekarang 10k keatas dah.

  332. salam bang..
    tumpang tanya bleh ??
    kalau convert wira 1.6 masuk enjin gsr 1.8 siap turbo fullset (enjin gsr 1.8 turbo + intercooler + blowoff + digital meter + turbo meter + rpm meter + piping exhaust ) berapa modal habis semua sekali ?

    • wasalam
      bajet 20k bro..

      • kalau convert enjin tukar sekali dengan transmission ke??
        atau pakai transmission asal ??

      • tergantung pada barang.kalau beli halfct semua sekali dapat.

      • kalau pakai enjin vtec b16 berapa pulak bajet ??
        mana lebih power antara enjin gsr 1.8 berbanding enjin vtec b16 ??

      • perghh hehe semua yang hot2 punyer engine nak pakai…..serve dekat mudah baru kita tahu…..b16 mahal engine nye…mana lebih power..rasa2 nya dua2 pun power

      • hehe..bukan ape, alang2 nk modified biar puas hati..
        ape pandangan dan nasihat abg yg terbaik untuk saya dalam proses nak upgrade kereta proton wira saya ni yang lebih menjamin keselesaan dan saya akan berpuas hati..
        -saya nk kereta saya lebih power speed up, lebih pickup dan selesa
        -saya juga ingin tahu cara penyelengaraan/penjagaan kereta enjin turbo…adakah sama macam kereta enjin biasa ??

        1 lagi saya nak tanya abg, biasanya kalau abg convert enjin macam yang saya tanya kat komen atas tu, abg buat sekali dengan urusan pendaftaran enjin dengan jpj ke atau pemilik kereta tu sendiri yang kena pergi daftar dekat jpj ??

      • oh ye, abg ada fb x ?? kalau tak keberatan bleh tak bagi email fb @ nama fb abg?? mudah untuk saya mengajukan soalan dan bertanya sesuatu.
        ataupun reply je komen saya yang banyak2 ni kat inbox fb saya :
        Nama fb : Mie Kapok
        email : yzfr1_yamaha@yahoo.com

  333. Salam..
    Saya ada sebuah kete wira aerobek 1.3 auto..msalah kete saya tu,ada msalh kt gearbox..bla masa enlin sejuk jer,mest tggu enjin panas baru bleh jalan..sbb kalau tak panas keta xmau jalan walau gear sudah dmasokkn..masa tgh jaln kdg2 gear boleh jd free..tpaksa tekan2 mnyak ,bru bleh jaln lagi..apa msalah kete saya ni bg?kwn saya ckap filter gearbox sumbat..tp sblum saya nk tkar,saya nk tnya2 dulu,,nk tau apa msalah kete saya..dan brap kos utk repair kete saya tu..

    • wasalam

      gearbox dah rosak tak payah repair tukar je recond satu.kalau ditempat sy recond dng waranti 3 bulan harga trade ini bajet 1100 siap pasang.

  334. Salam Brader,
    Saya ada masalah sikit tentang Wira 1.5 (Injection) manual pada shaft untuk bearing utk menekan clutch telah haus, jadi formen kata kena tukar gearbox seketul sebab shaft tu pada gearbox. Dimana sy blh dptknnya serta harganya.Terima kasih.
    fb : miebading
    email : miebading@yahoo.com

    • wasalam

      cuba cari kedai potong

  335. assalammualaikum,
    sy mggunakan wira aerobex 1.6 thn 2000.
    masalah sy, klu bkk aircond or lampu taiming turun.. sy dh hntar pomen,dia cek trotlle body problem.. soalan sy blh x sy menukar trotle body jenis mitshubisi n brape harganya dikedai potong

    • wasalam
      boleh jer masuk mitsu punyer
      tetatpi mesti yg sama sistem dng yg lama

  336. salam bro..nk tny skit..klo satria best pkai enjin mivec 1.8turbo atau gsr 1.8 turbo???n

    • 1.8 na cukup,turbo laju sgt

  337. Assalamualaikum brader,

    saya nak tanya sikit saya nya kereta 1.6 sohc auto tahun 94, injin dah overheating sebab radiator bocor dan tak dapat di selamatkan lagi kerana banyak barang dalam injin rosak. saya nak tanya pendapat berapakah harga untuk tukar injin kosong. Ada kawan kata alang alang tukar baik masuk injin 1.8… saya ada sikit kekeliruan adakah ECU 1.6 sama dengan ECU 1.8…. huhuhu mintak pendapat dari abang please….

    • wasalam. sama
      beli jer engine 1.8 dan terus pasang jer,same je semua

  338. Bos nak tanya laa.. kete sy satria 1.6 sohc.. lampu check enjin menyala da semput2.. kdg2 lmpu tu padam sendiri.. sy da tkar distributor baru cable baru plug baru n tb baru.. tp masih semput.. sy cek fuel pump pressure kuat.. ap maslah lain ye

    • check trothel body,mungkin ada masalah dekat trothel body,knok sensor,atau pun exzos sesnsor.

  339. slam.. bro.. saya mau tanya.. apa agaknya sebab waja 1.6 M 2001 tx kuat naik bukit..dah servis efi.. dah ganti clutch lining… gear 3 hanya 90Kmj.. waja teksi penuh penumpang macam pelesit.. saya makan habuk.. wpn seorang je.. ada kalnya tukar gear 2… apa cara pulihkan.. saya ada terbaca tulisan di forum waja 1.6 M blh pecut 100kmj+ guna full tank 680km.. tetapi keta saya hanya dpt 450km.. ja.. blah bro bagi pendapat… oh ya.. air filter saya.. K&N.. pipe 1 kaki je.. dah pasang 2 set “air wiz” pepampat angin.. pn x sekuat waja lain.. tk

    • wasalam kene check dulu la dan test drive untuk sy mengetahui kondition kerreta anda.dng itu insya allah boleh tahu maklumat nya nanti

  340. wahh..banyak bes la ini ruangan pertanyaan..assalamualaikum tn,
    wira 1.3 carburator nk tukar 1.6 kena bt wiring baru ke camne…?terima kasih banyak tn….

    • wasalam tuan,
      tak kene buat wiring baru,beli engine complete wiring dah boleh dah.

      • klau beli enjin yg ade atas lantai,mcm takde wiring kan…?enjin shaja…boleh gune wiring asal 1.3?terima kasih banyak tuan…

  341. salam,saye ade wira ab manual 1.3 tahun 2000..mileage dah 300k++, kalau nk buat blk enjin 1.5 n gearbox skali anggaran kos brape? dijangka brape lame boleh siap..thanx

    • wasalam
      kene tengok kondisi engine terlebih dahulu susah mau bajet.masa pun macam tu juga kes macam ni keadaan kereta yang menentukan.

  342. salam bro.

    saya guna wira 1.8..auto.dan baru2 ni gearbox dah mcm nak kong dah.skrg dlm plan nk convert jadi manual ja.

    1- gearbox apa ya paling sesuai dgn enjin 1.8?

    2 – berapa ya anggaran kos untuk convert dari auto ke manual?(mksd saya total kos keseluruhan)

    3- ada dgr dari pomen pasal gearbox GTi..ok ke gearbox tu?

    TK.

    • wasalam

      1. cari gearbox 1.8 manual kat kedai potong
      2. anggaran 3k
      3.body yg gti, gearbox sama jer dng yg 1.8 biasa.

      212 untuk 1.3,5 222 untuk 1.6,8. dan 232 untuk 2.0

      • Salam tuan.. sy pakai waja cam pro.. 1.6.. masalah sy… engine semput2… tp ada masanya masalah ne datang… klu okey… lancar jer… bila datang masalah.. bunyi engine brom brom brom… power tak lajak… 1lg… bila da semput2 simbol kuning engine kat meter tu timbul… minya prtolongan tuan… tq

      • wasalam tuan

        check cable plug.ignition coil

  343. Assalammualaikum..saya disini ingin menanya..saya ada sebiji wira 1.6 single cam dan ingin convert kepada head twin cam adakah enjin akan bermasalah??sekiranya tiada masalah perlu ke untuk dipuspak0m dan berapa harganya??terima kasih

    • wasalam

      engine tidak bemasalah,cuma pastikan dia di bikin dng cantek dan sempurna

  344. AS-salam….nk tnya sy ada kereta wira 2002 1.5 manual, baru tukar klac supertouring 1.8.
    masalah nya :
    1) kereta gegar sikit kalau time slow. keta memang pick up masa laju.

    2) masuk dalam keta bau macam minyak atau asap je…ekzos bocor ke apa tuan.

    apa masalahnya tuan…

    • wasalam
      terima kasih atas comment tuan
      sy ingin maklumkan sy tak pernah buat ubah suai kes macam ni saya tau ramai diluar sana ubah suai cluct atau kacuk tp dalam kes ini sy kurang arif kerana belum ada pengalaman terhadap ubah suai untuk kes ini,dan juga saya belum buat kajian untuk ini.tq

  345. Salam…
    Saya pkai Wira 1.3 (2003), klu nk upgrade 1.6 sohc, bape kos skrg? Enjin 1.6 sohc utk long term ok x klu nk pkai?

    • wasalam kene beli halfcut
      bajet dalam 6 – 7k siap semua sekali

  346. salam..sy gna wira 1.6 auto tp dh convert mnual. bru2 ni..ada mslh skit gn enjin. enjin jdi knocking bla hlaju kete antra 50-60km..tp ok bla hlju mlepasi 70km keatas.. adakh mslh throttel body..distributor or msalh apa sbnrnya..sy dh pening. hrp sgt2 encik dpt tlong..sy kt kelantan

    • wasalam

      kes ni kene check kereta dulu..

  347. Salam… nk buat blik wiring wira 1.6 brape.. maksud sy yg lamer dh terbuka balutan dier.. batt sll kong.. alternator ok.. mungkin ade wiyar bocor.. sila bantu saya

    • wasalam

      0173980963..nanti call member saya ni dia pakar wiring

  348. as salam…nak tnya ckit…wira sy 1.6 thn 1993…enjin top overhaul thn lps bln 4. yg mnjdi mslh nya skrg…temp naik klau jln slow or jem…da g wshop last2 hnya tuka hose katanya bocor kcil…tp mslh tu brlarutan smpi arini…nk bwa jln pn x confident. trottled body bru je tuka tak smpi 1 bln…kipas da tuka thn lps… mse bt top overhaul…radiator pn da servis…da tuka radiator cap…huhuhu…pening la kepala…duit abis kete tak ok

    • wasalam

      sy kene check kereta dulu,insya allah nanti sy akan tahu masalah nya ape

  349. asklm encik,kereta saya satria 1.3 manual thn 96..sejak dua minggu lepas ada beberapa kejadian temperature naik keparas zon merah..bila buat pemeriksaan kipas semua berjalan lancar dan hos tiada leaking dan cap radiotor tidak leaking..water pump saya saya tak check sbb saya dah tukar kepada yg baru ada dekat setahun..setahun lepas temperature pernah naik tapi air tak kurang dan sya dh tukar skru sensor dan fius kipas pun tukar skali..dah ok.skarang ni plak bila drive dlm 3-4hari air kat sparetank akan kosong bila enjin dan sejuk betul2..tapi bila panas dan temperature naik air akan penuh kat sparetank..ada ia masalah radiotor sumbat ataupun thermostat..adakah thermostat dan skrue temperature sensor sama?dan jika bukan sama dimanakah terletaknya thermostat tersebut?dan apakah yg perlu diganti untuk memulihkan masalah ini…daripada so arid bingung…tq.

    • wasalam

      pertama kene buat pressure tester.yg kedua check termostad kemungkinan dia jem.termostad duduk di penyambung hose radiator yg atas.dua screw saja

  350. bro..saya rajan..saya ada kereta wira 1.6 xli auto tahun 93..saya cadang nak tukar ke manual …oleh itu,adakah susah kalau tukar GB ini sbb kereta ini ada banyak sensor ?sekian..T.kasih

    • auto to manual boleh convert.cuma stater wire dng gear reverse kene ubah.

      • thanks bro….bro..sy nak tanya pasal radiator kereta ini..water temp sensor kat mana bro utk kereta ini?sy nmpk ada dekat hose radiator atau tmpt lain ke bro?tq

  351. Slm.. Saya Wira 1.3 a/b (2003), cmne nk upgrade ke 1.5? Head 1.3 / 1.5 sm je kn? Yg beza blok je kn? Beza saiz piston dgn rebore kn? So klu nk tkr blok 1.5, blh buat ke? Bape kos? Mana nk cr? Kod 4g15 ke? Ada jns2 blok ke yg blh psg (proton/mitsubishi)? Blh endorse jpj x? Puspakom lps x?

  352. Assalamualaikum
    Saya menggunakan accord sv4 2.2 auto. Masalahnya minyak power stering ada kebocoran sedikit. Berapa kos membaiki stereng rak jika boleh dibaik pulih.
    Terima kasih kerana membantu

  353. Salam Bro,

    Saya memiliki sebuah kereta Wira 1.5 Sedan Automatic, Tahun 2006. Sejak kebelakangan ini,saya dapati kereta banyak makan minyak hitam dan asap putih banyak keluar (waktu parking atau menunggu di traffic light).

    Saya ingin buat full overhaul + restore enjin. Boleh saya tahu kos sepenuhnya?

    Sekian, Terima Kasih

    • wasalam

      bajet 6k kalau siap restore

  354. Assalamualaikum ..
    ringkasnya saya nak buat penukaran transmisi dari auto ke manual untuk silvia s15 sekali pasang turbo kit (complete include turbo manifold) tp barang apa yg x lengkap tu saya boleh dapatkn dgn segera la insyaAllah. gearbox manual pun da ada complete so cuma nak set masa bila saudara rasa free nak bincang lebih lanjut tentang berapa lama mximum masa utk siap dan harga sekali. tp lg elok la lau saudara boleh bg estimate masa rasanya terus bawa je la keta ke bengekl. Salam

    • waalaikum salam

      call no ini naz garage 0133658101 no ni member saya dia pakar pasang paip turbo dan juga convertion,.saya ni ada masalah kat bengkel kereta terlalu banyak sekarang jd sy tak dapat nak estimate masa,saya tak boleh rushing.tq for the comment

  355. alamak panjangnya komen…tapi nak tumpang tanya jugak lah….

    tentang ukuran dome piston 4g92p ni kalau compare dgn ukuran dome piston 4g93p (dohc/sohc) sama ke ataupun berbeza…kalau berbeza berapa banyak beza? 2-3mm??

    sebab nak projek rojak sikit….tq in advance

    • sorry brother sy tidak buat kerja ubah suai engine

  356. salam. dalam 2 thun ni, dah 2 kali sy buat top overhaul. 1st sbb head leaking, pastu cukup stahun, belting putus …tu yg buat utk kali kedua. total cost 2k. bulan lepas sy check ada leaking lg…so sy tukar radiator baru..makin hari makin meleleh minyak kat area timing belt.2 kali overhaul, 2 kali tukar belting. sy nak tanya pendapat; apa patut sy buat … jimat kos dan x peningkan kepala lg.

    • wasalam

      berapa kali overhaul tidak bermakna aka selesaikan masalah.yg jadi masalah sepatutnya tidak lagi leaking engine selepas top overhaul,jika berlaku lagi leaking kemungkinan seal masa pasang senget,atau pun tak betul,

      apa yg patut anda buat adalah hantar ke mekanik tu balik,dan bincang elok2 supaya masalah ni dapat selesai,atau cari mekanik lain,dan ceritakan apa yg anda mahukan beserta dng kos nya tanyakan sekali.
      disamping itu lepas sholat doa pada Allah mudahan allah mempertemukan dng org2 yang betul2 boleh repair kereta anda dng ikhlas dan berpatutan.

      dan mintak check pd mekanik tu kalau ada perkara2 lain yg kemungkinan akan rosak dlm masa terdekat,supaya kereta tu boleh digunakan dan tak banyak ragam.

  357. salam bro. saya pakai satria 1.3 injection. nk tanya sikit lah. kt area kompressor saya tu ad pulak keluar bunyi burung. saya da tukar bearing tensioner tp still berbunyi. agak2 apa masalahnya.

    lagi satu bro, kereta saya bru je lepas tukar drive shaft kanan. tp bile tekan pedal minyak kete akan bergegar. harap bro boleh tolong lah.

    terima kasih.

    • wasalam

      bearing kompressor ada check tak kalau dia ada bunyi,

      pasal drive shaft tu sy kene test drive dan lihat keadaan kereta dulu tq

  358. Salam..sya guna satria enjin 4g91 carburator..mslh timbul slps sistem carburator d tkr kpd injection..mslh adlh ketika aircon di buka,tekan minyak n rpm x naik lbh dr 3..enjin akan semput sprti hbs minyak petrol.. tp bl off aircon,tekan minyak,rpm dpt smpai limit rpm trtinggi..mohon pendapat sbb bnyk bengkel dh d hntr tp x dpt setle..

    • wasalam
      maaf tuan kes ini dah dikira kacuk,dalam kes ni saya kurang arif saya ni pandai dalam standart sahaja.bila kacuk engine macam2 boleh jadi so sy tak dapat nak jelaskan macam mana.tq

  359. Salam bos.saye pakai wira 1.5 injection sebelum ni ade wat top overhoul.klu sye nk restore enjin mcm gbr yg bro tunjukkan diatas ni perlu ke wat semula top overhoul.utk makluman bro.hrtu pomen ade gtaw piston goyang skit.dan sye ade sempat goyang.mmg ade skit.pomen tu syorkan sye overhoul trs tp mse tu bajet ckup2 utk wat top over houl jer.klu cat semula enjin mcm dlm gbr diats ni.klu enjin panas x ker nt cat tu akan tertanggal?sbb sye ade suruh pomen cat kan head enjin sye.tp jwpn itu lah yg di jwp nye.

    • wasalam

      standart kilang pun engine dicat cuma ada cara dia dan juga jenis car dari sudut lain pula engine mesti bersih 100% sebelum di cat,dng itu boleh lah tahan 3-4 tahun dan selepas itu mungkin akan pudar sedikit demi sedikit.

      kerja restore adalah kerja yg sgt teliti dan rapi.jadi setiap benda di buat dalam keadaan sempurna dari sudut kebersihan dan juga kemas dan juga cantek.

      nak restore engine tak ada masalah cuma ambek masa sebulan dua dan juga kos agak tinggi.

  360. Assalam bro, nak tanye la…..saya pakai wira 1.5 manual thn 95. dah 10 thn pakai, setakat ni alhamdulillah takde problem dan service ikut jadual. Cuma enjin rasa mcm berat sikit……. utk makluman….5 thn lepas dah overhaul…

    Soalan saya, ape lg yang perlu dibuat ke atas enjin tersebut? Sayang pulak nak tukar kereta baru….malas nak hutang2 lagi sbb kereta ini utk pergi dan balik keje aje. Harap bro sudi membantu. -yan-

    • wasalam

      kene check kereta dulu baru tahu apa nak kene buat untuk kembalikan ke standart kembali.

  361. salam….sy pakai enjin mivec 1.8….nk beli alternator tu jenis apa ye…sbb kreta ni sy ambik atas abg sepupu …. kereta wira sedan….alternator xleh guna dah….kebykan brg halfcult guna sblm ni….biasa lah pasaran byk recon je pun kn…

    • wasalam
      alternator wira 1.6 sama juga,asalkan amp dia sama tapak sama boleh pakai

  362. Saya baru beli kete 2nd hand wira aerobc 1.3. 2 bulan pkai,ntah knape masa jalan jauh gear 5 boleh btukar free gear..perjelaskan apa yg perlu saya buat..

    • gearbox anda gear lima sudah ada problem,ada dua cara selesaikan masalah ini

      1.tukar je seketul gearbox
      2.cari gear lima sahaja,(tetapi yang ini nasib2 aje kalau dapat kalau cadangan saya no 1 lagi baik)

  363. kereta wira 1.5 tak boleh nak strt.. batri ada lagi.. boleh tahu kenapa?

    • boleh tahu dng syarat kene check dulu baru saya tahu.kalau sy nujum pak belalang tak payah tengok pun akan tahu.tp malang nya sy ni manusia biasa hehehehe

  364. kereta sya baru saja siap overhoal,tapi enjin ada bunyi tek…….tek kat dalam enjin.klu tekan minyak.kenapa ya?kete wira 1.5 1996.

    • check dulu baru tau

  365. salam bos..wira 1.6m saya wat problm lg..sblum ni gear 2 ssah msuk puncanya minyak klas kering..da sattle..pastu semasa jln jauh kat hiway dlm gear 5 tetiba jer tukar ke free gear kjadian ni da 2 kali blaku di hiway..ape cadangan bos yg patut saya buat..

    • wasalam

      gearbox problem gear lima

      • salam bos..nk tny angaran kos tukar seketul gearbox keta saya berapa dan gearbox yg macam mane sesuai saya tukar tuk kete saya..maaf saya kurang arif tukar gbox ni..tkasih

  366. Salam, kereta waja saya tahun 2003 manual, enjin dh terbakar..ape enjin yg sesuai dan kurang penggunaan minyak, jika enjin je brape kos tkar pasang dan jpj, klau skali tukar gearbox brape plak ye..

  367. Salam bro, Skrg ini saya gunakan kereta wira 1.6 , engin keta dah lama macam=macam rosak. Cadang nak tukar engin halfcut 1.8 Single Cam, mitsubishi. Bengkel letak harga engin RM6500 dan upah Rm 1800 okey tak harga tu

    • selalu tak payah beli halfcut,beli egie lantai cukup wiring sama je 1.6 1.8 sohc

  368. salam bro. saya nak tnaye sikit. saya ade pakai satria 1.3 manual standard tahun 1997. kalau sy nak tukar enjin 4g91 kos berapa ye. sy kena tukar wiring sume skali ke mcm mane? gearbox pon kena tukar ke?

    • wasalam
      tinggi tu kosnyer.halfcut pun dah 6k.baik beli engine kosong je 1.5 dah cukup

  369. salam bro..

    Wira saya 1.5 tahun 93…ada problem tem naik bila bawak 100 km keatas…semua dah tukar…tangki,water pump.block dan head dah ‘lay’….kalau kena tukar ingin ..apa sesuai dan berapa rm

    • Wasalam tukar engine ada bnyak boleh masuk.persoalan nya berapa bajet.bajet paling rendah 2.6k engine standart.selain dari itu minimum 5k dan maximum 10k

  370. salam bro, sy nak tanya sikit, saya pakai engin 4g92 sohc. cadang nak convert head 4g92 dohc. apa yg perlu ade dan berapa kos untur buat convert ni?

    • Wasalam sy tak buat ubah suai engine

  371. salam bro.sy ada wira 1.5 kaburator tahun 97.asap biru kuat giler.pasang aircond lagilah kuat.malu bro.apa masalah nya .boleh ke top overhaul.

    • wasalam mungkin boleh top overhaul mungkin juga kene full overhaul

  372. Salam Motecmat!

    Gear Oil Proton Persona Elegance boleh ke kita masuk ATF Toyota Type IV. Sebab da hampir 80,000 km 2 x refill saya menggunakan Type IV & setakat ini tiada masalah. Saya bercadang menukar Gear Oil saya kepada Mitsubishi SP III .

    Soalan ?
    Boleh ke saya menukar ATF kepada SPIII atau terus kekal dengan Type IV kerana Persona menggunakan G/B Mitsubishi INVECS II dan ATF mana yg lebih baik serta perbezaanya? TQ

    • wasalam boleh guna toyota juga.tapi lebih tepat lagi jika guna mitsubishi diagqueen

      • Tq Bosss….!

  373. salam, sekadar ingin mendapatkan pandangan. kereta saya satria 1.6, baru 9 bulan lepas buat top overhaul. tapi sejak 1-2 bulan nie mcm rasa minyak enjinnya ada berkurangan la. kenapa yer?

    • wasalam
      kemungkinan valve seal bocor atau ring,mungkin juga minyak hitam yg digunakan tidak sesuai.

  374. Salam bang..pertama sekali terima kasih sebab kongsi kepakaran abang dengan buat blog ni..blog ni adalah blog automobil tebaik.saya ada beberapa soalan berkaitan kereta wira 1.8SOHC,kereta ni tersadai lebih kurang 6 bulan bawah hujan panas,jadi skrg semua dah settle dan ready nak bergerak balik,cumanya ada beberapa problem:
    (A)-Berkaitan dengan lampu check engine kejap menyala kejap padam setelah dipandu,.knock sensor dah tukar,,soket distributor dan soket throttle body yang reput dah di tukar,..tp check engine masih menyala-padam.,cumanya soket air-flow sensor belum di tukar,kondisi kurang baik,hanya di ikat dengan cable tight ke Air Flow Sensor.
    (B)Berkaitan FUEL METER tak berfungsi,meter cluster telah tukar yg baru half cut wira,,sbelom di pasang,pomen cakap okay,saya tukar fuel float(pelampung) tp masih tak berfungsi,adakah kerosakan ini berkaitan dengan wiring,sebab ada beberapa wiring di bahagian dalam bonet seperti wiring tail-break lamp sudah reput,adakah wiring pelampung tadi sealiran dengan wiring lampu break.

    Mohon Abang Mat bagi pendapat,dan saya tak keberatan untuk ke bengkel abang untuk settle hal ni.tq
    RAZI-Tasik Biru Kundang

    • wasalam

      terima kasih atas pujian dan sokongan

      jawaban saya
      a.jika kjap menyala kjap tidak ini berarti ada connection ke sensor yg kurang elok cuma sy tak tau yg mana satu melainkan diperiksa dng teliti.
      b.boleh jadi meter connection tak elok atau wire atau socket belakang meter,lagi satu bawah kerusi belakang sebelah kana ada satu socket juga mugkin juga disitu connection tak elok.
      saya bulan hadapan baru ada di bengkel.tq

  375. Salam….sy pakai kete wira 1.6auto tahun 98…enjin dh tukar kpd enjin v6 1.6 jepun….skrg masaalah yg sy tgh hadapi ialah bila sy sambung jew socket airflow bila jalan enjin jd semput2….kalau cabut socket airflow dia jd ok….sy dh tukar airflow yg lain pun sama jgk…(kod air flow 449)harap tuan or cikgu dpt bantu sy sekian terima kasih…

    • Wasalam
      Kes ini kene check dulu,dannmungkin kene scan ecu

  376. lagi satu air aircon kuar melalui tempat duduk penumpang di beselah drive, bole ker d buat sendiri atau kene anta kedai…

    • kene check dulu baru tahu nanti

  377. Salam.sy nk tumpang tanye.enjin sy wira 1.6.
    Nk upgred 1.8 tanpa tukar enjin.pki piston1.8.ad ape2 effect x.?brap kos smua kalo buat?

    • Wasalam engibe 1.8 baru 1200 kosong

  378. salam tuan,

    wira sy dibeli tahun 2006 asal 1.5 manual, kemudian tukar gearbox auto, bila pakai auto ni enjin berat dan susah nak masuk gear. dalam 4 tahun dah 2 kali tukar gearbox. enjin bunyi krek..krek..krek bila tekan minyak, jarum meter 3000rpm pun budak ngan basikal boleh potong lagi. adakah sebab enjin manual tak mampu nak tampung gear auto? kalau full overhaul + tukar balik manual ok tak? berapa kos untuk full overhaul + tukar manual balik? atau tukar enjin manual kepada enjin auto untuk padankan dengan gear auto tu? mana lebih baik? semoga tuan murah rezeki selalu.

    • Wasalam
      Dalam kes ini bukan engine dng gearbox tak padan.tp boleh jadi setting tak betul atau engine performance drop banyak sebab carbon dan kes carbon ni top overhaul jawabannya.sedangkan yg lain2 tu kene check dulu tq

      Terima kasih atas doa milik allah lah segala yg ada dilangit dan di bumi

  379. salam.. saya pakai wira bernadikan enjin mivec 4g92 blacktop RS. Minggu lepas sy terlanggar batu dan ada crack pada takung minyak hitam tanpa sy perasan.. lepas 2 sy bawak mcm biasa je dlm 10 minit menyala lampu merah kat meter.. sy chek nampak minyak hitam bocor..saya top up minyak hitam 1 liter dan terus cari bengkel(dalam 15 minit dan sempat lampu merah 2 berkelip balik) dan mekanik tanpal gam 2tan sbb xde spare part sbb mlm.. masaalahnya bunyi bising pada enjin.. mcm wira diesel bunyinye.. blh x abg bg info sikit pasal :

    1. apa kerosakan y buat enjin 2 bising.. bearing? cylider head ? atau?

    2. kalau kena overhoul brp kosnya utk enjin 4g92 mivec ni.. dan power dy blh ok mcm asal x?

    # sebelum kes tu enjin mmg senyap..

    • Sy dh chek dgn mekanik berdekatan.. katanya bunyi tappet n sikit2 conrod.. cuma nk tnya 4g92 MIVEC Blacktop pkai tappet y hidraulic ke y biasa? bpe hrga 1 set 16pcs..
      Jika ada jodoh sy akan pergi ke bengkel tuan utk selesaikanya.. mintak anggaran kos settle conrod n tappet bg enjin ni.

      • conrod mungkin harga dalam 100 lebih mungkin juga tak sampai.hidraulic lifter boleh check dulu mana yg rosak,takkan osak semua sekali.mahal gak benda tu

    • wasalam

      kemungkinan bearing ada yg haus,kalau kes minyak hitam kering ni berat juga sbb oil pump pun mungkin akan rosak,jadi kes ni baik repair sump dulu dan try running engine untuk mengetahui lebih lanjut.sedangkan bunyi bising tersebut boleh jadi tappet boleh jadi bearing sebab tappet dia pakai hidraulic lifter jd bila minyak hitam kering maka akan berlaku kekurangan pressure dalam lifter yg meyebabkan dia berbunyi

  380. Cantek !

  381. Assalamualaikum sedara, kereta saya wira thun 97, dulu yg pakai ayah saya, saya hendak resto engine , dan tukar gearbox auto ke manual dan nak upgrade ke injection, saya cadang hujung tahun atau pun awal tahun depan hendak hantar ke bengkel sedara, sekarang saya tengah kumpul bajet, anggaran berapa saya hendak standby kan, tq sedara

    • wasalam

      baik beli halfcut 1.6 sy boleh dapatkan kos dalam 7k.kalau nak save bajet lagi kekal kan original.

      • asslkum saudara…minta pndapat sikit…saya ada keta proton wira 1.5…tahun lalu saya tukar engin..beli halfcut engin 4g92 single cam mitsubisi auto….baru2 ni ada masalah gearbox…so saya ingatkan nak tukar gearbox lah..nak tanya saudara…apa gearbox yang bagus dan yang sesuai serta yang tahan untuk engin saya ni…saya mau gearbox auto juga….

      • wasalam

        biasanya sy akan cari geabox dari mitsubishi lain,mirage ker,vr4 ker,

  382. Salam bro,

    Kereta saya Perdana SEI Auto tahun 1994, dari gambar keseluruhan enjin tu, sebiji sama dengan komponen kereta saya punya, maksudnya enjin saya ni 1.6 ke? Tapi geran tulis 2.0

    Kalau saya nak upgrade enjin Perdana V6 masuk ke kereta saya boleh ke? TQ

    • wasalam
      reka bentuk nampak sama.tapi size tak sama,perdana engine 4g63 sedangkan wira 1.6 4g93

      kalau nak convert v6 boleh jer asal kan barang2 semua cukup

  383. baguslah abg pomen ni.soalan semua ada jawapan

    • terima kasih selamat berpuasa

  384. salam, tuan.. fbook xda ke tuan..

    • wasalam ramadhan volvo

    • ramadhan volvo

  385. throttlebody rosak ,1.6 mistubushi engine protonwira,perlu throttlebody beberapa cost siap pasang.terima kasih

    • 350.00 siap pasang

  386. Salam, saya ada wira 1.5 dah lama xpakai lebih kurang hampir setahun sebab saya ada kereta satu lagi. Kereta memamg dah lama tak start dan mmg tak boleh start. Saya pun xtau apa jadi pada enjin tu sebab dah lama tinggal. Sebelum tinggal kereta boleh jalan macam biasa. Saya baru sahaja renew roadtax kereta wira tu, dan terfikir nk guna balik. Apa servis yang tuan boleh beri untuk memastikan kereta saya tu boleh bergerak semula. Terima kasih.

    • wasalam

      hidupkan aje engine tu,sbb lama tak start tu mungkin plug dah basah,api takde,atau pun feul pump rosak,so kene periksa dulu baru boleh tahu.

  387. salam tuan pomen, saya pakai wira manual 1.5 2006, kalau just nak tuning enjin saje brape kos? agi satu macam nak tukar cluth plate…kos? terima kasih

    • wasalam

      cluth plate 380 siap pasang,tuning 50 ringgit

  388. assalamualikum

    kereta saya wira 1.6 auto.
    1. Kena panas enjin lama (lebih kurang 10 minit) baru leh masuk gear. Kalau tak gear tak lekat. Bila dah running takde apa-apa masalah. Apa penyelesaiannya dan berapa kosnya ?
    2. Body contact problem.
    3. leaking celah antara gearbox dan enjin. Nak buat macam mane dan berapa kosnya.
    4. dimana lokasi bengkel anda ?

    • wasalam

      kes macam ni gearbox dah problem,dan kemungkinan kene tukar,kos tukar siap pasang trade in lebih kurang 1700.

      lokasi sila klik dekat page hubungi motecmat

      tq

  389. ASSALAMUALAIKUM
    En. Mat
    apa yang perlu dilakukan sekirannya skru nut dibawah enjin minyak hitam (tempat buang minyak hitam) sudah tukar yg besar dan panjang kerana bebenang skru di enjin sudah loose, minyak ada sedikit leaking kerana skru tersebut tidak boleh grip dengan ketat. kereta jenis civic 1.6 auto tahun 98

    • wasalam
      kene buka sump dan tukar atau welding nut baru

  390. assalamualaikum sahabat

    saya baru angkat kereta wira aeroback 1.5 2005
    enjin ada mengalami sedikit leaking dibahagian head .. berapa harga kalau saya buat topoverhaul , (mileage car baru 100k ) ..

    2. kenapa nyalaan engine pada meter menyala .. boleh saya tahu apa masalah nya ? `

    • wasalam

      top overhaul 800 sahaja.

  391. assalamualaikum cik. . sy budak bru belajar. . sy nk tanya. . ada ka enjin WIRA 1.6 DOHC??

    • wasalam

      ada mivec punyer


Comments RSS TrackBack Identifier URI

Leave a reply to mat Cancel reply