Ford Telstar motecmat yang kedua

assalamualaikum kepada pembaca blog saya,ini adalah kereta telstar kedua saya yang akan saya tukar engine kepada f8 DOHC in jection auto 4 speed. kereta ni tahun 1989.

mula2 kita botakkan engine bay dulu pastu kita spray mengikut color yang kita mahu..sekarang baru primer.

yang ni pulak dah pun spray engine bay

mula dah pasang sidikit demi sedikit part part engine bay

ini adalah engine ford saya yang sudah siap saya restore

siap sedia mahu pasang engine dah…

sekarang engine nak masuk dah dalam kereta….dah gantung dah….

dah pun dipasang engine nyer…..

dah pun dipasang pasni saya nak hantar buat cat pulak dan tukar bumper nantikan cerita seterusnya

 

 

 

inilah keadaa kereta saya bila dekat kedai spray body…sekarang sudah pun siap di cat..project kereta ni untuk raya tahun ini huhuhuhu

 

 

kereta dah pun siap cat….boleh tahan juga lah beza nya..hehehehe yg penting ini kereta ku yang sangat ku sayang.

tapi kalu lah ada sesiapa shaja yang mempunyai kereta jenis apa saja yang ingin di baik pulih dengan cantik  kemas seakan baru macam stnadart baru keluar dari kilang..boleh lah jumpa saya.

16 Comments

  1. Assalammualaikum ramadhan.Saya sebenarnya amat2 berminat dengan apa yang saudara promosikan.Untuk pengetahuan saudara jika saudara boleh menjwab persoalan2 saya yang di bawah ini saya akan turun dari Butterwoth pergi hantar kereta saya ke bengkel saudara untuk tujuan baikpulih.

    1-Kereta saya model Ford Telstar tahun 1991.Saya sedia maklum kereta saudara juga adalah model yang sama sperti kereta saya.

    2-Kerosakan pada kereta saya untuk dibaikpulih:
    a)Wiring power window.Baru2 ni power window kereta saya langsung tak boleh berfungsi.Pada asalnya 2 tingkap sebelah kiri boleh berfungsi.
    b)Crankshaft berbunyi ketika membelok. Sudah tukar sarung tapi dalam masa seminggu sudah koyak balik.
    c)Wiring yang tidak tersusun.Banyak wire-wire lama yang tidak digunakan.
    d)Lantai bonet belakang reput.
    e)Dashboard longgar.Banyak bahagian2 terutama di bahagian untuk attachment skru sudah patah.
    f)Enjin ada kesan minyak melimpah.Kemungkinan gasket.Lain2 hal juga enjin tidak smooth.jadi saya nak saudara servis supaya enjin jadi senyap.(enjin sekarang standard je)
    g)Selain itu,saya hendak saudara buat sedikit kemasan di bahagian body enjin seperti kereta saudara.
    h)Saya juga ingin sedikit kemasan interior di dalam kereta agar nampk sedikit eksklusif.(tak la nampak buruk sangat).
    i)Saya nak bagi nampak kereta tu lowed.So,boleh tak saudara uruskan soal rim dan tayar.(sekarang ni pakai rim 15 5lubang..tayar tebal)
    j)Cari dan pasang skirt dan bumper.

    itu saja..soalan terakhir saya daripada apa yang saya demand tu berapa harga saudara boleh letak.boleh sms saya di 012-5710980.

    • waalaikum salam.
      terima kasih atas sokongan yg diberi…

      jawaban saya sebagai berikut

      1-kereta saya bukan tahun 1991 tapi tahun 1987,cuma saya sudah upgrade kepada tahun 1991..yakni dengan menukar engine dan suspension,wiring dan dan
      dashboard.
      2- a)dalam kes wiring saya sendiri boleh settle kan….tak kisah la ape pun yg encik mahu,nak alarm sistem,audio sistem,power window,lampu.semua saya boleh
      buat insya allah.
      b)drive shaft bukan crankshaft……drive shaft saya boleh dapatkan kepala dia…satu biji 120
      c)wiring tidak tersusun saya boleh susun kan….
      d)masalah lantai dah bonet saya tak buat…itu kene hantar kedai cat body……kalau cikit2 sy boleh la betulkan tapi kalau kene welding sy tak ade alat…
      e)dashboard saya boleh betulkan……
      f)engine saya boleh buat dua cara…..
      1- saya repair leaking dan basuh sebersih2 nya…….
      2- restore balik seperti baru……tapi kos mahal cikit
      g)itu tak ada masalah
      h)interior saya boleh bersihkan dan repair cikit aje…kalau ade benda jatuh ke sy tolong la….
      i)kalau pasal lowed slalunyer saya ptong spring atau pun bakar..itu boleh di usruskan….
      j) skirt agak susah..tapi bumper saya rasa sy boleh uruskan…

      oke encik iskandar….segala soalan sy sudah jawab…..
      kalau ada ape2 call sahaja sy……
      bajet saya rasa bnyak juga ni..kalau betul2 nak buat macam kereta saya mahu jga dalan 3000 tak tukar engine restore sahaja…
      tapi kalau tukae engine macam sy kene beli halfcut…..itu sebab sampai 6000

  2. Salam,
    Saya nak tanya berkenaan bumper depan tu, itu jenis bumper kereta apa ye.. senang ke nak dapatkan tu dan berapa harganya. t/k

    • bumper ni nissan sentra b13 susah gak nak dapat..harga sy dapa murah masa tu 150 jer..skrg tak tahu lah sebab harga tak menentu.

  3. bumper tu leh order ke

    • sy cari kt kedai potong….itu pun pasang kene potong dulu…baik cari nissan pulsar sr 20 punyer bumper lagi cantik.

  4. assalamualaikum..sy ada ford telstar 2.0
    tx5 1991 lima pintu..enjin bunyi kasar..time bwk ada bunyi2 yg xsdp di dgr..pwr stering kne flshing blek..agk2 kos repair brpa saudara abik?..klu tukar enjin fe turbo brpa modal nye..bleh tggl kn no tpn?

    • waalaikum salam,
      enjin bunyi kasar mungkin boleh adjust bg senyap,kos nak repair tak boleh nak agak sebab sy tak tahu keadaan kereta Tuan,kalau tukar enjin tak de yg turbo,kalau NA ada enjin 1.8 DOHC auto injection enjin 4k halfcut,upah pasang 1.5k no talipon ada dlm bog klik dekat perkhidmatan kami kemudian klik hubungi motecmat.tq

  5. mat… aku lah….ijai… owner mazda 1984. kalau aku nak restrore balik keta aku.. kasi bikin semua.. suspension bagi sedap… enjin kasi cuci… berapa kos semua? nak siapkan duit nie..

  6. apsal saya punya engine masuk gear 4 kalu bawak slow dia tendang semula..kalu bawak laju ok.. aper problem?

    • gear shifting dan problem

  7. saya punya ford telstar 1991..mana nak dapatkan power window?

  8. slam nak tnya gearbox ford telster auto dmna nak dapat

    • wasalam. tahun berapa dan engine ape pakai insya allah boleh dapat

  9. A’kum.

    Saya nak tanya, kat mana boleh dapat set lengkap lampu belakang (tail lights – kiri & kanan, reflector diantara tail lights kira & kanan serta reflector pada bonet belakang) seperti kat gambar atas.

    Tk.

    • wasalam. susah mau dapat. kener rajin runner kedai potong lama2


Comments RSS TrackBack Identifier URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s