Naza Ria engine overhaul

salam sejahtera kepada pembaca blog saya,pada hari yg berbahagia ini saya ada satu project baru yaitu overhaul engine Naza Ria,saya banyak mendengar engine ini terlalu banyak problem sehingga kereta ini ramai yang takut beli dan juga harga jatuh mendadak,akan tetapi kereta ini sedap di pandu dengan keluarga dan tiada rasa penat jika di pakai untuk perjalanan jauh bersama family sebab body dia besar dan luas.kereta ini reka bentuk dia cantik,ruangan dalam pun luas kerusi pun selesa,tapi engine aje yang banyak buat masalah juga kereta ini kuat minyak,mana tidak nye engine V6 2500 cc.so pada hari ini saya ada satu kawan tak nak convert kereta ini kepada engine lain,contoh macam masuk engine cefiro atau something yg sama dengan nya.jadi atas persetujuan owner sendiri kita buat la overhaul kereta ini..

ini adalah gambar semasa engine ini belum lagi diusik oleh tangan saya.engine ini masalah nyer minyak bercampur air selepas overheting,suspek bukan gasket head tapi liner gasket.tapi bila saya dah buka habis engine banyak juga kene tukar.

selepas saya tengok keadaan engine saya mula dengam membasuh nya dengan bersih sebelum saya mengusik  yang lain lain jadi senang cikit saya nak buka engine bila bersih walau pun kotoran tersembunyi tak dapat di basuh lagi.

About these ads

93 Comments

  1. Memang,sepanjang pengalaman aku yang pernah aku jumpa dia punya blok selalu problem.Leaking diabahagian liner sebab tapak liner semakin rendah atau tidak sekata.

    • terima kasih atas comment…nanti kita tengok lah project ini berjaya tau tidak…

  2. Saya ada kereta Mazda MPV 2.5V6. Masalahnya ialah gearbox dah problem rasanya. Boleh pergi sampai 80km jer. Rpm jejak kat 6000 tapi tak leh pergi dah. Pertanyaan saya , bolehkah saya dowgrade ke cc rendah 2.0. Kalau boleh model mitsubishi. Model ni macam Naza Ria juga pakai timing chain

    • saya rasa masuk engine nissan jer v6 2.5,atau pun masuk engine mazda 626 2.0 DOHC.tak pun mazda lantis.

      • OK gak kalau mazda 626 2.0, agak2 berapa kosnya. Baru2 ni saya check kat ebay engine mazda fs-de 2.0, harga engine lebih kurang 3k. Kalau ikut boleh plug and plug jer ker? Sudilah kiranya tuan foreman letak harga kasar utk buat conversion, senang saya buat simpanan, nak jual tak balik modal, kalau reduce cc bolehlah jimat maintainane. Janji boleh jalan dan naik bukit tujuh kat pahang…ok la

  3. salam,
    saya farizan..cuma nak tanya skit. saya pakai naza citra 2006,
    kereta saya overheating disebabkan motor radiator rosak masa perjalanan tempoh hari..

    Mekanik yg saya temui kata mungkin gasket terbakar dan kena skim silinder head dan buat top overhaul dll.
    Berapa kos yang sepatutnye ya..

    • wasalam

      kos mungkin 1k paling mahal…

      • camne saya nak hantar kete…sbb kete dah x leh gerak…hos radiotor yang bawah tercabut sebab pressure kuat…

      • hehehe kene towing la encik……. ni no towing member saya 0176552349 encik call dia tanya dia harga berapa…

  4. Salam Tuan, mcmana projek di atas? Update la sikit, saja berminat nak tahu :-).

    • wasalam..project tu sudah lama sudah siap,cuma saya tak ada masa nak update sebab setiap tiga hari sekali ada 20 comment dan pertanyaan saya kene jawab…so masa sy singkat,bila saya senang saya akan update kan perlahan2.kalau ade ape2 nak tanya comment sahaja.tq

      • Berapa kos overhaul naza ria ni?

      • keter ni kener belanja 7k…

  5. Salam, baru2 ni kerata Naza Ria saya pecah T joint dia. Tapi saya dah tukar yang baru. Tapi masalah dia air dia selalu Kena tambah dan temperature dia selalu naik. Nak Tanya kalau nak repair dia berapa kos? Macam mana nak contact kalau nak repair?

    Terima kasih,
    – Nashidz 0193834059

    • wasalam…sila tengok dekat page hubungi motecmat..disitu ada no hp sy dan alamat workshop.tq

    • Saya cadangkan buat balik enjin tu. Kalau perlu info roger saya.. saya kamal bawa teksi naza dah 5 tahun. Maleage dah cecah 500000 km. Enjin masih ok.
      Kepada kawan2 yang masih belum mengalami masalah overhed, saya sarankan tukar air radiator setiap 20 atau 30 ribu..

      Kamal 0196264572. Whsup saya jika ingin berkongsi pendapat. Atau bertanya bengkel kereta yg boleh dipercayai, overhall siap jaminan 2 tahun.

  6. Salam,
    Saya ada masalah tentang Naza RIA. Baru2 ni t joint dia pecah. Saya dah tukar T joint yang baru, Tapi masalah oeverheat ni berlaku jugak terutama kalau long distance. Kalau nak repair macam mana? Boleh bagi contact untuk saya hubungi?
    -Nashidz

  7. nazaria sy smlm overheating..air isi berbotol2 ttp kering..tiada kebocoran..hantar bengkel pomen kata kne top overhaul…agak2 berapa kosnyer sng sy wat kira2.tq

    • naza ria kalau wat top overhaul je tak akan selesaikan masalah sebab liner mesti bocor….dia kene buat full overhaul …biasa saya buat full overhaul untuk keter ni bajet 7k lebih kurang tq.

    • Knpa dgn enjin asal?

  8. Hi Mat…Boleh beritahu I…selepas full overhaul, Naza Ria ini boleh tahan berapa lama sebelum problem ini belaku lagi?
    Your workshop di Sungai Buloh, dekat mana ya? Ada landmark? TQ

    • hi…i tak boleh gerenti berapa lama jangka hayat bila lepas overhaul…..

  9. Hi Mat…need your advise skit..baru2 nie ada member recomended 1 biji NZR GS 2003 dgn harga RM20k. wa dgr 1 tahun lepas ada tukar gasket, timing belt dll…total repair about RM7k. Best buy x?

    • hi
      harga nampak ok..cuma kondition kereta macam mana….ruangan dalaman cantek tak…engine oil check ada campur air tak..klau ada makna nya kene overhaul..dan kalau baru lepas tukar gasket ok la.cuma sy tidak nampak keadaan kereta jd agak susah sy nak cakap…sy hanya boleh bg satu pandangan jika kereta itu engine betul2 cantek tiada masalah boleh beli dng harga itu.

  10. Salam,

    Naza ini, apa opsyen nya sekira mau tukar enjin kepada yg lebih jimat minyak? Berapa kos anggaran?

    Terima kasih.

    • erm ada bnyak…mitsu,nissan,toyota.macam2 ada kos dalam 13k

  11. boleh x kalau tukar engine. harap respon.jpj ok dak

    • boleh,,tp saya tak mahu buat..leceh banyak kejer nak ubah suai…..tq

  12. saye tgh buat overhoul kerete naza ria saye yg baru angkat,barang saje dah cecah 2ooo k,blom masuk upah lg ni,dgr citer ade tmpat boleh adjas liner boleh caye ke tu..

    • boleh caya,bukan adjust,tp modify linertu kasi mati dlm itu blok.naza ria biasanya kalau overhaul 6k tak lari la bajet,satu peringatan sy buat betul2 dan cantek kalau tak 2k tu burn macamtu saja,

      • Saya setuju… tanam liner.

  13. Assalam..sye pki naza citra..msalah skang ble krta dihidupkan..keadaan krta akn brgegar…masalah ke 2…apabila krta brgrak…krta ok but ble d smpi umh…enjin sjuk n tgk tgki radioter..air kring..cap radioter daa tkar,host htam tu pn da tkar…radioter pn da g cuci…apa masalah die en..blh share

    • Wasalam kene buat pressure tester baru kita tahu masalah nye.tq yg gegar mungkin enjin maunting

  14. assalam…kalu kereta nazaria dah overhaul 2007 dan sekali lagi enjin kong naik cameron raya cina boleh di overhaul lagi ke?TQ

    • wasalam,boleh tp kene tengok keadaan crank shaft dulu sebab line4 boleh tukar tp crank shaft kita thu keadaan nya lg,

  15. Saya selalu dengar prob ovrheat pada model sblm 2006 yg katanya drp design defect iaitu pada liner. Saya dengar model 2006 keatas dah diimprove and user just maintain mcm biasa.
    Adakah selepas turun enjin dan overhaul dibuat pada enjin < 2003, masalah tersebut tak berulang? 
    2. Adakah disebabkan manufac defect pada enjin 2003, selepas letak gam ( katanya gam toyota pada liner etc ) or ganti parts yg dfect design or penyebab masalah mcm Tjoin etc, maslah overheat pada 2003, owner NR model 2003 tak payah risau lagi?
    3. Adakah masalah ini tak dihadapi pada yg pakai model 2006 keatas?
    Sebab saya plan samada nak ambik yg 2003 then terus overhaul or ambik terus yg 2008.Mana lagi baik?

    • sy kurang tahu juga tentang perbezaan enjin bila tahun lain2.

      yg saya tahu naza ria selalu cepat overheating kerana kita tidak sedar air kering dalam sistem,punca air kering biasa nya kebocoran kecil yg tidak dapat dikesan,jd air kering perlahan2 dalam sistem menyebabbkan enjin overheat dan oring liner bocor pastu minyak jd susu,jd jika kita taknak peristiwa ini berlaku bila servis patut buat pressure tester sekali,untuk check kalau2 ada bcor sistem air.

      ada org modyfi block dia,org tu cakap kan jd lg kes susu,tp pandangan sy jika iar kering head pulak yg akan bengkok.
      jd kesimpulan nya jika nak pakai kereta naza ria kene pandai jaga dan cari mekanik yg boleh dipercayai,tq

  16. Tuan, Naza Ria saya temperature naik hingga kelevel 3/4 bila dlm keadaan sangkut telalu lama dlm jam, tapi akan turun keparas bawah dari level setengah bila dah berjalan. Apa masaalah nya dan apa penyelesaiannya.

    • TUAN
      MUNGKIN radiator sumbat,atau pun kipas sudah kurang laju atau pun termeostad sudah tak elok,jd kene check dulu kereta baru kita tahu kepastian nya.tq

    • Dah settle ke? Saya pun menghadapi masaalah yg serupa

      • Sila hubungi saya. 0196264572 kamal.

  17. tuan..salam alaik
    saya punya engin kia karnibal ada asap..dan berbau hangit..dan kate pomen sebba piston ring…betul ke?dan satu lagi adekah dgn sebab rosak piston ring dia akan menyebabkan overheating? buat pengetahuan kipas saya juga dah mati…adekah sebab kipas?tolong bagi respon ya

    • wasalam tuan,kes ini harus check kereta dulu baru kita tahu akan jawaban nyer tq atas coment tuan

  18. terima kasih atas respon tuan…syukran2..lagi satu nak tanya kalau tukaq engin ape engin yg paling bagus untuk d tukar?sebab banyak sangat pandangn..harap dpt pencerahan..saya duduk d ipoh..ade ke kawan2 yng boleh saya minta pertolongan?

    • Tuan cuba google… Carigold naza ria.. ada satu group yg aktif dengan carnival/ria mungkin boleh membantu. Utk makluman saya pemilik carnival juga, sudah 2 tahun pakai enjin toyota… Alhamdulillah jimat, kuat dan maintenance pun murah… Wallahualam… :)

      • tq tuan atas maklumat ini sangat berguna pd pembaca lain dan pengguna naza ria

    • ada org kata masuk engine toyota camri,ade org kata nissan,ada pun mitsubishi mivec. tp sy rasa baik pakai tyota.

  19. mmg masalah btol enjin ori naza ria ni.. sy dah 2 kali overholl, bayangkan la bape kos kalo 2 kali oberhall.. tu pon sbab dngar ckp pomen ..

    akhirnye pd tahun lpas enjin naza ria sy tlah di tukar kpd enjin toyota 2mz-fe 2500cc, kereta asal toyota mark / windom dr japan.. kos enjin rm9500.. inspection rm1500 runner yg buat..

    bnyak naza ria yg dlm proses tukar enjin toyota ni masa sy pg wshop tu.. puashati pakai enjin toyota ni..

    sy buat d wshop terato motor sport sri serdang..

    • tq for the maklumat

    • Ha, ha tuan saya buat tempat yg sama, yg best nya banyak lagi yg dok pertahankan engin yg ori… begitu juga bengkel yang dok pertahankan engin ori yang terbaik (setuju untuk sebab-sebab tertentu ja lah, tapi permasalahan sebenar bukan begitu). Apa-apa pun good lucklah untuk mereka yg masih berminat nak mentain yg ori dan dok bawak tong air kehulu kehilir standby takut-takut engin kurang air…. he.he.he…

      Maaf tuan mat motec, sekadar pendapat dari pengalaman… :).

      • Askum sahabat, saya bawa naza dah lima tahun, 1 hari saya jalan lebih dari 300km. Cuba kira dah berapa ratus ribu km. Saya memang usung air kemana saja saya pergi, melaka, johor, genting, Cameron, pineng, pahang, kelantan, bukit kayu hitam. Tapi air yang saya bawa itu adalah air minum dan bukan air untuk topap kat radiator.
        Kesimpulan nya enjin apa pun yang saudara guna tapi tak tau jaga, dia akan lingkup juga. Siapa kata nissan, toyota, bmw , atau benz tak pernah brek down?
        Fikir2 dan renungkan lah. Bgi sya enjin asal lebih baik. KM saya dah 500K, InsyaAllah masuk 600km, saya tanam liner.

  20. salam…
    berapa harga enjin nazaria. keta saya nk kena tukar enjin.

    • wasalam
      skrg xder stok,kalau overhaul kene ada 7k,baik cari dalam mudah.com ada ramai specialict naza ria yg boleh buat convert engine kepada toyota dan nissan,dll

    • Knpa dgn enjin asal?

  21. dah dua hari simbol engin bertulis ‘check’ menyala di dashboard naza ria saya.. bila drive mencecah100, terasa macam tersengguk2, adakah kena mengena dengan enjin atau gearbox?

    • mungkin ada sensor yg dah rosak atau tidak di baca oleh ecu,,ini kene buat diagnistic check baru kita tahu

    • Air flow sensor dan spark plug. tukar keduanya tu, memang OK.

  22. salam bro,sy bru angkat Naza ria last month taun 2003.car dealer ckp engine mmg ok da overhaul(tpi sy rse die kelentong)blh naik genting la bagai,tpi slepas 2 hri sy pkai temp naik mendadak,pastu tepon car dealer die towing kete tu,lpas hmpir sminggu repair sya pkai lgi kli ni x smpi 1 hri bnda yg same lgi jdik.kdg2 kete bile da jln meter naik 70 terase tersemput2..skrg sy da buat keputusan utk letgo blk pd car dealer tu.tpi skrg sya keliru sbb car dealer tunjuk gambar kete dlm workshop da trun enjin utk overhaul.skrg ni sya da terpikir 2 kali sama ade nk trus letgo or ambik blk kete tu.blh caye ke dgn gambar yg die tunjuk tu?..tlg bgi pandangan bernas anda.

    • wasalam dalam hal ini
      sy tidak boleh menyalahkan sesiapa sebab sy tidak ada bukti

      akan tetapi ape yg sedang berlaku adalah liner engine sudah pun bocor sehingga kereta overheating,
      biasa nya org convert kpd engine toyota atau pun nissan,tp kene belanja lebih kurang 10k juga,
      kalau rasa2 tolak balik berbaloi baik tolak jer,tp kalau rasa2 minat dng keter tu kene tukar engine.

      • Salam,

        Saya pernah komen dalam ni dulu, saya salah seorang yg dah convert ke enjin toyota. Setuju dengan pendapat tuan tanah… better jgn amik la kereta tu. Pertama sebab belum apa-apa dah jadi mcm tu, kalau dah overhaoul sekali pun tak semestinya ok sebab kereta ni perlu ketelitian dan hanya bengkel-bengkel yg pandai ja akan berjaya overhaul enjin kereta karnival/ria ni.

        Kalau nak tukar enjin cadangan saya jgn cari yg mahal2, cari murah2 ja… janji semua aksesori ok… body ok… enjin kira pikir next stage.

        Untuk Tuan motecmat, terima kasih untuk feedback tuan… tuan banyak membantu, insyaAllah perniagaan tuan akan lebih maju. Kalau dekat2 rumah saya dah melawat bengkel tuan … :)

      • wasalam
        sy dah pun overhaul satu naza ria pada masa sy wujud kan post tentang naza ria ini,hanya tahan 2 tahun saja selepas itu penyakit yang sama kembali lagi,sebab tu sy pun dah tak setuju untuk overhaul engine naza ria lagi,naza ria hanya ada satu saja penyakit engine yaitu overheating kerana engine nya sistem pakai liner,bila liner bocor maka engine teruk overheating serupa macam tiara juga.

        terima kasih tuan atas pujian dan sokongan yang di beri

      • Ya, tuan sebagai seorang “bekas” mekanik… Secara teknikalnya saya faham rekabentuk dan komponen part2 enjin. Seperti tuan motec juga saya suka baca blog tuan, penuh passion dengan hasil kerja tuan. Tahniah! Itu yg kita mahu, kekadang duit bukan segalanya… Tapi kejujuran kita tu yg penting… dari kefahaman kita, kita kongsi dengan yg mereka yg tak berapa faham… baru semua org akan happy.

        Berbalik kepada keta ria ni, pd saya sebiah keeta yg cup sempurna sebenarnya dari segi saiznya, keselmatannya dan aksesorinya dan kuasa enjinnya. Tapi malangnya, sistem liner yg boleh cabut menyepoilnya… Tak spt kete2 yg block dia cast iron/aloai yg mana tolerance dia lebih tinggi dan lasak. Biasa saya jumpa dlm cont car… mungkin takda isu utk eropean/negara sejuk sebab biasa less than 100k kereta dah disposed… Or suhu yg sejuk kat buat suhu engin ok.

      • saya pun sebenarnya minat pd naza ria,tp skrang saya ada volvo 240 saya guna pakai dan 940,mungkin bila saya dah berkeluarga pada masa hadapan saya akan beli satu yg tersadai then ubah suai engine lepastu boleh pkai bawak keluarga,,
        punca selau naza ria overheating kerana water sistem nya kebanyakan pengguna tidak memahami cara nak menjaga dan ada sedikit ketidak sempurnaan reka bentuk v6, sebab cilinder head yg sebelah depan kereta biasa nya yang paling awal hilang air dan akan menyebabkan bocor liner bila kereta itu hilang air dalam engine,adapun punca bocor air selalu nya pada pertengahan engine antara dua cilinder head ada satu paip plastic yang akan sampai masa reput dan bocor air sedikit demi sedikit sehingga engine overheating,mengapa ramai pengguna tidak sedar engine nya overheating?ada yang cakap temp naik sangat laju tak sempat nak off engine

        jawaban nya

        sensor temp terletak dibawah cilinder head sebelah dalam kereta dan kedudukan nya rendah drpd cilinder head yang satu lagi jd bacaan nya tetap tepat walaupun air sudah berkurangan dalam cilinder head sebelah depan kereta,itu lah punca nya liner bocor tanpa kita sadar,banyak pengguna kene macam ni.

    • Slm tn….kecian baca problem kete naza. The sama problem ngan sy. P/s call me 0122900042 for further catitan saringan problem.tq

    • Saya cadangkan buat balik enjin tu. Kalau perlu info roger saya.. saya kamal bawa teksi naza dah 5 tahun. Maleage dah cecah 500000 km. Enjin masih ok.
      Kepada kawan2 yang masih belum mengalami masalah overhed, saya sarankan tukar air radiator setiap 20 atau 30 ribu..

      Kamal 0196264572. Whsup saya jika ingin berkongsi pendapat. Atau bertanya bengkel kereta yg boleh dipercayai, overhall siap jaminan 2 tahun.

    • Buat balik enjin tu. Percayalah awak akan gembira dgn enjin yg dah tanam liner. Tapi 1 syarat air radiator nak kena selalu tukar, paling tidak 30ribu tukar air. Jgn malas tukar air, sb nak isi air mmg leceh sikit naza nie

  23. salam nak tanya naza ria convert enjin herrier ada nak jual..enjin herrier ada masalah x.herrier n cafero mane lgi bgus trima ksh.

    • wasalam jika harier 2.4 engine dia is 2 az fe engine ni bagus sebab dia jimat minyak,dan maintenance kurang,dan dia ada vvti,kalau 3.0 agak besar belanja
      untuk selenggara

  24. salam..sy nk tanya harga enjin ford telstar Ghia 2.0 V6..agak2 berapa? termasuk kos upah pasang..enjin kereta sy terlalu banyak mslah..nk crik s.part payah..baik msuk enjin V6…enjin sebelum ni..fs 16v..

    • wasalam. halfcut dalam 5k. kalau engine lantai boleh dapat 3.5k complete.kira kene ade bajet lebih kurang 6 k kalau nak buat project ini

  25. Askum dan salam sejahtera…
    Maaf saya nak komen sekit tentang enjin naza ria. Saya seorang pemandu teksi exsekutif di KL, saya bawa naza ria sejak okt 2008 hingga ke hari ini nov 2013, mileage saya dah cecah 500, 000. Sofa enjin saya masih ok dan tak pernah over had. Mana tempat saya tak pernah pergi? Genting, Cameron, pineng, kedah, bukit kayu hitam, kelantan, johor, semua saya dah smpai dengan teksi naza saya ni. Alhamdullilah ok jer. Sbnrnya enjin naza ni ok cuma dia perlukan penjagaan yang betul. Hubungi saya jika perlu nasihat, atau bertanyakan bengkel kereta yang boleh dipercayai, tak perlu tukar enjin, guna enjin asal lagi sedap. Percaya lah.
    Kamal 0196264572.

    • terima kasih atas komen encik dan saya luluskan di blog saya

      • Terima kasih bro. Bukan niat nak buruk kan sapa2, tapi saya rasa kesian pada sahabat2 yg guna enjin naza. Baru2 nie kawan saya HN144, buat top overhall di bengkel koperasi dia, chas sampai RM5100, koperasi yg bayar. Lepas tu ambik masa sampai 28 hari, kesian member saya tu tak berkja hampir sebulan, dah lah macam tu, diserahkan teksi dia dlm keadaan enjin bergegar. Tak habis disitu selang beberapa hari teksi tu brek down kat haiway seremban. Overhed. Setelah berunding dgn koperasi, dan diatas kepercayaan mereka melihat HN146 yang saya baik pulih ok dan tidak ada masalah, koperasi telah memberi saya kepercayaan utk baik pulih HN144 pula, malah kos full overhall siap tanam liner yang saya bagi lebih murah dan berpatutan. Siap ada jaminan 2 tahun. Nasihat ikhlas saya kpda tuan2 yang punya bengkel jgnlah cekit darah dan menginaya sesama insan. Ingat mati sama.

  26. Salam, saya peminat & bakal pengguna Naza Ria. Kalau boleh saya nak dapatkan alamat wshop atau no. tel untuk dihubungi. T/kasih

    • klik soalan lazim

      • Salam, saya nak Tanya tentang air kering dalam tangki lebihan sebab apa?

      • wasalam.rasa nya normal.tapi baik check sistem radiator dan buat pressure tester

      • t/kasih

    • 0169989717 wak ajak

  27. assalamualaikum tuan.. saya pemilik baru naza ria.. semalam saya terkejut apabila ia mati dengan sendiri engin dengan melihatkan temperature yang begitu panas… setelah saya berhenti air kering.. membiarkan sejuk semula engin.. apabila saya isi balik air dapati bawah engin bocor mengalir air.. saya x tahu apa puncanya.. boleh tuan terangkan puncanya dan apa harus saya lakukan?

    • wasalam
      kemungkinan ada paip air yg sudah bocor atau pecah baik check

  28. Salam tuan, saya sdh menggunakan naza ria sejak Jun 2009, alhamdulillah sehingga Jun 2014 tak pernah bmasalah. Tetapi baru2 dlm minggu ini semasa dlm pjalanan pulang tiba2 dia mula plahan dn tidak blh jln….masalahnya temperature tak panas…bila sdh berhenti dlm 20 minit saya cuba start semula blh pula jln….esoknya saya hantar ke mekanik…dia check dn ckp enjin panas…sbb automatik sprayNye mgkin x bfungsi/rosak…sdh dibaiki…tpi esoknya bila saya bawa pergi kerja ok….tpi bila saya nak balik, start enjin x nak hidup..meter minyak saya pun x bfungsi sblm ni semua ok……panggil semula mekanik yg sama….dia dtg check lgi…kali ni dia ckp minyak x sampai / minyak habis…suami saya isi la minyak tpi….dia ckp perlu ganti pump ..(saya x tau apa nak sebut) smlm dia hantar pi rumah ….tpi pagi ni x mau start lgi…saya nak tanya tuan apa masalah sebenar naza ria saya tu…..terima kasih jika tuan dpt mmberikn jwapan…..

    • wasalam

      terima kasih atas coment Anda

      dalam hal ini saya tidak dapat tahu ape sebenarnya masalah kereta Anda kerana sy tidak nampak keadaan engine dan juga kenderaan anda.boleh jadi pump minyak rosak tapi untuk mengesahkan sy harus test dulu,dan juga sebab2 kereta mati pun sy kene uji dulu baru tahu apa yg menyebabkan ini berlaku.tanpa sy melihat keadaan kereta susah sy nak tahu akan problem kereta sebenar.

      terima kasih

  29. salam tuan.. saya nak tanya pendapat tuan.. saya berminat pada nazaria memandankan keselesaan dalaman dn muatan,adakah berbaloi utk memilikinya sekarang? adakah senan utk mendapatkan enjin ganti sekiranya berlaku masalah nanti? utk pengetahuan tuan saya berada di penang.. sy ada baca komen tuan ttg enjin harrier 2.4.. adakah mudah mendapatkan enjin tersebut? boleh tuan nyatakan pengiraan meter jarak ngan tahun yg paling ideal?terima kasih

    • wasalam

      boleh je pakai naza ria,engine harier boleh dapat,ramai yg convert engine toyota.engine asal pun ok cuma kene jaga dng sangat baik.jika tidak overheating

      • terima kasih tuan

  30. Salam, saya nak tukar timing belt set , berapa anggaran kos yang terlibat dan kawasan bangi dimana w/shop yang boleh dikunjungi untuk pertukaran ini. t/kasih

  31. maaf tuan kereta yang saya maksudkan adalah naza ria.

  32. Salam, saya pakai naza ria, 2012 dah tukar enjin, airflow dah tukar 3kali, plug & cable plug dah tukar 2kali. 3hari lepas dia bergegar pastu enjin mcm nak mati. Pastu smlm tukar plug & cable plug skali lagi. Hari ni logo enjin tu menyala & enjin mati tgh jalan, nasib baik tak eksiden. Pergi balik bengkel yg sama, check computer dia cakap airflow & O 2 sensor kene tukar. Minta pendapat tuan Ada kes mcm ni? Saya dah tak larat duit byk habis repair asyik tukar barang yg sama. Berapa harga airflow tu Ye? Dulu dia charge 480 pastu 380, skang dia kata 360. Boleh dapat Murah lagi ke?

    • wasalam

      harga air flow tu betul la 360,jika logo check engine menyala maka ada masalah dng sensor,

      • Ok, terms kasih. Kene tunggu gaji hujung bulan la nk tukar sensor :( bawa je lah sementara

  33. Salam … saya memerlukan bantuan teman2.. utk carikan bengkel kereta Naza Ria yang arif di johor bahru


Comments RSS TrackBack Identifier URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 149 other followers